Chapter 20 - Bab 19

"Apa ni!""marah Hana yang bergelut hendak turunkan tangan Blaze dari bahunya.

Blaze terus talakan skrin telefon ke depan muka Hana.

"Tengok...aku dah padam semua Yuta kesayangan kau."lelaki itu gerak-gerakan telefon di depan muka Hana.

Mata Hana terbutang luas sebaik mendengarnya.Dia terdiam sekejap sebelum marah.

"Apa senior buat ni! Suka hati jer!"gelut Hana.

"Padan muka kau sebab kemaruk sangat dengan lelaki ni, bukannya dia tahu kau wujud pun..."Blaze pandang telefon itu semula dimana wallpaper Hana sudah ditukar kepada gambar Blaze sendiri.

"Biarlah! Apa masalahnya. Bukannya saya susahkan senior pun!"marah Hana dengan bengang.

"Childish.""ejek lelaki itu sambil membuat muka.

"Sukakan seseorang tu bukan childish. Yang childishnya senior!"marah Hana.

"Apa kau kau cakap?!"soal Blaze dengan nada hendak melenting.

Hana menjuling mata kejengkelan. Dia cakap bahasa apa sampai lelaki ni tak boleh nak faham apa dia cakap.

"Sukakan seseorang bukan childish. Yang childishnya senior!"ulang Hana sambil menyebut dengan keras.

"Chlidish sebab perasaan kau tu bukan suka tapi nafsu semata!"bentak Blaze depan muka Hana.

Kening Hana mencerlung berang. Berani betul lelaki ni nempersoalkan perasaan dia terhadap senior Yuta!

"Saya suka dia bukan sebab nafsu!Saya suka dia sebab memang saya suka dia!"bentak Hana pula.

Blaze meletakkan lengannya di atas tulang selangka Hana. Menolak gadis itu rapat ke dinding dengan kuat. Berasa bengang apabila Hana membentaknya sebegitu sekali.

"Auw...sakitlah. Apa ni!"Hana pegang lengan Blaze yang menekan bawah leher dengan kuat.

Blaze pandang Hana dengan riak wajah yang tidak dapat ditafsirkan. Lelaki itu hanya menatap Hana dengan lama tanpa bersuara sambil mengetap rahang menahan sabar.

Hana terdiam sejenak, dia pandang ke Blaze dengan wajah kehairanan.

"Sekejap..macam mana senior boleh buka telefon saya?"soal Hana setelah menyedari satu perkara.

"Bukan urusan kau. Dan sekarang dengar elok-elok. Kau diam atau aku akan diamkan kau." arah Blaze dengan keras.

Hana berdecit.

"What...?Excuse me.. Mr Jerk face! Dah lah ceroboh hak privasi saya dan sekarang saya tak ada hak nak bersuara?Tolong sikit ya. Jangan ingat senior ni anak owner akademi ni senior boleh sesuka hati dengan ceroboh privasi orang lain tanpa izin macam tu jer. Sesuka hati! Tak belajar ke nak respect hak or-"bebelan Hana terhenti di kerongkong apabila bibirnya ditutup dengan bibir Blaze secara mengejut.

Blaze mengecilkan jarak mereka berdua. Memaksa Hana bersandar terus ke dinding tersebut.

Hana mengangkat tangan hendak menolak badan Blaze jauh dari dia. Tapi Blaze pegang kedua-dua belah tangannya dan di bawa ke atas kepala dengan satu tangan. Tangan satu lagi memegang rahangnya supaya berhenti bergerak.

"Umphhh!"jerit Hana di balik kucupan itu dengan mata terpejam rapat.

Oleh kerana Blaze tidak menunjukkan sebarang tindakan untuk jauhkan diri, Hana ambil keputusan untuk menggigit bibir bawah lelaki itu.

Apabila gigitan dibawah bibir terasa, Blaze berderam kesakitan sebelum melepaskan bibir Hana dan mengundur ke belakang. Tangannya serta merta naik memegang bibir.

Dengan wajah blushing dan bibir kemerahan Hana bersuara.

"Pervert!Lelaki tak guna! Apa masalah awak!Sesuka hati jer!"marah Hana dengan mata berair hendak menangis. Dia kesat mulutnya dengan belakang tangan.

Habis first kissnya di ambil begitu sahaja dengan jerkface depannya ini.

"Aku dah beritahu kau! Kau yang tak dengar.." Blaze jilat darah dari bibir yang digigit Hana tadi. Sakit!

Dada Hana naik turun kencang keberangan. Matanya terarah pada telefon di tangan Blaze.

"Pulangkan telefon saya tu!"mintanya dengan marah.

Blaze angkat tangan kirinya yang masih memegang telefon Hana. Lantas Blaze tersengih jahat. Terus dia atur langkah hendak dekati Hana, tapi gadis itu cepat-cepat undurkan diri ke belakang sebab takut punya pasal.

"Dengar sini...kalau kau nak hidup kau senang dekat sini. Better kau behave. Jangan berani nak tunjuk perangai berani kau dengan melawan aku."pesan Blaze sambil hulurkan telefon itu pada Hana.

Hana rampas telefon itu dengan kasar lalu dibawa ke dada bersama jelingan maut dia terarah pada Blaze.

"F*ck you!"sumpah Hana sebelum menolak Blaze ke belakang dengan kuat dan berlari pergi dari situ.