Chereads / konflik dunia bawah ( bangkit pahlawan tanpa nama ) / Chapter 6 - Pertikaian tidak dapat dielakkan

Chapter 6 - Pertikaian tidak dapat dielakkan

waktu mereka bersenang-senang mereka didatangi oleh beberapa kongsi gelap. Mereka merupakan musuh kepada Pak Din. mereka hanya datang dan memberi amaran supaya jangan masuk campur urusan mereka. Mereka merupa kumpulan kecil kongsi gelap yang tidak bernaung di bawah kuasa besar dan mereka tidak berniat untuk menjadi anjing kepada ketua² kongsi gelap atau empat kuasa besar itu yang memerintah distrik hitam.

Selepas amaran itu, mereka semua telah dibantai habis-habisan oleh ketua2 kongsi gelap kerana Pak Din mempunyai pengaruh besar terhadap empat kuasa besar itu. Pada masa sama perjanjian damai telah diputuskan kerana di antara empat kuasa besar itu, telah terkait khabar angin tentang mereka empat kuasa besar memcuba merampas kuasa dan memperbesarkan keKuatan tempur mereka. Dalam hal ini, membuatkan mereka menarik balik persetujuan damai antara mereka.

Di satu sisi, para penduduk distrik hitam merasa gelisah dan suasana menjadi tengang kerana mereka sudah tahu apa yang akan terjadi selepas ini dan kemungkinan besar perang darah besar-besaran di distrik hitam ini.

Di satu sudut lagi para kongsi gelap kecil yang tidak bernaung di bawah kuasa besar terlihat puas hati kerana rencana mereka telah berjaya. Pertikaian dan tuduhan palsu yang dilakukan oleh mereka telah berjaya menjadikan empat kuasa besar bertarung sesama mereka.

Di sisi lain pak Din akan di buru oleh mereka ( mereka adalah kongsi gelap yang tidak bernaung dibawah kekuasaan kuasa besar ) kerana kuasa besar tidak akan membantu Pak Din. note ( mereka marah kepada pak Din kerana dulu pak Din juga seangkatan dengan mereka namun terjadi perang dengan kuasa besar dan akhirnya pak Din menjadi orang suruhan atau anjing kuasa besar ). Disebabkan perkara tersebut pak Din rela mengkhianati mereka bagi menjaga nyawanya sendiri . Suatu tempat di pinggir bandar distrik hitam terlihat Zarul dan Khai berbincang tentang cara mengalahkan, mengelakkan dan menhidar konflik ini. Konflik ini bukan tentang empat kuasa besar tapi semua kawasan distrik hitam itu, termasuklah para penduduk, orang awam, kumpulan kongsi gelap, geng² budak tebing dan lain-lain lagi. Walaupun Zarul gembira sebab kemungkinan besar dia akan menjadi pahlawan di distrik hitam dengan cara membantu mereka.