"Mak sihat?" Itu soalan pertama yang keluar dari mulut Ayra Affia sebaik melabuhkan punggungnya di lantai vangku tepi katil wad. Wajah pucat, tap gembira milik Puan Alya ditatap dengan senyuman semanis mungkin.
Tangan wanita itu dicapai lalu dicium penuh kasih sayang. Digenggam erat kemudian.
"Alhamdullilah. Mak sihat. Kamu pula macam mana? Nampak letih saja. Banyak kerja ke sayang.?"
Penuh teliti kuyu Puan Alya menatap raut anak kesayanmata"gannya. Meskipun hampir setiap hari dia menatap wajah cantik itu. Dia tetap dapat melihat perubahan yang berlaku pada anak gadisnya walau sedikit cuma.
Bukan hanya dia seorang, mana mana wanita yang bergelar ibu pasti mempunyai kelebihan itu.
"Ha'ah mak, Ayra sibuk sikit minggu ni.Ayra dah dapat kerja sebagai pembantu rumah. Tuan rumah tu nak Ayra tinggal dekat sana selama Ayra bekerja. Jadi, Ayra sibuk mengemas barang barang yang Ayra nak bawa ke sana nanti." beritahu Ayra Affia tanpa berterus terang.
Perlukah dia jujur kalau kata katanya hanya akan melukakan hati satu satunya insan yang ada dalam jiwanya itu.?
Sudah tentu tidak walau Ayra Affia tahu, tindakannya itu hanya mengundang kesusahan di masa depan. Cuma buat masa ini, dia belum bersedia untuk bercakap benar.
Apatah lagi keadaan kesihatan Puan Alya yang agak membimbangkan kebelakangan ini. menguatkan lagi keyakinan Ayra Affia untuk menyembunyikan perkara sebenar.
"Oh ye ke? Baguslah kalau begitu. Kalaupin kamu tak dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan kamu, dapat kerja lain pun tak apa ayra, asalkan gajinya halal."
Ternyata Puan Alya menyokong saja segala tindakan anak gadisnya itu. Hatinya sendiri tidak putus putus berdoa agar segala hajat anaknya itu tercapai dan kini dia bersyukur sangat bila doanya sudah pun dimakbulkan Allah. Syukut Alhamdullilah.
"Tapi, lepas ni Ayra dah tak boleh datang jumpa mak hari hari lagi" keluh Ayra Affia, jelas sedih dengan keadaan itu.
Dibiarkan saja jemari lemah Puan Alya megelus jemarinya. Dia sendiri suka bila diperlakukan begitu. Terasa dirinya benar benar disayangi wanita itu.
"Tak apalah Ayra. Kamu bukannya tak boleh datang ke sini lagi. Nanti bila kamu cuti, kamu datanglah melawat mak ya." Lembut saja Puan Alya memujuk anak gadis kesayangannya.
Diam diam dia memujuk hati sendiri. Bohinglah jika dia tidak berasa sedih bila tidak dapat melihat anak gadisnya utu setiap hari sebagaimana selalunya. Namun, demi masa depan gadis itu, Puan Alya tidak akan menurut kehendak hatinya.
"Mak, Ayra janji. Lepas ni Ayra akan kumoul duit banyak banyak untuk pembedahan mak. Ayra nak mak sihat semula seperti dulu, dan kita akan sama sama pergi ke mekah nanti. Ayra akan bawa mak menunaikan umrah sepeeti yang mak impikan selama ini dengan duit kerja ayra nanti. Ayra janji, mak. Ayra janji." ucap Ayra Affia bersungguh sungguh dengan mata yang sudah berkaca kaca.
Dibiarkan jemari Puan Alya menyapu air jernih yang terus mengalir turun kepipinya selepas itu. Ternyata wanita itu sangat sangat terkesan dengan kata katanya.
"Ayra tak perlu janji apa apa dengan mak, sayang. Mak tak nak menyusahkan Ayra. Cukuplah kalau Ayra boleh hidup dengan gembira dan dapat capai imoian Ayra untuk jadi seorang pensyarah. Itu sudah cukup membahagiakan mak.
Sesaat kemudian, air mata Puan Alya jauh di pipinya. Terharu dengan kata kata si anak yang tidak pernah putus asa demi melihatnya sihat seperti dulu.
Dia sendiri tidak pernah berhenti berdoa agar diberikan kesembuhan sebagaimana dulu. Namun, sebagai manusia biasa dia perlu reda dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah.
"Itu impian kedua Ayra, mak. Sekarang ni, Ayra nak balas semua jasa mak terhadap Ayra. Kalau tak kerana mak yang besarkan Ayra selama ini, Ayra takkan berada di tahap sekarang, Mak. Jasa mak tethadap Ayra terlalu banyak." luah Ayra Affia.
"Tapi, sampai sekarang Ayra masih tak mampu membayarnya. Malah, sampai bila bila pun Ayra tak fikir akan mampu melangsiakannya."
Kali ini, Ayra Affia sudah teresak esak. Tubuh rapuh Puan Alya dipuluknya seerat mungkin. Sebak jiwanya setiap kali mengingat masa silam yang pernah dilaluinya. Perit lagi menyakitkan.
"Jangan cakap macam tu sayang. Ayra tak hutang apa apa dengan mak. Jadi, Ayra tak perlu bayar apa apap pun kepada mak. Sebaliknya mak yang harus berterima kasih kepada Ayra kerana hadir dalam hidup mak." Sahut Puan Alya yang turut menangis.
"Walau Ayra bukan anak kandung mak, tapi sayang mak untuk ayra jauh lebih daripada apa yang Ayra sangkakan sayang. Kerna Ayra, hidup mak bahagia selama ini. Walau kita hanya berdua, tapi hidup mak sangat indah sayang. Sentiasa indah dengan kehadiran Ayra."
Puan Alya turut melayan perasaan sendiri. sengguh, dia benar bemar bersyukur kerana kehadiran gadis itu. Hingga dia tidak pernah berasa kesal kerana tidak mempunyai anak sendiri.
"Kerja baik baik nangi. Jangan sakitkan hati sesiapa dan jangan sesekali tinggal solat, ya sayang mak. Kalau ada apa apa masalah, jangan malu malu mengadu kepada Allah. Hanya Allah yang mampu selesaikan semuanya. Ingat itu sayang."
Ayra Affia hanya mengangguk. Mustahil dia akan lupa kata kata itu, kerana itulah yang selalu diucap Puan Alya sejak dia kecil lagi. Sudah sebati dengan dirinya, malah telah menjadi peganggannya sejak dulu lagi.