Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Enternal Love Contract

Okikayo_Kitchen
--
chs / week
--
NOT RATINGS
26.1k
Views
Synopsis
Atas desakan wang, Ayra Affia nekad menerima tawaran menjadi isteri kontrak kepada Ashraf Daniel, seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Enam bulan Ayra Affia bersabar dengan karenah dan tingkah cerewet lelaki itu. Tanpa dia sedari, ada cinta di hatinya buat lelaki cerewet itu meskipun cuba dinafikan. "Aku sendiri pun tak tahu bila aku jatuh cinta. Yang aku tahu, dialah satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hati aku ini." Ayra Affia Di mata Ashraf Daniel, Ayra Affia cuma sekadar hamba. Tanggapan itu berubah tatkala dia sedar, gadis cantik itulah yang terbaik buat dirinya. Demi cinta yang menguasai hatinya, dia nekad untuk berubah. "Kali ini, aku bayar kau tiga kali ganda daripada apa yang kau dapat sekarang. Aku anggap kau setuju dan tak ada apa-apa lagi yang perlu kita bincangkan. Okey?" Ashraf Daniel Satu demi satu kejadian ditempuhi Ayra Affia, menjadikan dia sedar hidup bersama Ashraf Daniel perlu ada kekuatan selain pengorbanan. Dia harus sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Kerana lelaki yang disangka biasa-biasa itu sebenarnya seorang ketua mafia!
VIEW MORE

Chapter 1 - chapter 1

" Betul Ayra. Kak Ton dah beritahu bos kak Ton pasal kamu. Kak Ton yakin kau layak dengan jawatan tu".

Bersungguh-sungguh wanita pertengahan umur yang tinggal sebelah rumah sewanya itu memujuk.siap mengelus bahu gadis cantik itu.

"Tapi Kak Ton, Ayra tak kenal bos kak Ton. bos kak Ton pun belum pernah berjumpa dengan Ayra. Jadi tak kan bos kak Ton nak terima Ayra macam tu je kaaannn". Suara Ayra Affia jelas mempamerkan rasa kurang yakinnya.

"Yang tu kamu chill je..Rezeki tu kaaann ketentuan Allah. Kalau Dia dah tentukan itu rezeki kamu, memang tak kan ada orang lain yang bole ambil. So sekarang ni, Ayra kene cuba dulu. Lepas tu barulah Ayra tahu sama ada rezeki tu milik Ayra atau orang lain". Kak Ton masih belum berputus asa memujuk Ayra Affia. Malah, semakin bersemangat. Ayra Affia semakin terperdaya dengan pujukan wanita beranak lima itu, walaupun tidak kelihatan pada raut wajah gadis cantik itu.

"Kak Ton tak berniat nak memaksa kamu Ayra. Tapi entah kenapa, pertama kali bos Kak Ton meminta Kak Ton carikan untuk isi jawatan tu, Kak Ton terus teringatkan kamu Ayra. Filling Kak Ton kuat mengatakan Ayra sangat layak untuk jawatan itu. Kak Ton bersuara lagi bila Ayra Affia tidak menyahut. Kali ini nadanya lebih lembut.

"Macam ni je la Kak Ton, beri Ayra masa tuk fikir. Insya Allah, Ayra bagi jawapannya nanti. Bole ehh kak Kak Ton." Pinta Ayra Affia setelah berpikir sejenak.

"Boleh aje, tapi jangan lama-lama. Kak Ton kene bagi jawapan Ayra tu kepada bos Kak Ton dalam masa terdekat ni tau".

Ayra Affia terus menganggukkan kepala sambil tersenyum. Meskipun begitu, kepalanya masih saja ligat berpikir.