Chereads / konflik dunia bawah ( bangkit pahlawan tanpa nama ) / Chapter 14 - Kisah silam terungkap di Tasik Sunyi

Chapter 14 - Kisah silam terungkap di Tasik Sunyi

Ketika Anis dan Khai memasuki tasik sunyi mereka dipaksa berpecah oleh penungu tasik sunyi itu. Setelah berpecah Khai dipaksa melihat kembali kisah silamnya yang dulu, kisah dimana Khai sendiri ingin melupakan kisah silamnya yang pahit di mana ketika beliau masih remaja, beliau telah diuji dengan kematian ibunya, manakala ayahnya sibuk dengan pekerjaan dan tidak ada masa untuk memperdulikannya walaupun mempunyai masa beliau akan selalu memukul Khai kerana beliau merasakan Khai penyebab kematian isterinya yang tercinta. Dalam hal ini, Khai selalu depresi , mengalami kemurungan dan selalu bersendirian kerana merasa bersalah atas permegian ibunya kerana keegoannya ibunya meninggal selain itu, beliau selalu ditekan oleh ayahnya dengan menuduh Khai sebagai punca kematian isterinya. Setelah hampir empat tahun Khai yang mengalami kemurungan dan depresi telah kembali pulih setelah beliau bertemu sosok wanita yang dianggap malaikat baginya iaitu Balqis. Balqis selalu memberi semangat, dorongan untuk terus melangkah ke hadapan tanpa melihat masa lalu. Beliau berkata jadikanlah masa lalu sebagai lonjakan untuk terus kedepan dan membuat diri semakin kuat. Setelah mendapat sokongan dan dorongan oleh Balqis, Zarul kembali bangkit, belajar berdikari, belajar melupakan masa lalu dan yang penting Khai yang dulu bukan yang sekarang. Dulu seorang yang lemah ,kurang hensem, tidak berjaya dan negatif sekarang beliau kuat dengan mempunyai ilmu bela diri, hensem, berjaya dan fikir positif selalu. Di satu sudut, Anis ditunjukkan kisah silam yang menyakitkan sehingga membuat sakit dan lalu berteriak dan akhirnya didengari oleh Khai dan dengar pantas Khai pergi membantu Anis tetapi Anis sudah tidak siuman kerana ditunjuk ilusi selain itu, mental Anis yang lemah yang mudah menyebabkan Anis mudah terpengaruh dengan ilusi yang dibuat oleh penungu tasik sunyi itu. khai cuba mempertenangkan Anis namun gagal akhirnya Khai terpaksa menggunakan kekerasan untuk membuat Anis pengsan. Apakah kisah silam Anis terlalu menyakitkan sehingga menyebabkan seorang pembunuh upahan tidak mampu mengawal emosi dan mental apabila diserang dengan ilusi melalui pikiran, getus hati kecil Khai .