Chereads / konflik dunia bawah ( bangkit pahlawan tanpa nama ) / Chapter 7 - Pertempuran tidak dapat dielakkan

Chapter 7 - Pertempuran tidak dapat dielakkan

Pada jam 4.00 pagi bermulalah perang dengan satu lantunan suara tembakan meriam "dummmmm" yang menandakan perang sudah mula dengan di ketuai oleh empat kuasa besar dalam distrik hitam ini. Selain itu,kumpulan kongsi gelap kecil turut turun tangan dalam pertempuran itu sehingga meriahkan lagi pertempuran tersebut selain itu, mereka berpecah kepada tujuh bahagian termasuklah Zarul,Khai,Balqis dan kelompok pak Din dan Syafiq. kelompok ini diketuai oleh Syafik sebagai ketua mereka. Zarul, Khai, dan Balqis belum rasmi menjadi anggota kumpulan pak Din. Mereka hanyalah membantu pak din untuk membalas jasa Pak Din kerana telah membantu dan merawat mereka dengan semasa mereka berada di distrik hitam ini.

Di sisi lain, kelompok lain yang di kenali sebagai dark of darkness yang di ketuai oleh kapten Akma yang merupakan bekas askar. kelompok ini terdiri daripada dua puluh satu orang dan mereka terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu bela diri dan bijak dalam membuat keputusan. Kumpulan jeff, tidak mempunyai niat untuk berperang melawan kongsi gelap besar dan mereka hanya ingin memusnahkan kumpulan pak Din kerana dendam mereka. Kumpulan ini terdiri daripada dua puluh lapan orang termasuk ketua mereka iaitu Jeff.

selain itu, kelompok selebihnya bergabung dengan kuasa besar yang terdiri daripada empat kelompok besar, mereka ini bergabung kerana mereka tidak yakin dengan kemampuan dan keupayaan mereka dalam pertempuran ini, dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk menyerahkan nasib mereka kepada kuasa besar. empat kelompok besar itu adalah kongsi gelap Hasan, kongsi gelap tok perapu, kongsi gelap Shah itam dan kongsi gelap lady. kumpulan ini,sudah digeruni bukan sahaja kekuatan malahan daya tempur mereka yang luar biasa.

Dalam pertempuran ini, terjadi beberapa konflik antara kumpulan pak Din dan kumpulan jeff, konflik kedua ialah perebutan kuasa antara empat kuasa besar dan satu lagi adalah konflik di antara dark of darkness yang ingin menhancur empat kuasa besar dan ingin menjadi raja kongsi gelap di distrik hitam itu. Selain itu, konflik yang terbesar ialah konflik semua kongsi gelap yang ingin menunjukkan kekuatan mereka dengan menyertai perang besar tersebut.

Pertempuran antara empat kuasa besar telah dimulai oleh kongsi gelap lady yang majoriti wanita dengan anggota mereka sebanyak lima ratus lima orang yang menyerang dengan senjata seperti pedang. # note : senjata seperti pistol dan pelengkapan yang lain tidak dapat diimport ke distrik hitam kerana perjagaan ketat oleh tentera dan polis. kongsi gelap lady yang diketuai oleh mei Tatsumi dan Zeti menyerang anak buah kongsi gelap Hasan, mereka hanya membawa dua puluh orang bagi menyerbu musuh dalam kumpulan kecil seperti mereka berjaya menumpaskan sekumpulan kongsi gelap Hasan dalam beberapa saat, selepas berjaya mengalahkan mereka, bantuan dari kongsi gelap Hasan telah tiba dan menyebabkan Mei dan anak buahnya berundur kerana mengetahui mereka kalah jumlah. Kemungkinan jika mereka masih menyerang, mereka akan kalah kerana bala bantuan yang diketuai oleh zero terlalu banyak untuk dilawan oleh mereka selain itu, mereka hanya membawa dua puluh orang sahaja.

