Sudah berlalu satu bulan, Zarul dan Anis berada di gunung selatan, mereka terlihat kurus sedikit daripada sebelumnya, mereka perlu berkerja keras untuk menjaga diri dari moster buatan. Setiap hari ada sahaja moster yang berkeliaran dalam hutan, mujurlah mereka berdua telah membuat rumah atas pokok tapi mereka juga perlu berhati-hati kerana di gunung selatan bukan sahaja ada moster tapi juga ada haiwan berbisa seperti ular. Sudah habis game survival atau latihan bertahan hidup di dalam hutan yang berbahaya.
Mereka pun berjalan pulang, mereka berdua telah menjadi kuat bahkan moster buatan sudah bukan tandingan mereka. Dalam perjalanan pulang mereka berdua telah singgah ke tasik puaka.
Tasik puaka adalah tasik yang mempunyai sumber semula jadi yang melimpah ruah tetapi tasik puaka mempunyai penjaga iaitu buaya tembaga. Buaya tembaga merupakan buaya yang kuat, buaya ini mempunyai gigi yang kuat dan tajam manakala tubuh bersisik dan besar 540 meter. Zarul mempunyai idea untuk mengalahkan buaya tembaga, Zarul pun memberi idea nya kepada Anis dan Anis bersetuju. Mereka memulakan misi dengan membuat buaya tembaga keluar dari tasik itu dengan menggunakan umpan dan beberapa jam buaya tembaga keluar dari tasik dan mengemgam umpan dan menarik tetapi umpan itu adalah perangkap dan akhirnya buaya pun tewas terkena perangkap mematikan itu .
Dengan itu, tasik itu telah menjadi milik mereka,sumber semula jadi banyak seperti ikan , buah² han dan sebagainya telah menjadi milik mereka berdua.mereka berdua berehat untuk beberapa hari di situ untuk mengisi tenaga yang hilang.
Manakala di gunung utara Balqis dan Khai terlihat biasa tanpa perubahan, mereka cukup makan. Puak libre cukup hebat dalam ilmu bela diri, mereka turut mengajar Khai dan Balqis seni mempertahankan diri dan selama satu bulan ini khai dan Balqis berjaya menguasai seni mempertahankan diri puak libre.
Setelah itu, mereka berdua terus pergi setelah satu bulan menetap di gunung utara bersama puak libre. mereka berdua telah berjalan melintasi tasik sunyi, tasik ini di sebut sebagai tasik sunyi kerana tiada orang pernah mendengar suara ketika masuk ke kawasan tasik sunyi. selain itu, ketika berada dalam tasik sunyi mereka akan ditunjukkan kisah silam mereka. Tasik ini mempunyai penunggu yang mempunyai kuasa ghaib atau lebih kepada Supernatural. Dalam ini, setiap orang yang memasuki tasik sunyi ini mereka akan ditunjukkan kisah silam mereka dan siapa yang memasuki tasik ini kemungkinan besar akan menjadi gila kerana tasik sunyi ini akan menekan emosi.