Chereads / konflik dunia bawah ( bangkit pahlawan tanpa nama ) / Chapter 18 - Kebangkitan bersejarah sang pahlawan

Chapter 18 - Kebangkitan bersejarah sang pahlawan

Setelah berpisah dengan guru mereka Zarul, Khai , Balqis dan Anis berpecah dan memilih jalan mereka sendiri. Mereka sudah tidak perlu bersama lagi kerana mereka sudah kuat. Kekuatan mereka sudah setara dengan wakil ketua kongsi gelap besar iaitu rimi dari kongsi gelap Shah, Zeti kongsi gelap lady, Zack kongsi gelap tok perapu dan zero kongsi gelap Hasan.

Perjalanan pertama Zarul di kota bunga setelah berpisah dengan kawannya. Setelah sampai ke kota bunga Zarul berehat di hotel. hotel itu dilengkapi dengan perlengkapan yang mewah bahkan hotel ini lebih hebat daripada wilayah luar distrik hitam.Setelah Zarul berehat, Zarul pergi ke kedai untuk membeli barang keperluan tetapi ketika hendak membeli barang keperluan, Zarul dikejutkan dengan para anggota kongsi gelap tok perapu yang sedang mencari wang dan makanan untuk menghidupkan kembali Kongsi gelap nya. Meraka tiba² menyerang Zarul dengan menggunakan pedang dan kapak,namun serangan mereka dapat dielakkan oleh Zarul lalu mereka dihempas oleh Zarul dengan satu pukulan yang kuat. Anggota kongsi gelap tok perapu berjumlah 15 orang dengan mejoriti mereka mempunyai ilmu bela diri. Akhirnya berlaku pertempuran yang dahsyat antara Zarul dan anggota kongsi gelap tok perapu walaupun, mereka ramai mereka belum setading dengan Zarul yang sudah kuat setelah berlatih dengan kapten Akma atau K. Setelah selesai pertarungan itu, penduduk kota bunga bersorak gembira kerana mereka tidak perlu membayar ufti atau wang perlindungan kepada kongsi gelap tok perapu. Selain itu, penduduk kota bunga memanggil Zarul sebagai pahlawan mereka disebabkan Zarul berjaya mengalah anggota kongsi gelap tok perapu yang kejam itu.