Chereads / konflik dunia bawah ( bangkit pahlawan tanpa nama ) / Chapter 11 - Pelatihan neraka oleh orang misteri ‘ K ’

Chapter 11 - Pelatihan neraka oleh orang misteri ‘ K ’

Sudah beberapa hari khai, Balqis, anis dan zarul mendapatkan latihan keras dari K. Mereka diberikan latihan agar dapat bersaing dan terus hidup dalam dunia gelap itu.

Pelatihan mereka lebih kepada fizik dan latihan mereka juga berbeza beza mengikut kelebihan mereka sebagai contoh Anis di beri latihan mendaki gunung yang curam, Balqis pula diberikan latihan menumbuk air dan bersatu dengan alam, manakala Zarul dan Khai diberi pelantikan khusus oleh K kerana mereka berdua adalah lelaki yang seharusnya membantu wanita bukan menyorok di belakang wanita.

Pelatihan mereka adalah latih tanding, berlari 5 km sehari, menyelam selama 1 jam, mendaki bukit dan mengangkat batu besar. selain itu, Mereka juga harus menenangkan diri di gunung terjun.

Di suatu tepat, ada satu kongsi gelap baru di tubuhkan iaitu speed, mereka di kenal dengan kecepatan atau reflek yang luar biasa.

Dalam masa sama Mei tatsumi dan Zeti membincangkan masa depan kumpulannya yang sekarang di ambang kehancuran . mereka berdua berdiskusi tentang kongsi gelap dark of darkness yang merupakan duri dalam daging untuk kumpulan kongsi gelap lainnya. Setiap anggota kongsi gelap telah ramai dibantai oleh Kongsi gelap dark of darkness yang diketuai oleh kapten Akma.

Berbalik kepada kongsi gelap speed, mereka bertembung dengan anggota kongsi gelap lady yang dipimpin terus oleh Mei Tatsumi dan mereka tiada pilihan lain selain bertarung walaupun sudah tentu tewas, namun mereka anggota speed terkejut kerana selepas kekalahannya Mei Tatsumi mengajak mereka untuk bergabung dengan mereka. Jika ingin menjadi kuat Mei Tatsumi akan melatihnya secara langsung. Kongsi gelap speed menerima ajakannya dan mula lah titik kebangkitan kongsi gelap lady yang baru dengan anggota nya daripada kongsi gelap speed.