Chereads / Enternal Love Contract / Chapter 10 - D-Day

Chapter 10 - D-Day

Alhamdullilah. Segalanya telah dipermudakan Allah. Walau hanya dilakukan dengan ringkas dan hanya dihadiri oleh kenalan terdekat Datin Dahlia selain sanak saudaranya, namun majlis pernikahan berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Manakala Ella sekeluarga hadir sebagai wakil bagi pihak Ayra Affia. Mujur keluarga sahabatnya itu sangat memahami keadaanya. Maka tiada persoalan yang timbul sepanjang majlis berlangsung.

Hanya dengan sekali Lafaz, Ayra Affia yang berwalikan hakim kini sudah sah bergelar isteri kepada Ashraf Daniel, seorang lelaki yang tidak pernah diketahui kewujudannya selama ini.

Menyesal? Perasaan itu sudah terlambat untuk dirasainya. Sekarang tanggungjawabnya sudah bertambah. Mahu ataupun tidak, dia perlu berhadapan dengan segala beban yang menanti.

Elok saja Ayra Affia melangkah masuk dalam bilik iti, satu pandangan tajam sampai ke penglihatannya.

Tak perlu dia teka siapa yang memberi pandagan itu jika waktu ini hanya ada dia dan lelaki itu dalam bilik utama di tinggkat bawah rumah besar tersebut. Malah, pernikahan mereka juga dilakukan didalam bilik itu sebentar tadi.

Lambat lambat dia menapak bila lelaki yang tidak dapat bangun dari katilnya iti menggamit tangan kepadanya.

"Apa sebenarnya yang buat kau setuju berkahwin dengan ku ya? Duit? Atau kau fikir semua harta keluarga ni akan menjadi milik mu.?

Amboi, sedapnya soalan si mulut puaka ini.

Jadi, itulah yang ada dalam kepala otak lelaki ini selama bersetuju untuk berkahwin dengan gadis miskin sepertinya? Bimbang kalau kalau harta kekayaaannya dipindahkan keatas namaku.

Huh. Mentang mentanglah aku orang susah. Sesedap lidah dia saja nak hina aku ya. Kurang asam plus belacan punya orang kaya! panjang lebar hati Ayra Affia mengutuk lelaki yang kini sudah sah menjadi suaminya.

"Hai! kau pekak ke apa? Aku tanya ni. Kau dengar ke tak, hah! Ke da busy mengira harta benda yang boleh kau angkut keluar dari sini? jerkah Ashraf Daniel, jelas kalau dia tidak suka dengan sikap yang ditunjukkan gadis itu.

Selamba badak je, tahu la mulut tu berpuaka.

Kalau tak kerana dia berada dalam keadaan seperti ini dan tidak mahu menyusahkan Datin Dahlia, mati hidup semula pun dia takkan setuju untuk menikahi gadis kolot seperti Ayra affia

Sudahlah tu, seleke pulak tu. Meluat Ash melihatnya. Mujur saja pernikahan mereka hanya untuk enam bulan saja. Jika tidak, jangan mimpilah gadis itu berada di situ selama itu. Enam minit, enam saat pun belum tentu dia benarkan. Sumpah!

"Encik rasa macam mana?" Ayra Affia menjawa dengan nada kereknya.

Langsung tak memanggil lelaki itu dengan panggilan yang sepatutnya. Bukan kerana dia tidak mahu, tapi Ash awal awal lagi sudah memberi amaran agar tidak memanggilnya dengan panggilan lain melainkan encik semata mata.