Mujur dia sempat berpegang pada hujung katil. Jika tidak, pasti dia sudah tersungkur ke lantai. Dalam keadaan macam nj pun tenaga Ashraf langsung tak berkurangan.
"Tapi, saya belum siap buat kerja saya lagi "Ayra membalas dengan muka tak ouas hati. Memang oun kerjanya dengan lelaki itu masih banyak lagi yang belum dilakukan.
"Arghh! Aku peduli apa kerja kau siap ke tak. Dah, Kau Keluar sekarang. Sebelum aku rasa nak bunuh kau sekarang juga!" jerkah Ashraf.
Masih sakit hati dengan kutukan gadis itu.Mustahil dia tidal sakit hati. Sepaanjang dia hidup, tidak pernah sekali pun dia mengabaikan penampilan dirinya. Dia begitu menitikberatkan keadaan tubuhnya, tak kiralah luar mahupun dalam.
Dan sekarang, gadis itu dengan selambanya mengutuk keadaannya. Seolah olah dia tidak tahu menjada diri sendiri. Kurang ajar betul!
"Boleh ke encik nak bunuh saya dalam keadaan encik berbaring begini?" Balas Ayra seraya mencekak pinggangnya
Konon nak tunjuk garang sebelum buk! Sebiji bantal selamat landing dia muka polos Ayra sebelum melurut jatuh ke kaki.Ayra terbatuk batuk.
"Kau nikan memang keturunan mulut jahat agaknya.Tahu nak sakitkan hati aku je" sergah Ash, geram dengan kata kata Ayra yang memguji kesabarannya kebtahap maksimum.
"Yelah,yelah. Saya keluar sekarang, tapi sekejap lagi saya masuk balik tau. Encik rehatlah dulu. Tenangkan hati encik yang tengah kacau tu."
Makin masam muka Ash mendengar kata kata gadis itu.
"Hei, perempuan! Sebelum kau keluar, ambil laptop atas maje tu.Bagi dekat aku." Arah Ashraf.
Ayra berkerut dahi. "laptop?" Matanya beralih ke meja kerja di sudut bilik. Diputar pandangannya ke raut serius Ash pula sesaat kemudian.
"Encik nak buat apa dengan laptop tu?"
"Nak bagi kau mamah" Sarkastik jawapan Ash bagi.
"Aku nak buat kerjalah, nak buat apa lagi? Takkan nak hadap muka kau je siang malam." sambung Ash tetap dengan muka tegangnya.
"Oh.." Bulat mulut Ayra sekejap. Dia menggelang dalam senyuman.
"Minta maaflah encik, saya tak dapat nak bagi. Sebab pertama, mama encik dah larang saya daripada bagi encik buat kerja. Kedua, encik masih dalam keadaan tak sihat dan perlu rehat sepenuhnya. Dan ketiga, saya tak fikir encik masih dalam keadaan stress begini. Lebih baik encik rehat dulu. Nanti saya datang semula."
Ayra kembali berpaling. Mahu ke pintu. Tak pedulu Ash meroyan seperti kucing betina yang mati anak.
"Hei perempuan! Kau tak payan nak ajar aku apa yang patut aku buat! Ikut saja arahan aku. Itu pun susah ke, hah? Hei! Kau dengar ke tak?"
Semakin sakit hati Ash bila Ayra hanya melambaikan tangannya ala ala ratu dunia naik pentas sebelum menghilang sesaat kemudian.Tidak peduli Ash yang menjerit geram.
"Dasar perempuan kampung! Akal letak atas kepala lutut agaknya! Bengap!"