Chereads / Enternal Love Contract / Chapter 7 - is it worth it?

Chapter 7 - is it worth it?

Semua itu dan banyak lagi persoalan mula mengganggu fikiran Ayra Affia. Segerra dia menepis semua itu sebaik terpandang kelibat Datin Dahlia menolak sebuah pintu sebaik tiba di penghujung sebuah loring kecil.

"Ash, boleh mama masuk?" tanpa menunggu jawapan daripada penghuni bilik, Datin Dahlia terus melangkah masuk.

Sempat dia mengerling Ayra Affia bila gadis itu teragak agak mahu menurut langkahnya. Satu senyuman diberikan kepada gadis itu. Sekadar untuk menenangkan hati yang Datin Dahlia pasti sudah lama hilang ketenangannya. Dia tahu, meskipun gadis tu sedaya upaya menyembunyikan rasa gelisahnya.

Ayra Affia membalas dengan hati bagai mahu melompat keluar dari tempatnya. Dalam pada itu, sempat lagi matanya melilau ke seluruh ruang kamar yang luas itu. Sekali lagi, keyakinannya menipis tatkala tersedar.

Dia tidak layak untuk berada di tempat semewah ini. Untuk menarik diri pada waktu ini pasti sudah terlambat. Datin Dahlia sudah bersetuju untuk memberinya peluang menjadi menantu kepada gadis itu.

"Ash, mama kenalkan. Ini Ayra Affia, bakal isteri kamu." Datin Dahlia terus berkata sebaik berdiri disisi katil bersaiz king di tengah tengah bilik.

Tubuh anak lelakinya yang terbaring di atas tilam dipandang lama. Ras kasihan serta merta meresap masuk ke jiwanya. Menyentuh naluri keibuannya. Hanya Datin Dahlia sengaja keraskan hati. Rautnya tetap ditayang serius meskipun tubuh satu satunya anak lelakinya itu berbalut dari kaki hingga ke paras pinggang.

Ayra Affia turut memandang tubuh lelaki yang terbaing lemah itu. Hanya sekejap tatkali jelingan tajam lelaki itu sampai ke pandangannya. Serta merta kepalanya tertunduk. Tak jadi dia menganalisa dengan lebih lama rupa paras lelaki yang bakal bergelar suaminya itu.

Hatinya juga ikut menyedari makna jelingan itu diberikan. Kedatangannya kesitu tidak dialu alukan.

"Huh! Perempuan kampung mana mama kutip ni? Cari orang lain sajalah mama" Selamba badak saja lelaki yang dipanggil Ash itu bersuara. Siap tayang riak wajah menyampah lagi.

Huh, macamlah aku teringin sangat naknjadi isteri kau. Kalau tak kerana duit, taubat aku ank jaga kau tahu tak. Hati Ayra Affia berceloteh sendiri walau raut muka yang ditayang tenang saja.

Depan bakal mak mertua kenelah berkelakuan baik kalau tak nak dianggap perempuan tak beradab sopan.

"Kampung atau tidak, itu tidak penting. Asalkan dia bileh jaga kamu dengan baik, itu sudah cukup bagi mama" Datin Dahlia mula bertegas suara.

Pasti wanita itu juga tidak suka dengan tingkah anak lelakinya yang Ayra Affia pasti songehnya.