"Eleh, Sebab mama beri upah, dia naklah jaga abak mama ni. Kalau tak, mimpilah."
Biadap saja ayat yang terluah dari mulut lelaki berambut panjang separas bahu itu. Sakit hati Ayra Affia mendengarnya. Kalau tak kerana dia teringatkan imbuhan lumayan yang bakal diterimanya nanti, sumpah! dia akan menolak daripada memjadi isteri merangkap penjaga lelaki yang tak pernah dikenalinya itu.
"Itu lebih baik daripada perempuan pilihan kamu yang langsung tak nampak bayang bila kamu dalam keadaan begini. Udahkan nak jaga kamu dengan rela hati, nak dibayar pun tak nak. Huh, perempuan macam tu yang kamu sanjung tinggi sangat.?"
Kata kata pedas Datin Dahlia membuatkan lidah Ash terdiam seribu bahasa. Nak jawab, mustahil dia akan menang. Biar sampai esok hari sekalipun mereka bertekak.
"Ayra, mulai hari ini, kamu dah boleh kemaskan barang barang kamu. Saya nak kamu bawa kesemuanya ke sini nanti. Tentang majlis pernikahan kamu dan Ash, saya akan selesaikannya dalam masa terdekat ini. Kamu pun dah pernah menghadiri kursus perkahwinan bukan?" Mata Datin Dahlia sudah teralih ke raut wajah bakal menantunya.
Ayra Affia hanya mengangguk. Nak menjawab? Timbul juga rasa itu, tapi tk jadi bila terfikirkan perangai anak lelaki Datin Dahlia.
"Alah, mama. Orang susah macam dia tu, apa sangatlah yang dia ada. Entah entah kain baju pun harapkan orang bagi." Nah, lidah berbisa itu bersuara lagi. Langsung tak tahu nak jaga perasaan orang lain.
Tunggulah kau. Aku gunting lidah tu nanti baru kau tahu siapa aku. Hati Ayra affia menggerutu sendiri dengan raut muka yang langsung tak berubah dari tadi. Tenang dalam gelisah.
"Ashfar Daniel! Jaga sikit mulut tu. Tak cukup lagi ke sakit yang kamu tanggung sekarang? Kamu nak mama tambahkan bahi pihak bakal isteri kamu ni, hah!?"
Aura marah jelas kedengaran dalam suara Datin Dahlia kali ini. Tajam mata wanita itu merenung anak lelakinya. Lelaki itu hanya mendengus seraya berpaling ke arah lain.
"Mari Ayra, kita keluar dari sini. Kamu jangan amabil hati dengan mulut Ash ni. Dia memang macam tu. Tak tahu nak beradab dengan orang.
Sempat lagi Datin Dahlia mengutuk anak terunanya sebelum menarik tangan Ayra Affia.
Mereka sama sama melangkah keluar dari bilik luas itu.
Ayra Affia hanya mengangguk walau dalam hati, dia juga menambah kata. Anak Datin ni bukan setakat tak tahu adab, mulutnya lagi berpuaka.