Chereads / konflik dunia bawah ( bangkit pahlawan tanpa nama ) / Chapter 15 - Perubahan yang ketara selama satu bulan

Chapter 15 - Perubahan yang ketara selama satu bulan

Perubahan Zarul dan Balqis tidak begitu ketara, namun kekuatan Zarul dan balqis meningkat dengan pesat apabila mereka pulang dari gunung selatan. peningkatan mereka disebabkan mereka berdua selalu bertarung melawan moster buatan yang kuat yang selalu mengancam mereka.

Di sudut lain, Khai dan Anis terlihat lelah dan tubuh Anis terlalu lemah untuk berdiri, mereka lelah kerana perlu melawan ilusi dan kisah silam mereka, di tasik sunyi mental mereka diuji jika mereka lemah mental mereka akan menjadi gila.

Peningkatan yang di tunjuk oleh Khai dan Anis hanyalah fizikal mereka berotot dan mempunyai ilmu bela diri puak libre. mereka berempat menunjukkan hasil latihan mereka dengan berlatih tanding dengan guru mereka iaitu K. Latih tanding dimulai oleh Zarul melawan K. latih tanding antara Zarul dan K begitu sengit walaupun Zarul belum setading dengan kekuatan gurunya iaitu K, namun Zarul berjaya membuat gurunya menggunakan seluruh kekuatannya. selepas Zarul berlatih tanding dengan K, giliran Khai , Anis dan balqis pula berlatih tanding.

Mereka sudah meningkat sejak satu bulan di gunung selatan dan utara. Berapa bulan lagi perlatihan mereka akan berakhir. Selepas beberapa hari, K memberi tugas kepada mereka untuk mengalahkan kongsi gelap hasan yang selalu mengawasi mereka itu. K mengatakan kepada mereka berempat sudah tiba masa untuk menguji kemampuan mereka dengan mengalahkan anggota kongsi gelap Hasan. Kongsi gelap Hasan ketika itu, berjumlah lebih 40 orang. Mereka ditugaskan untuk mengawasi pergerakan yang boleh mengancam kongsi gelap mereka, jika mereka melakukan gerakan yang boleh mengancam kongsi gelapnya terus bunuh mereka itu misi mereka yang diberi oleh ketua mereka iaitu Hasan .