"Mengikut perjanjian, kamu akan menjadi menantu saya selama enam bulan. Selama itu juga tugas kamu akan menjaga dan memenuhi segala keperluan anak lelaki saya. Selepas tempoh itu, terpulanglah kepada anak lelaki saya sama ada dia nak lanjutkan masa kontrak atau sebaliknya. Dan untuk itu, kamu layak untuk menerima sepuluh ribu ringgit setiap bulan sebagai upah kamu. Faham?"
Ayra Affia hanya mengangguk memandangkan dia sudah maklum tentang semua itu daripada Kak Ton.
" Jadi, dia nilah gadis pilihan kamu ya?"
Suara lembut seseorang mengalih tumpuan Ayra Affia ke satu arah. Dia segera bangun sebagai tanda hormat bila terpandang seseorang yang berkerusi roda menghampiri mereka. Tangannya kembali dihulur lalu disambut mesra oleh seorang wanita tua. Manakala wanita tua itu awal awal lagi sudah tersenyum lebar sebaik terpandang gadis cantik itu.
"Ye mak, Ayra Affia namanya" kata Datin Dahlia seraya bangun menolak kerusi roda wanita tua tersebut agar berada dekat dengan mereka.
"Hmm.. Cantik nama tu, sama cantik dengan empunya nama." Kata kata wanita yang berusia dalam lingkungan 70an itu berjaya menundukkan kepala Ayra Affia. Malu mendengar pujian yang kedengaran tulus itu.
"Ayra, ini Datin Paduka lydia. Tapi, kamu bole panggil dia tok ma. Dia adalah mak mertua saya." Keterangan Datin Dahlia dibalas dengan anggukan gadis cantik itu.
"Jadi, Kamu sudah bersedia untuk pikul tanggungjawab berat ini?" Datin Dahlia kembali ke isi perbualan mereka.
Ayra Affia mengangguk lagi. "Insya Allah Datin," jawabnya walau dengan kurang yakin.
Melihat kemewahan dan kedudukan Datin Dahlia yang jauh berbaza daripada apa yang dilaluinya saban hari menjadikan keyakinan Ayra Affia sedikit goyah. Mampukah dia mengikuti cara hidup mereka? Paling utama, mampuka ahli rumah itu menerima kedatangannya ke situ.?
Akal gadis itu mula diserbu dengan pelbagai pertanyaan yang sebelum inj tidak terlintas dalam fikirannya. Tak terlayan semua pertanya dalam benaknya itu bila suara Datin Dahlia kembali kedengaran.
"Kalau macam tu, mari saya kenalkan kamu kepada anak lelaki saya, bakal suami kamu." Datin Dahlia terus bangun langsung menapak ke satu arah.
Cepat cepat Ayra affia mengikuti dengan hati sepuluh kali ganda lebih berdebar daripada tadi. Soalan demi soalan kembali bergema dalam kepalanya. Betulkah tindakannya inin? Dapatkah anak lelaki Adtin Dahlia menerimanya sebagai isteri? Bagaimana kehidupannya selepas ini?