kongsi gelap tok perapu terlena dengan kejayaannya mengalahkan kongsi gelap Shah itam yang merupakan salah satu kuasa besar kongsi gelap selain itu, kongsi gelap tok perapu juga berjaya membunuh orang kanan Kongsi gelap tok perapu tidak tahu apa yang menanti diri kerana sebenarnya kongsi gelap Shah itam belum sepenuhnya tewas hanya orang kanan nya dan beberapa orang sahaja yang tewas.
Mereka terus berperang kerana merasa mereka kuat setelah berjaya mengalahkan kongsi gelap Shah, mereka ini telah memprovakasi dua kuasa besar seperti kongsi gelap lady dan Hasan. Mereka kongsi gelap tok perapu tidak takut lagi sehingga terang-terangan menentang dua kuasa besar lain. Tapi sayang dua kuasa besar itu, tidak termakan amarah sendiri hanya menanti masa untuk mereka menyerang dan mengalahkannya. Dua kuasa besar ini hanya memberi kebahagiaan dulu kepada kongsi gelap tok perapu sehingga masa yang menentukan hidup dan matinya.
Mereka merasakan cukup kuat kerana mereka melihat reaksi dari dua kongsi gelap tidak mengambil tindakan kerana kongsi gelap nya secara terang-terangan menentang dua kuasa besar tersebut dan akhirnya Kongsi gelap ini membuat keputusan memburu anak buah kedua kongsi gelap kerana tiada tindakan yang dibuat oleh dua kuasa besar itu. Setelah kongsi gelap tok perapu menjadi-jadi sehinggakan memburu anak buah dua kongsi gelap tersebut dan pada akhirnya pertempuran tidak dapat dielakkan terjadi antara kongsi gelap tok perapu dan lady. Note kongsi gelap Hasan tidak mahu ikut campur. Pertempuran ini boleh dianggap sengit dan berat sebelah. kongsi gelap tok perapu berjumlah kira-kira tujuh ratus orang lebih dengan anggota baru sebanyak 100 orang manakala kongsi gelap lady berjumlah kira-kira 450 orang dan jumlah mereka telah berkurang sebanyak 55 orang setelah satu minggu pertempuran.
Mei Tatsumi mengetuai penyerangan bagi menyerang Kongsi gelap tok perapu, selepas terjadi pertempuran dahsyat itu, datang lah kongsi gelap Shah itam yang diketuai oleh rimi datang dan menyerang kongsi gelap tok perapu, kumpulan ini, berjaya membantai sebahagian besar anak buah tok perapu dari belakang, mereka hanya berjumlah 50 orang tetapi kekuatan tempur mereka sebanyak 15% manakala tok perapu berjumlah kira-kira 700 orang dengan peratusan tempur berjumlah 60% dan kongsi gelap lady berjumlah 450 orang dan jumlah tempur mereka sebanyak 45% .
Setelah berlaku pembantaian oleh kongsi gelap Shah dan lady terhadap kongsi gelap tok perapu, mereka sempat beradu pukul memukul antara mereka dan akhirnya kongsi gelap Shah yang diketuai oleh rimi berundur dan mereka mengakui kehebatan ketua kongsi gelap lady iaitu Mei Tatsumi dan orang kanan nya iaitu Zeti.