Dalam selang waktu beberapa hari, wilayah distrik hitam sudah mula berubah, bukan lagi tentang pertikaian antara kongsi gelap tetapi ini tentang wang yang dihadiahkan jika mampu membawa kongsi gelap dark of darkness hidup atau mati. Menurut info siapa yang berjaya membawa anggota kongsi gelap dark of darkness berserta kapten dalam keadaan hidup atau mati akan mendapat hadiah sebesar jutaan ringgit.
Pada masa yang sama, zarul, Khai dan Balqis di serang oleh kongsi gelap kecil iaitu seven, mereka merupakan kongsi gelap yang baru muncul dalam beberapa minggu ini, setelah berakhirnya era tok perapu dan lebih tepat nya setelah berakhirnya perang dunia pertama. Dalam keadaan Zarul dan Khai yang cedera parah manakala Balqis yang luka ringan kekalahan mereka telah di tentukan kerana hanya Balqis sahaja yang mampu melawan mereka di sebabkan Khai dan Zarul tidak berdaya kerana lukanya yang parah yang di terima ketika melawan zero masih lagi berbekas di dalam tubuh mereka .
Kumpulan seven cuba bermain main dengan Balqis namun tiba-tiba seorang lelaki datang dan membantu mereka melawan kongsi gelap seven. kumpulan seven mudah di kalahkan oleh orang misteri itu. Di saat yang sama Anis juga berada di situ hanya melihat sahaja sambil menekan aura membunuhnya. Sebenarnya Anis ingin muncul dan membantu mereka untuk menjadi pahlawan namun sayang kerana orang misteri itu datang dulu sebelum Anis membuat keputusan untuk membantu mereka bukan lagi di sebalik layar. Ketika Zarul dan Khai cedera parah melawan zero Anis hanya melihat kerana Anis cuba mencari kelemahan zero dari kejauhan tetapi sayang zero tidak mempunyai kelemahan selain itu, jika Anis bantu mereka, hanya menambah seorang lagi mangsa yang lemah.
Selepas pertarungan antara orang misteri itu dengan kumpulan seven Khai menanyakan nama orang misteri itu, dan ia menjawab panggil je aku ' K ' . Setelah itu, mengubati mereka bertiga dan K telah merasa aura dari Anis dan menyuruh keluar akhirnya Anis keluar dan berkata kau cukup hebat juga, aku sudah menekan aura membunuh yang aku miliki tetapi kamu berjaya mengetahui aku, kau bukan orang biasa, kau kemungkinan besar telah banyak membunuh dan banyak mengalami pertempuran. Ouh, nampaknya kau tahu. Ya aku banyak membunuh orang dan banyak mengalami pertumpahan darah dalam dunia ini (distrik hitam ) jika kita tidak melakukannya kita hanya dijadikan makanan.
Dunia ini, bersifat bunuh atau kita di bunuh. Anis juga berpendapat begitu, dan akhirnya Anis ingin menjadikan ' K ' sebagai guru, Anis sudah fikir masak² kerana jika ingin hidup di dunia ini, kita harus berpengetahuan dan kuat agar kita tidak dimakan atau dibunuh. Dengan tekad yang kuat K akhirnya ingin mengajar Anis tetapi bukan Anis saja yang ingin menjadikannya guru tetapi juga Zarul, khai dan Balqis. K berkata jika itu tekad mu, aku akan melantih mu, dan latihan aku buka biasa tetapi latihan aku berikan kepada kamu semua adalah latihan neraka dengan memperkuatkan fizik, stamina dan unsur dalaman.
Dalam hal ini, poster yang telah tersebar gambar foto kapten Akma dan para anggota nya. Kapten Akma telah mengambil inisiatif dengan memecahkan kumpulan nya supaya mereka dapat bersembunyi daripada kongsi gelap yang memburu mereka dan tanpa orang tahu mereka selain itu juga meraka haruslah menggunakan nama samaran agar tidak dikenali oleh orang lain. Kapten Akma telah memberi tempoh selama 2 tahun untuk berkumpul semula dan berjanji untuk terus hidup bagi mencapai impian mereka untuk menhancurkan kongsi gelap dan menjadi raja kongsi gelap di wilayah distrik hitam ini.