Sementara itu, kongsi gelap Shah itam bertempur dengan kongsi gelap tok perapu. Pertempuran mereka begitu sengit sehingga menyebabkan orang kanan mereka turun tangan. Mereka diketuai oleh orang kanan masing² seperti kongsi gelap tok perapu yg di ketuai oleh Zack dan kongsi gelap Shah itam diketuai oleh saru, mereka masing² membawa anak buah berjumlah dua ratus lima puluh orang. Pertempuran mereka begitu sengit dan yang lebih sengit adalah orang kanan kongsi gelap iaitu Zack dan saru yang beradu kekuatan dengan pukul memukul. Kekuatan yang setara antara kedua orang kanan kongsi gelap tersebut menyebabkan pertarungan mereka mengambil masa yang lama. Mereka masing² mempunyai kelebihan tersendiri iaitu Zack mempunyai tubuh yang sasa, kuat dan berpengalaman manakala saru mempunyai tubuh yang kecil tapi tahan lasak pukul sekuat mana pun dia tetap mampu berdiri, selain itu, pukulannya cepat dan lincah. Mereka masing² memuji kehebatan dan ketanguhan mereka berdua.

Di lain sudut, anggota Shah itam tidak dapat menandingi kekuatan kongsi gelap tok perapu dan anggota mereka telah ramai yang tumpas kerana mereka melawan kongsi gelap tok perapu di kawasan penguasaan kongsi gelap tok perapu. Mereka seperti melawan buaya di dalam air. Setelah itu, saru mengambil keputusan untuk mundur daripada medan pertempuran tersebut, namun sayang mereka di hadam oleh bala bantuan dari tok perapu yang berjumlah dua ratus orang. Saru mengambil keputusan untuk membuka ruang kepada anak buahnya untuk mundur dan dia akan menjadi umpan. saru berkata kepada anak buahnya untuk terus hidup dan dua ratus orang anggota kongsi gelap tok perapu adalah mudah baginya. Selepas itu, anak buah satu berjaya mundur tetapi saru tidak berjaya kerana terlalu letih dan terluka parah kerana menahan anak buah tok perapu seramai lebih dua ratus orang termasuklah zack. Akhirnya Saru mati dan berita kematian saru tersampai kepada Shah. Shah begitu terkejut dan terkilan kerana dia telah kehilangan seorang yang kuat dan orang pentingnya dan merupakan orang kuat kumpulannya. Setelah kejadian itu, Shah dan anak buah telah merancang untuk mengalahkan Kongsi gelap tok perapu bagi membalas demdan atas kematian Saru dengan melakukan serangan kejutan.

tap tip tap tip bahhhh tapak kaki seorang lelaki. lelaki itu bernama Rimi dan merupakan anak didik Saru dan beliau mendapat wasiat dari Saru untuk membantu kongsi gelap Shah jika berlaku apa-apa kepada dirinya. Kekuatan rimi lebih kuat berbanding saru dan boleh di kira dua ratus orang belum tentu mampu melawannya. Setelah itu, Rimi diangkat menjadi orang kanan kongsi gelap Shah dengan menggantikan posisi Saru yang mati melindungi anak buahnya. Pelantikan Rimi menjadi orang kanan Shah menggantikan Rimi tiada bantahan daripada anggota kongsi gelap Shah kerana mereka percaya kepada anak didik Saru . Shah menyuruh anak buahnya untuk memantau kumpulan tok perapu, jika ada celah mereka akan menyerang.

Di lain tempat kumpulan kecil yang diketuai oleh Rado bersama kongsi gelap Jeff menyerang kumpulan pak Din dengan anggota mereka berjumlah 100 orang namun mereka menyerang dengan sia² kerana kuasa tempur mereka terlalu lemah iaitu sebanyak 20% walaupun berjumlah 100 orang dan kumpulan pak din berjumlah 35 orang termasuk pak Din, Syafiq,Balqis dan khai dan kuasa tempur mereka sebanyak 22%. Kumpulan jeff yang dianggotai oleh Rado tewas telat dan yang terselamat adalah Rado dan beberapa orang. Setelah pertarungan itu Rado dan anak buah nya meninggalkan medan pertempuran dan mereka bagai jatuh ditimpa tangga kerana mereka berjumpa dengan kongsi gelap dark of darkness yang diketuai oleh kapten Akma, dengan sekali libas mereka pun tewas.

pertempuran sudah berkurang sedikit tapi setiap kawasan sudah ada ketua kongsi gelap menhantar anak buah untuk berjaga dan mencari info dan mereka bukan satu atau dua tapi sepuluh orang setiap kawasan. Setiap kali ada kongsi gelap lalu, para penduduk akan di timpa musibah kerana jikalau mereka bertempur di situ, kawasan itu akan terus hancur dan berdarah.