"Hah! Kau dah gila ke apa Ayra? Biar betul kau ni.? Mata Ella terbeliak luas. Mulutnya terlopong luas. Dia terlalu terkejut dengan kata kata gadis di depannya saat ini.
"kalau ya pun kau terdesak nak pakai duit, takkanlah kau sanggup terima kerja macam tu? Hei, ada banyak lagilah kerja lain yang boleh kau apply." Ella letak kasar mug Milonya.Tak jadi nak menghirup air kegemarannya walau mulut mug sudah hampir bersatu dengan mullutnya sebentar tadi.
Mujur dia belum terasa nak meneguk air panas itu sewaktu Ayra Affia membuka cerita. Jika tidak, sudah pasti muka Ayra Affia yang duduk di depanya itu sudah basah dengan semburan air liurnya.
Ayra Affia lepas nafas beratnya. Raut Ella yang kini serius di tatap dengan penuh perasaan.
"Kerja apa lagi yang boleh aku applg Ella? Kau sendiri tahu, sudah tiga bulan aku menganggur sejak kilang tempat aku kerja tu tutup. Dah banyak tempat aku apply kerja. Dari lah supermarket sampailah warung makan hujung jalan perumahan kita ni aku dah apply. Satu pun tak dapat. Jadi apa salahnya kalau aku cuba tawaran kerja yang Kak Ton tawarkan tu.?
Nada Ayra Affia bagai memujuk.Dia berharap benar Ella mengizinkan dia menerima tawaran yang dikatakan Kak Ton beberapa hari lepas.
Ella dan dia tidak mempunyai hubungan darah saudara. Begitu pun, gadis sebayanya itu sudah dianggap seperti darah dagingnya sendiri sejak lama dulu. Jadi, seharusnya dia meminta pendapat gadis itu, seperti yang selalu dilakukanya selama ini.
Tak dapat kerja maknanya rezeki kau belum sampai. Lagipun aku tak kata salah kalau kau apply kerja tu. Masalahnya, kau sanggul ke nak gadaikan masa depan kau sendiri semata mata kerana gaji yang ditawarkan itu lebih lumayan?bidas Ella. Seboleh mungkin dia tak nak Ayra Affia menerima tawaran kerja itu.Tawaran yang diarasakan gila dan tak pernah diabuat sesiapa pun dalam dunia ini.
Kecuali majikan Kak Ton yang entah siapa siapa tah..!
"Satu lagi, kau kene ingat Ayra. Skali kau terima kerja tu, kau dah tak boleh patah balik tau.kalau boleh pun status kau dah takkan sama macam dulu" Ella cuba menyadarkan sahabat baiknya akan hakikat yang bakal ditempuhi gadis itu andai Ayra Affia berkeras untuk menerima tawaran kerja itu.
"Aku tahu. Sebab tulah aku tekad, El. Aku akan cuba apply kerja tu. