Dalam proses mereka menerima latihan yang keras oleh K , mereka telah menunjukkan bibit² cinta telah berbunga. Percintaan dalam latihan tidak dilarang oleh K, Walaupun K masih single hhhahhahahaha.
Pada keesokan harinya, K telah membahagikan kepada dua kumpulan kumpulan pertama ialah Anis dan Zarul dan kumpulan kedua ialah Balqis dan Khai. Mereka ditugaskan untuk pergi ke gunung selatan dan gunung utara bagi meneruskan lagi latihan.
Latihan ini di sebut sebagai latihan survival atau bertahan hidup. Mengikut sejarah gunung selatan dan utara dalam wilayah distrik hitam adalah gunung yang berbahaya bukan kerana kertinggiannya, atau kecuranganya tapi ia berbahaya kerana di situ adalah tempat di mana saintis gila menciptakan moster dari sel campuran makhluk hidup mereka di kenali sebagai iblis oleh para penduduk kampung distrik hitam.
Mereka ini tidak segan untuk membunuh atau membuat kejahatan demi penelitiannya. Saitis yang mengetuai penelitian ini ialah doktor Zaki dan pembantunya ialah Siti. Mereka berdua ini bukan warga tetap distrik hitam sama seperti Zarul dan kawannya.
Setelah di berikan tugas yang berat itu, mereka pun pergi ke gunung selatan dan utara, walaupun mereka sudah tahu bahayanya. Sebelum mereka pergi K telah memberi nasihat kepada mereka berempat iaitu jika kau ingin terus hidup berkerjasama lah seperti isi dengan kulit jika kau tidak mampu untuk berkerjasama hidup kau akan terancam tiada kepercayaan, tiada pertolongan dan tiada bantuan. Mereka berempat pun bertolak pergi ke gunung selatan yang diketuai oleh Zarul dan Anis manakala gunung utara Khai dan Balqis. Mereka berempat pergi dengan peralatan yang di berikan oleh K mereka hanya di beri air botol 800 ml , mancis , pisau , tisu , senjata untuk pertahankan diri dan kompas. Dengan peralatan itu, mereka perlu bertahan hidup selama 1 bulan.
Mereka tidak di beri aturan tetapi hanya di beri tahu lakukan apa sahaja asalkan dapat terus hidup. Di gunung selatan Zarul dan Anis sudah sampai, mereka telah berjalan untuk sampai ke gunung selatan selama satu minggu, mereka terus berjalan dan terus berjalan sesudah sampai mereka pun membuat pondok dan membentangkan khemah bagi tujuan berehat. Sebelum mereka melelapkan mata mereka telah diserang oleh seekor moster berkepala tiga nasib baik mereka berdua mempunyai reflek yang cepat jika tidak mereka sudah mati di hari pertama latihannya bermula. Mereka berdua sudah sepakat untuk berkerjasama untuk terus hidup dan pertama mereka perlu berkerjasama bagi mengalahkan moster ini. Moster ini terlalu kuat untuk di lawan oleh satu walau orang itu hebat. Dengan strategi dan ketangkasan mereka berdua akhirnya moster itu dapat dikalahkan. Setelah itu, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain memakan moster itu bagi tujuan melindungi diri jika mereka tidak memakannya mereka akan terancam kerana bau moster itu boleh menarik moster lainnya bahkan lebih kuat daripada sebelumnya. Setelah mereka makan dan moster itu bukan sahaja di jadikan makan tetapi juga dijadikan baju senjata dan atap bagi tujuan berteduh dengan menggunakan kulit. Zarul dan Anis telah merancang untuk membina rumah di atas pokok bagi tujuan menhidar daripada bahaya itu tadi. Mereka terus berkerjasama membuatnya dan di situ Zarul merasa perasaan cinta terhadap Anis kembali berputik. Mereka berdua cuba untuk terus bertahan di dalam hutan selama 1 bulan. Mereka berdua terus berfikir untuk bertahan hidup. Zarul " Anis kita perlu perancangan untuk terus hidup dalam masa 1 bulan ini, jika tiada perancangan mustahil untuk kita terus hidup untuk satu bulan". Anis ",ouh betul juga saya pun rasa yang sama, tapi apa perancangan itu saya tidak tahu. jangan risau Anis saya kan ada, sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab saya akan cuba sedaya upaya untuk menguruskan ini, janganlah risau. Perancangan Zarul cukup sistematik kerana dia telah berbagi tugas seperti tugas mencari makanan, kayu api adalah tugasnya dan memasak adalah tugas Anis selain itu, Zarul berburu dengan menggunakan perangkap yang dibuat dengan menggunakan akar kayu.
Di gunung utara, Balqis dan Khai tidak berdepan dengan banyak masalah seperti contoh awal mula Zarul dan Anis diserang moster tetapi Balqis dan Khai mempunyai keberuntungan yang tinggi kerana mereka tidak berdepan masalah kerana mereka bertemu dengan bangsa libre iaitu bangsa yang telah dikatakan punah di abad 78, mereka adalah bangsa yang hidup secara sederhana. mereka boleh dikatakan orang zaman dulu yang tidak mengenal teknologi. Berbalik kepada Khai dan Balqis, mereka sungguh beruntung kerana mereka tidak perlu bertahan hidup alam liar yang dipenuhi oleh moster buatan. Mereka tidak melanggar peraturan atau latihan yang diberi kepada mereka kerana tiada peraturan diberikan, meraka merasa semua boleh dilakukan. Walaupun mereka tidak perlu bersusah payah mencari tempat tinggal dan makanan, mereka turut membantu penduduk di situ mencari makanan dan dalam urusan pentadbiran kampung turut dibantu.
Selain itu mereka juga turut berlatih dengan giat agar bertambah kuat. Khai masih belum mengungkap cintanya kepada Balqis walaupun banyak peluang, seperti makan bersama, tidur bersama, dan berlatih bersama . Khai telah merasa hatinya tidak kuat lagi kerana setiap Khai akan melihat Balqis dan perasaan itu cuba keluar. namun Khai tetap menahan perasaan nya dan apabila masa yang sesuai Khai akan beritahu kepada Balqis.