Chapter 13 - Bab 12

Sambil melompat riang Hana jalan merentasi koridor itu memandang skrin telefon. Melihat nama email yang dia boleh guna untuk hubungi ID user Appleinmyeye. Lama dah dia tunggu saat ini. Tak sangka pulak dia boleh tahu siapa pemain yang berjaya mengalahkan dia berturut-turut tanpa menang.

Lompat main lompat, tali kasut Hana terungkai lepas dari ikatannya.

Hana menjadi Hana, terjatuh selepas terpijak tali kasutnya tanpa sengaja.

Mengakibatkan gadis itu melungkup atas lantai dan telefonnya meluncur laju sepanjang lantai sebelum terhenti di hujung kasut berkilat.

"Aduh...dada aku..."Hana topangkan sikunya untuk sokong badannya bangun dari lantai itu dengan muka berkerut menahan kesakitan.

Sedang dia berdesis kesakitan hendak bangun, muncul satu bayang hitam berdiri melangit di depannya.

"Apa masalah dengan kau ni?Asal aku nampak kau je mesti kau dekat lantai?Suka sangat ke dengan lantai tu?"tegur suara dari depan Hana.

Hana angkat kepalanya sewaktu dia bersimpuh atas lantai hendak mengurut kaki. Dia bertentang mata dengan sepasang mata berwarna coklat hazelnut dan berbulu kening hitam garang.

Sekali lagi!Wow!Ramai-ramai orang dalam akademi, lelaki menyakitkan hati ni jugak ke?

"Mungkin sebab aura malang senior tu buatkan saya bernasib buruk..."komen Hana sewaktu cuba berdiri dari lantai tetapi terduduk semula di atas lantai itu kerana sakit yang menarik urat kaki mengejutkan dirinya.

Bunyi detak tapak kasut kedengaran menghampiri Hana sebelum sepasang kaki berdiri di depan gadis itu.

Blaze bercakung depan Hana. Melentokkan sedikit kepalanya untuk memandang wajah Hana yang sedang tunduk mengurut kaki kanan.

"Kau sedar tak kau tengah cakap dengan siapa sekarang ni?"soal Blaze sambil melirik ke tangan Hana yang sedang mengurut kaki.

Dasar Duck Face Si Clumsy! "Jalan sendiri tak betul berani nak kutuk orang?"

Hana melepaskan hela nafas jengkel, dia angkat kepalanya untuk menghadap muka kacak Blaze dengan renungan tak berminat.

"Lelaki menyakitkan hati dan menyemakkan mata?"komennya yang sikit pun tak takut dengan Blaze.

Kalau lelaki itu hendak susahkan hidup dia dekat situ, better fikir dua kali sebab dia akan susahkan hidup lelaki itu sebelum lelaki itu berbuat begitu padanya.

Blaze menarik sengih sinisnya lalu menunjukkan telefon milik Hana yang dipegangnya ke depan muka Hana.

"Oh really?Kalau macam tu telefon kau ni aku ambil..."

Hana menahan nafas terkejutnya. Sepantas kilat dia cuba dapatkan telefon itu, tetapi Blaze dengan cekap melarikan tangannya dari ditangkap Hana.

"Berikannya kepada saya..!"Apa masalah lelaki ni dengan isu mengambil hak orang lain?

Cepat-cepat Blaze jauhkan telefon tu.

"Ah-ah..say sorry to me first. And said out loud. Blaze Hunter ialah lelaki paling kacak dan baik dalam dunia ni yang tiada gantinya."aju Blaze dengan bangga.

Hana buat muka kengerian lalu berdekah ketawa.

"Buahahahahahaha...""Hana melontarkan kepalanya ke belakang sambil menutup mulut dengan belakang tangan.

Blaze pandang Hana dengan renungan tidak berminat. Sikit pun tak rasa lucu apalagi hendak ketawa.

Hana kembali memandang Blaze. Dia beri pandangan 'buang tebiat apa' pada Blaze.

"You full of yourself you know that?"ketawa Hana sampai merah mukanya. "Please lah...siapa yang nak cakap macam tu...memang tak lah..."ujar Hana di balik ketawanya.

Blaze menjungkit bahu tidak kisah. "Fine..kalau macam tu telefon kau ni aku rampas. Say bye to it..."Blaze bangun dari situ dan bergerak hendak pergi.

Serta merta ketawa Hana terhenti, gadis itu cepat-cepat memegang kaki Blaze dan dongak memandang lelaki itu.

Tindakan itu membuatkan Blaze berhenti dan tunduk memandang Hana di bawah.

"Sorry."ucap Hana dengan puppy eyesnya. "Tapi saya takkan cakap apa yang senior mintak. Jadi tolong pulangkan telefon saya." Hana tadah tangan ke arah Blaze.

Blaze berdengus tidak percaya, terus dia mencekak pinggang saat memandang ke depan.

"Kau fikir aku siapa?Aku Blaze Hunterlah,  taiko dekat sini...dan kau sewenangnya kurang ajar dengan aku...never!"lelaki itu terus meninggalkan Hana sendirian di koridor tersebut dengan langkah berlagak dia.

Tangan Hana jatuh ke lantai, kepala dia tunduk mengalah hilang semangat.