"Ya Allah... sejuknya. Dia ni nak bagi aku mati atau memang jenis tidur dalam peti sejuk beku? Gila sejuk." Bebel Ayra sambil menggosok gosok tubuh sendiri.
Mujur baju kurungnya diperbuat daripada kain songket. Dapatlah dia menahan tubuhnya daripada menggeletar akibat kesejukan yang melampau.
Tak perlu ke luar negara jika kedinginan pendingin hawa bilik sudah mamou membekukan tubuhnya bila bila masa saja.
Sesekali dia menjenguk Ashraf yang kelihatan sudah nyenyak tidur. Tanpa selimut, tenang saja lelaki itu melayari mimpinya.
"Isy, dia ni. Badan kebal betul. Sejuk macam ni pun Boleh dia tidur nyenyak. Siap tak pakai baju lagi." Bebel Ayra perlahan.
Lambat lambat Ayra bangun. Katil tempat Ashraf berada dihampiri dengan kadai bunyi paling minima. Tidak mahu lelaki itu terjaga daripada tidurnya.
Ayra juga sudah letih nak bertekak dengan lelaki itu. Sekurang kurangnya untuk malam ini. Selimut di hujung kaki lelaki itu ditarik sebelum dibentang keatas tubuh Ashraf.
"Selamat malam Encik. Semoga mimpi indah." Kata Ayra, sekali lagi dengan nada perlahan.
Sempat dia mengerling wajah lelaki itu. Ternyata rupa Ashraf tidaklah seteruk mana. Jika tidak ada parut mahupun luka diwajahnya, Ayra yakin Ashraf tergolong antara lelaki berparas kacak. Tubuhnya juga tegap dan tinggi serta berkulit cerah.
Senang kata Ashraf tiada cacat cela jika lelaki itu sembuh sepenuhnya.
Daripada yang diberitahu Datin Dahlia, tulang paha kanan Ashraf patah dan retak. Mujur kaki kirinya hanya mengalami luka luka kecil. Keadaan itulah yang menyebabkan lelaki itu tidak mampu untuk bergerak kemana mana jika tidak dipapah sesiapa.
Ayra Affia kemudia kemudian kembali ke sofa tatkala sedar apa yang dilakukanya.
Hari sudah menjengah awal pagi. Tak guna dia terus berjaga andai banyak lagi kerja yang menantinya selepas subuh nanti. Lambat lambat dia lelapkan mata dalam keadaan sejuk begitu.
Spontan, kelopak mata Ashraf terbuka sebaik dia kayin Ayra tidak lagi berada disisi katilnya. Dia masih belum tidur ketika Ayra terjaga sebentar tadi. Akalnya terlalu banyak berfikir hingga matanya langsung tidak dapat lelap.
Bila melihat gadis itu bangun, dia pura pura lelapkan mata. Dalam samar samar cahaya lampu tidur, dia menghendap kelibat Ayra yang kembali bernaring. Matanya berubah ke tubuhnya sendiri. Lambat lambat, selimut yang berada di atas badannya di sentuh lembut.
Jujur. Dia tidak menyangkah Ayra akan berbuat begitu. Hatinya tersentuh dengan apa yang Ayra lakukan, dan juga ucapan gadis itu berjaya menyentuh naluri lelakinya.
Ashraf sendiri sebenarnya sedar, Ayra Affia tidaklah seteruk yang di sangkanya. Malah, gadis itu kaya dengan tingkah yang baik dan rupa paras yang tak kurang cantiknya.
Dia dapat melihat itu semua dari pujian sanak saudaranya yang menghadiri majlis perkahwinan meraka siang tdi. Cuma dia sengaja butakan mata pekakkan telinga.
Dia masih sakit hati dengan tindakan Datin Dahlia yang di rasanya sengaja mengambil kesempatan dalam keadaannya sekarang. Melalui kontrak perkahwinan,Ashraf terpaksa menuruti kehendak mamanya untuk bergelar suami kepada wanita yang tak dikenalinya.
Jadi, patutkah dia menyalahkan Ayra atas perkahwinan ini jika semuanya berlaku atas kehendak mamanya sendiri.
Lalu dia mencapau alat kawalan jauh. Dihalakannya ke arah penghawa dibgin sebelum salah satu butang di alat itu di tekan beberapa kali. Sekali gus menaikkan suhu bilik yang sengaja dia turunkan di awal malam tdi.
Dia mahu mengenakan gadis itu dan sekarang kenapa dia perlu berasa kesihan pula pada gadis kolot itu?
Ashraf sendiri pun tidak tahu jawpannya. Malah dia tidak mau mencari jawapan pada soalan itu kerana masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan ketika ini.
Perlahan lahan, kepalanya mengarah ke sofa. Yakin Ayra kembali tidur, Ashraf kemudian menarik selimut sampai ke paras dadah. Dalam samar samar lampu tidur, Ashraf merenung raut polos Ayra Affia.
Gadis itu kelihatan cantik dalam pakaian pengantin yang masih tidak bertukar. Tidak separti dia. Awal awal lagi sudah menolak untuk berbaju melayu songket yang ditempah Datin Dahlia.
Lalu dengan T-shirt berkolar dan seluar slek hitam, dia melafazkan adad di depan semua orang.
Makin lama dia merenung raut wajah Ayra, makin berubah rentak jantungnya. Lain macam hingga dia terus memalingkan muka. Baru melihat wajah gadis itu jiwanya sudah tam keruan
Kalau melihat tubuh gadis itu, entah macam mana pulak keadaan jantungnya. Entah entah tercabut terus dari tangkainya.
Eh, apa pula yang dia melalut ni? takkan kerana gadis itu halal untuknya, dia boleh berfikir sampai begitu sekali?
Tanpa sedar, Ashraf menepuk dahinya sendiri. Daripada dia fikirkan yang bukan bukan, lebih baik dia tidur. Itu yang paling bagus!