Kongsi gelap tok perapu merupakan salah satu kongsi gelap besar yang pertama yang hancur di sebabkan keegoannya dan keganasan mereka terhadap kumpulan kongsi gelap lainnya, termasuklah kuasa besar kongsi gelap. Setelah mengalami kehacuran dan ketua mereka tok perapu dan Zack tewas. Kongsi gelap tok perapu sudah hancur setelah tok perapu dan Zack tewas walaupun anak buah tok perapu masih ada yang terselamat daripada serangan kongsi gelap Shah dan kongsi gelap lady. mereka anak buah tok perapu bukan lagi ancaman bagi penduduk dan ahli kongsi gelap lain.
Pada masa sama, anak buah kongsi gelap Shah itam turut mengalami kekalahan dan kemungkinan akan mengikut jejak kongsi gelap tok perapu. Mereka telah dikalahkan satu persatu oleh sekumpulan kongsi gelap kecil iaitu dark of darkness yang diketuai oleh kapten Akma. Mereka ini berjumlah 12 orang dan kuasa tempur mereka boleh dibilang cukup tinggi walaupun bilangannya sedikit iaitu 24%. Kumpulan ini, merupakan kumpulan yang handal dalam strategik, mereka bergerak melalui info dan bergerak menyerang musuh ketika musuh berpecah kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan menang dengan jumlah mereka sekarang.
Satu persatu anak buah Shah dikalahkan oleh kapten Akma dan anak buahnya. Pada masa yang sama, Khai,Zarul dan Balqis bergerak melindungi kawasan yang akan menjadi tempat pertumpahan darah, tetapi meraka tidak berjaya menjaganya kerana anak buah Hasan datang bersama ketuanya iaitu zero dan jumlah mereka lebih 15 orang. Pada awalnya Zarul dan Khai menghadapi 15 orang anak buah Hasan dan mereka berjaya tetapi setelah mereka menyerang ketua mereka iaitu zero. Khai dan zarul terlontar akibat tolakan kuat oleh zero yang merupakan bekas atlet sumo yang hebat kerana satu alasan beliau keluar dari sukan sumo dan akhirnya menjadi kongsi gelap. Setelah terlontar Zarul dan Khai bangun dan cuba menyerang kembali zero namun tidak berjaya kerana zero bukan tandingan mereka. Walaupun Zarul master bela diri dan Khai mempunyai ilmu bela diri tetapi dalam pertempuran pengalaman lebih penting tambahan lagi, zero telah berkecimpung dalam dunia bawah selama 12 tahun dan Zarul, Khai baru beberapa minggu. Dalam masa sama Balqis datang membantu dan berjaya mengena tumbukan di dada zero namun sayang ia terlalu lemah dan Balqis dilontar kearah Zarul. Ketika itu, Khai yang melihat Balqis dicampak, amarah Khai melonjak-lonjak untuk memukul zero dan akhirnya pertarungan sengit terjadi antara Khai dan zero namun pukulan Khai mudah ditangkis oleh zero dan pukulan zero tidak dapat dielakkan oleh Khai sehingga pukulan zero singgah ke muka Khai sehingga membuatkan Khai jatuh dan berdarah namun Khai tetap berdiri dan melawan walaupun kecederaannya begitu parah selepas menerima pukulan tersebut .
Pada satu tempat sekumpulan kongsi gelap lady diserang oleh kumpulan kongsi gelap dark of darkness. Mereka datang bukan untuk mengancam tetapi mereka datang untuk menhancurkan kongsi gelap lady tetapi meraka sempat melarikan diri setelah bala bantuan daripada Zeti sampai. Bala bantuan datang tidak tepat waktu akhirnya ramai anak buah Mei Tatsumi mati dan sekarang mereka hanya tinggal 260 orang. Zeti memberitahu mei tatsumi untuk berhati-hati terhadap kongsi gelap dark of darkness kerana mereka begitu cerdik dan kuat sehingga mampu melawan salah satu kuasa besar kongsi gelap dan berjaya mengalahkan kongsi gelap Shah itam walaupun anggota mereka tidak sampai ratusan orang .
Berbalik kepada perperangan antara Khai, zarul, balqis dan zero berakhir apabila zero memutus berundur namun zero berjaya memukul mundur Khai ,Zarul dan balqis sebelum berundur. Mereka bertiga cedera cukup parah ketika hanya melawan zero sehingga membuatkan Khai patah tangan, dagu retak dan tulang patah, Zarul kepala luka, badan marmar dan patah manakala Balqis mendapat luka ringan.Mereka bertiga mundur dulu sebelum zero berundur.
Dunia kongsi gelap terus mendapat khabar bahawa sebahagian besar anggota kongsi gelap hancur dan sebahagian besar lagi tewas di medan perang termasuklah kuasa besar walaupun kuasa mereka besar tetapi mereka tidak dapat menjaga anak buah yang ramai. Sekarang empat kuasa besar sudah kekurangan kuasa tempur mereka setelah berakhirnya perang dunia Pertama selain itu mereka turut diburu oleh kapten Akma dan para anak buahnya. Jumlah anggota kongsi gelap besar sudah berkurang seperti kongsi gelap tok perapu berjumlah kira-kira 12 orang yang masih terselamat, kongsi gelap Shah itam berjumlah kira-kira 45 orang daripada sebelumnya sebanyak 800 orang, kongsi gelap Mei Tatsumi pula berjumlah 55 orang daripada 505 orang dan Kongsi gelap Hasan berjumlah 40 orang daripada 670 orang. Setelah banyak kehilangan anak buah mereka setelah berakhirnya perang dunia pertama, ketua kongsi gelap telah mengambil keputusan untuk membuat poster burunan kapten Akma dan anak buahnya dengan harga 120000 juta dengan keadaan mati atau hidup kerana mereka ini akan mengancam kedudukan mereka selaku penguasa di wilayah distrik hitam ini. Setelah itu, berlaku kekecohan kerana hadiah yang besar dan siapa yang berjaya menangkap kumpulan dark of darkness akan menjadikan mereka kaya raya. Semua orang tidak kira siapa turut ikut serta dalam penangkapan kongsi gelap dark of darkness namun mereka semua gagal untuk mendapatkan hadiah tersebut kerana setelah poster diletakkan, kongsi gelap dark of darkness telah mengambil keputusan untuk berpecah dan kembali bergabung selama dua tahun kedepan bagi meredakan keadaan yang semakin parah.