Chapter 16 - Bab 15

Di dewan makan, meja panjang yang merentasi dewan makan asrama itu di susun secara melintang dan berseberang. Hendak memisahkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Seperti biasa meja itu dipenuhi dengan pelbagai hidangan untuk makan malam pelajar-pelajar di situ. Segalanya dimasak oleh chef berkualiti dan diiktiraf.

Disebabkan kebanyakan pelajar di situ terdiri daripada orang berada masakan di situ terdiri daripada pelbagai konsep. Ada masakan Barat, Asian, Eropah mahupun masakan Timur.

"Aku dengar Senior Blaze akan buat parti dekat rumah dia hujung minggu ni..."

"Iya?Kau dapat jemputannya ke?"

"Tak...tapi aku dengar semua senior dijemput...kalau kau nak pergi...jadilah pasangan pelajar senior."

"Hahahaha...terujanya aku dengar...aku pun nak pergi..."

"Serius?Dia buat parti?Maksudnya senior Ace pun ada sekali?"

"Aku harap Senior Yuta ada sekali...yalah kan dia orang kan satu dorm..."

"F4...aku panggil dia orang F4...hahah okay tak?"

"Okay sangat...hahahah.."

Nadine yang dengar hanya pandang menyampah perbualan pelajar-pelajar perempuan dekat situ. Entah apa-apa jer lah mereka tu. Obses sangat dengan lelaki yang mana sikit pun tak tahu kewujudan mereka dalam akademi ni.

Bila Nadine pandang ke depan dia, matanya terarah pada pinggan yang terisi dengan makanan sudah tersusun membentuk sesuatu.

"Hana...dah lah..boleh tak kau jangan buat main makanan tu?"keluh Nadine. Tak pasal-pasal hidangan di pinggan itu menjadi beruang.

"Okay tak?"soal Hana sewaktu meletakkan bebola daging sebagai sentuhan terakhir di atas gumpalan pai labu.

"Makan."arah Nadine yang menyua garfu yang dicucuk dengan tomato yang digoreng mentega.

Hana palingkan mukanya ke arah lain. Menjauhkan mulut dari makanan tersebut.

"No." tegah Hana.

Hana capai potongan kentang rebus lalu di cucuk dengan lidi pencungkil gigi untuk sokong makanan itu dari terjatuh.

Secara tiba-tiba suasana dalam dewan makan itu menjadi lengang. Pelajar-pelajar di situ mula berhenti bercakap apabila kebanyakan kepala di situ tertala ke arah pintu masuk dewan.

Empat lelaki berpakaian casual berjalan masuk ke dewan itu. Dua di depan, dua belakang.

Nadine yang perasan ikut memandang ke arah mereka. Matanya terarah pada Adam yang sedang bergelak ketawa dengan Ace di sebelah. Yuta yang berjalan seiring dengan Blaze di sisi hanya dipandang sekilas.

Pelajar-pelajar perempuan di situ mulai berbisik-bisik semasa mereka mematai empat jejaka viral di akademi mereka.

Dia kembali memandang Hana yang enggan menjamah makan yang bertemakan masakan timur. Bukan kegemaran Hana.

"Dah lah tu..."mintanya seperti seorang ibu menegah anak kecilnya dari bermain dengan makanan.

Hana mengangkat kepala memandang Nadine sambil tunjuk pinggan makanannya dengan senyuman lebar.

"Wei tengok aku buat kau..."Nadine tunjuk kentang rebus yang telah disusun bentuk manusia. Beberapa jenis sayur dan makanan lain menghiasi kentang tersebut.

"Stop it Hana..."tegas Nadine.

Hana tak dengar, dia tidak hiraukan Nadine.

"Ini kau...ini adam...yang ini aku..."Hana tunjuk kentang yang dibentuk manusia, kemudian gumpalan pai yang berbentuk beruang dan berakhir pada buah tomato ceri yang disusun seperti orang salji.

Nadine menggeleng kepala sewaktu bangun dari duduknya dan mengambil pinggan Hana.

"Hei!"sentap Hana dengan kening mencerlung apabila pinggannya di ambil.

"Enough is enough Hana..."Nadine membalas renungan itu lalu kembali duduk di bangkunya.

Hana menyilang tangan ke dada tanda prostes sebelum mencebik bibir mulut itiknya.