Chapter 14 - Bab 13

Pintu bilik terbuka, mendedahkan Hana yang ditopang ketiak atas bahu Nadine berjalan masuk ke bilik mereka.

Setelah mendudukan Hana di atas katil, Nadine melepaskan hela nafas lega sebelum mencekak pinggang menghadap rakannya itu.

"Apa nak jadi dengan kau ni?Sudahlah hilangkan telefon, masuk kelas dalam keadaan kaki terseliuh...kena denda sebab masuk kelas lambat, tak boleh ke dalam sehari tu kau kawal sikit perangai cuai kau ni?"bebel Nadine dengan muka tak puas hati dia. "Macam mana semua ni boleh berlaku?"

Hana tidak hiraukan bebelan Nadine. Malah dia tepuk tepi kaki Nadine sambil menunding jari ke arah laptop yang berada di atas meja belajarnya.

"Wei ambikkan aku laptop tu..."

"Huh?"dengan kening berkerut Nadine pandang laptop dan Hana silih ganti. "Asal?"

"Ambik kan jer  la aku laptop tu..."gesa Hana lagi tidak sabar.

Nadine melepaskan keluhan sewaktu jalan ke meja belajar Hana dan mencapai laptop tersebut lalu diletakkan atas peha Hana.

Setelah peroleh laptop Hana buka laptop itu tergesa-gesa.

"Aku dah dapat email dia..."maklumnya sambil menaip password laptop.

Nadine duduk di sebelah Hana sejurus itu.

"Kau dah dapat?Macam mana?"Nadine pandang skrin laptop Hana dengan kening mencerlung.

Setelah connect wifi akademi, Hana bukan laman web utama yang biasanya digunakan untuk kesan email.

"Ace tolong carikan untuk aku...sebab kenapa aku lambat masuk kelas tadi..."jelas Hana sambil menaip email yang telahpun dihafal dalam kepalanya.

"Ace?Peminat fanatic kau tu?"soal Nadine tidak percaya.

"Telefon aku kena ambik dengan Blaze masa aku bertembung dengan dia dekat hallway tadi." sambung Hana lagi bila dia dapat masukkan alamat email tadi. Dan mula skrol skrin untuk cari sesuatu. Serta merta satu nama muncul di dalam kotak kecil dekat skrin tersebut.

"What?Blaze ada telefon kau?"soal Nadine yang semakin terkejut. "Oh god...cerita gila apa yang kau reka ni?" Dua lelaki berpengaruh ada contact dengan Hana dalam sehari. Rakannya yang seorang ini memang bukan sebarangan orang.

"Aku bukan reka okay. Memang betul..."Hana baca butiran dalam kotak itu sebelum keningnya perlahan-lahan terangkat setelah selesai membacanya. Malang sekali hasil pencariannya tiada hasil.

Terus jatuh bahunya hilang semangat. Kenapa susah sangat nak cari lelaki ni?

"Apa?""soal Nadine setelah mengesan reaksi Hana.  Dia mendekatkan matanya ke skrin laptop sebab perkataan dalam skrin itu halus.

"ID tu tak boleh detect jugak sebab private. Aku harap sangat kalau Senior Yuta orangnya." sengih Hana dengan muka berangannya. Yalah mana tahu kan!

Nadine yang dengar kembali membaca butiran itu. Setelah pasti apa yang Hana beritahu, Nadine menggeleng kepala.

"Kalau betul dia, aku tak nak dia jadi pasangan aku.""tegas Nadine.

"What?Kenapa?"soal Hana yang tiba-tiba sahaja kembali tenang.

"Well first sebab dia adalah Kim Yuta, second sebab aku tak suka dia."jawab Nadine.

"Asal kau anti dia?Aku hairan tahu tak?" tanya Hana dengan kening berkerut dan bibir muncung merajuk.

Nadine bangun dari katil Hana dan bergerak menanggalkan kot dari badan untuk salin pakaian dan mandi. Gara-gara Hana dia dapat balik awal dan berehat sebelum waktu makan malam tiba.

"Dah lah..aku nak mandi. Kau usha lah abang crush kesayangan kau tu puas-puas..."kata Nadine sebelum menghilang ke bilik air.