Chereads / Enternal Love Contract / Chapter 3 - I'll do everything

Chapter 3 - I'll do everything

"Aku sanggup buat apa saje El, asalkan semua itu mampu buat mak aku kembali seperti dulu." Kelopak mata yang bergenang dengan air jernih disentuh perlahan dengan hujung jarinya.

"Tapi, kau kene fikir habis habis sebelum kau buat keputusan terima tawaran tu Ayra. Bukan sedikit pertaruhan yag kau buat. Salah percaturan, kau juga yang akan merana".

Nada suara Ella suda berubah lembut. Melihat air mata sahabatnya membuatnya tidak sampai hati untuk terus berdebat dengan gadis itu. Dia sendiri bukan sehari dua kenal gadis berjiwa kental dan tabah itu.

Menangisnya Ayra Affia bermakna gadis itu sudah kehilangan semangat. Pastinya mengambil masa untuk kembali kebalkan jiwanya semula. Namun, dia juga tak sanggup melihat sahabatnya terlinat dalam perkara yang tak sepatutnya hanya kerana masalah yang dihadapi pada waktu ini.

"Aku tahu El. Sebab itulah aku dah buat solat istikharah. Dan aku sangat yakin, inilah yang terbaik untuk aku." Ella terdiam. Raut Ayra Affia ditatapnya lagi.

"So, kau memang dah bulat hati nak terimakerja itu.?" Ella lepas nafas bila sahabatnya mengangguk lagi.

"Kalau macam tu, aku doakan kau berjaya. But, always remember kalau kau ada apa apa masalah,kau bagi tahu aku. Insya Allah, aku tolong kau semampu ku"

Laju laju Ayra Affia mangangguk dalam linangan air mata. Terharu dengan kata kata gadis itu. Nampak saja Ella gemar menyanggah setiap apa yang dilakukannya, namun dalam masa yang sama, sahabatnya itu tidak pernah meninggalkannya walau apa jua keadaan yang dihadapi Ayra Affia.

"Terima kasih El," ucapnya sebak.

lalu jemari Ella di atas meja dicapai. Digenggam kemas, seolah olah menarik semangat daripada satu satunya sahabat baiknya.

"Tak yahla kau nak berterima kasih sangat. Kitakan dah macam adik beradik. Susah kau susah aku juga."

Ayra Affia hanya tersenyum, tidak berminat nak menyahut bebelan Ella saat kepalanya sibuk memikirkan perkara yang bakal dilakukanya dalam masa terdekat ini.