""Please..."
"NO..."
"Kau?Boleh tak ganti aku?"
"Tak kuasa aku..."
"Urgh..tak boleh harap!"
Hana berjalan keluar dari kelas sebelah sebelum bergerak ke tembok batu. Tangannya mencekak pinggang menghadap pemandangan tingkat tiga akademi dimana padang dan gelangang bola keranjang berada.
Sambil menggigit bahagian dalam bawah bibir Hana pandang sekelilingnya. Cuba mencari jalan untuk cari penggantinya. Masa tak tinggal banyak. Tinggal 6 hari saja sebelum pertandingan Tenis dan Caturnya. Sehingga sekarang tak ada sesiapa sudi mengantikannya.
Bukan sahaja kelas tahun pertama, malah tahun ketiga juga dia propose. Tapi tak ada seorang pun yang mahu. Termasuk rakan sekelasnya sendiri. Mati kutu Hana dibuatnya.
Sedang matanya bergerak memandang pemandangan pagi dimana pelajar lain sedang merayau sekitar koridor dan kawasan akademi, Hana terpandang gelangang bola keranjang.
Di dalam gelangang itu kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang bermain bola keranjang dengan gembira. Matanya terarah pada lelaki berkemeja dengan lengan baju dilipat sampai ke siku.
Rambut hitam yang biasanya pacak itu basah dengan peluh menutupi sebahagian mata lelaki itu. Senyuman boyish terukir di bibir lelaki itu. Berbeza dari penampilan biasa yang kelihatan samseng dan badass, lelaki itu kelihatan carefree dan enjoy.
"Boo!"sergah seseorang di sisi kanannya tiba-tiba.
Hana tersentak lalu toleh ke kanan sebelum pipinya bersentuhan dengan satu permukaan dingin. Secara refleks dia menjerit kecil dan undur ke belakang hendak jauhkan diri, tapi sebaliknya belakang badannya melanggar sesuatu.
Hilang keseimbangan hendak terjatuh, satu tangan melingkar sekeliling pingangnya. Menyelamatkan dia dari moment memalukan.
"Woa...easy there..."ujar suara itu lagi dekat dengan telinga kiri Hana.
Sambil memegang tangan yang ada di pinggang, Hana dongak ke atas. Bertemu muka orang yang mengejutkannya tadi.
"Ace!!Apa awak ni!"marah Hana serta sebelum menjauhkan dirinya dari lelaki lampai dari kelas pertama tahun kedua. Ace Ardell, Presiden Kelab Komputer.
"Hahaha...sorry..aku tak tahu pulak kau akan terkejut macam ni sekali."gelak lelaki dengan senyuman berlesung pipit itu.
Hana lurutkan pakaiannya dengan kening mencerun.
"Apa yang sejuk tadi tu?"soal Hana sambil mematai dengan curiga lelaki yang sudah menjadi peminat fanatiknya sejak hari pertama di akademi ini.
Mereka bertemu semasa di cafeteria. Hana tertinggal dompet dalam lokar masa nak bayar makanan. Kebetulan Ace berdiri dekat belakang dia, tolong bayarkan makanan dia. Dan sejak itu lelaki ini tidak berhenti menghantui Hana.
"Ini...""Ace tunjuk tin minuman jus anggur depan muka Hana. "Kau okay tak?Aku tengok kau dari hujung koridor lagi termenung macam serabutkan something?"
Hana tolak tin itu turun dari mukanya lalu menyilang tangan ke dada. Dah lah kepala dia tengah serabut, lelaki ni datang menyemakkan lagi kepala dia.
"Saya okay." balas Hana sambil berkerut kening tidak puas hati.
"Jangan banyak berkerut..cepat tua nanti." ujar Ace sambil melurutkan kedutan ditengah kening Hana dengan jari telunjuk.
Sentuhan itu membuatkan mentol idea muncul di dalam minda Hana. Gadis itu memandang Ace dengan muka berseri bersemangat.
"Saya rasa ada sesuatu yang awak perlu lakukan untuk saya Ace..."
Ace pandang Hana dengan kening terangkat tinggi. "
"Apa dia?"lelaki itu turunkan tangan ke sisi dan memandang Hana dengan penuh expectation.
"Carikan saya seseorang.."aju Hana dengan renungan mata penuh semangat.