"Encik, bangunlah. Dah pagi ni."
Suara lunak itu kedengaran sayup sayup di telinganya. Lunak? Sejak bila pula suara bibik boleh bertukar selembut ini?
Ashraf merengus bila suara itu kedengaran lagi.
"Encik Ashraf, bangunlah. Takkan encik nak tifur sampai petang pulak?"
Meski sukar, Ashraf berusaha untuk mencelikkan matanya. Perit rasa telinganya mendengar suara asing itu. Samar samar raut seseorang kelihatan pada penglihatannya.
Serta merta pandangannya bertukar segar. Bukan bibik yang berada di depannya waktu ini, tetapi orang lain. Lebih tepat, manusia yang tidak disukainya.
"Hah, kau nak apa?"
Tegak bulu roma Ayra Affia mendengar suara serak Ashraf. Seksi satu macam walau nada itu jelas memberitahu lelaki itu tidak suka diganggu pada waktu waktu begini.
Itu baru suara. Belum lagi tubuh lelaki itu. Pastinya lebih seksi daripada apa yang difikirkannya.
Astaghfirullah al-azim. Dah kenapa dengan akalnya ini.? Tiba tiba saja bole fikir sampai macam tu sekali.
Cepat Cepat Ayra mengucap dalam hati. Pandangannya juga dilarikan daripada bertentangan mata dengan lelaki itu.
"Dah pagi ni encik. Bangunlah"
Ashraf tersenyum sinis.
"Kau amnesia ke apa? Kalau aku boleh bangun, tak adalah mama aku kahwinkan aku dengan perempuan lembap macam kau ni. Buat semak mata dan telinga aku je nak hadap muka kau setiap hari."
Meski sakit hati dengan kata kata lelaki itu Ayra tetap tayang wajah selambanya.
"Kalaupun encik tak boleh bangun, tak bermakna encik harus tidur sepanjang hari. Banyak lagi aktiviti yang encik boleh lakukan walau keadaan encik macam ni. Lagipun tidur berlebihan hanya akan melemahkan badan dan minda encik. Jadi, eloklah rasanya kalau encik jangan sambung tidur lepas ni"
"Ewah ewah. Pandai je kau sekolahkan aku kan? Hei, perempuan. Kau buat kerja kau sudah. Jangan nak kacau hidup aku. Faham?" marah Ashraf seraya menarik kain selimut hingga ke kepalanya.
Tak jadi dia nak pejamkan mata bila Ayra kembali bersuara. Kali ini dengan nada garang.
"Oh! jadi encik sukalah kalau saya makan gaji buta je? Banyak cantik! Jangan haraplah saya nak buat macam tu. Tugas saya menjaga encik. Encik suka or tak, saya akan buat seperti yang dah ditentukan dalam kontrak."
Serentak itu Ayra terus menarik selimut yang membalut tubuh Ashraf.
"Heh, perempuan! Kau buat apa, hah?"jerkah Ashraf, terkejut dengan tindakan tiba tiba gadis itu.
Dia cuba mencapai selimutnya semula, namun Ayra lebih pantas. Selimut itu terus dicampak ke lantai. Berangin Ashraf jadinya.
"Buat apa lagi, buat kerja sayalah" selamba Ayra menjawab.
Langsung Tak takut dengan muka menyinga yang di tayang Ashraf. Meski segan, namun dia pura pura tak berasa apa apa. Untuk apa dia melayan perasaan kalau dia sendiru sedar semua ini akan dilakukan dalam tempoh beberapa bulan saja.?
Selepas itu, dia tidak akan bertemu lagi dengan lelaki ini. Makanya, tak perlulah dia malu malu dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
"Sekarang, saya nak mandikan encik. Lepas mandi, encik kene sarapan. Lepas tu kita tengoklah aktiviti apa yang patut encik buat. Tapi, tidur bukan dalam senarai ya. Kalaupun encik nak tidur, sebelum zohor nanti encik boleh tidur. Itu pun tak lama."Ayra terus bersuara tanpa memberi peluang untuk lelaki itu bersuara.
"Hei! Kau siapa nak atur hidup aku, hah? Kau jangan cuba nak cari pasal dengan aku. Kai belum kenal siapa aku. Kalau kau nak hidup kau selamat, kau jangan berani berani nak perintah aku. Faham? " Bentak Ashraf, benar benar panas terbakar hatinya.
Hilang terus suara seraknya. Diganti dengan suara bak petir pula.
"Huh. Ada saya kesah?" balas Ayra dengan selambanya.
Dia menghampiri Ashraf lalu seluar tidur lelaki itu ditarik dari bawah.
"KAU!"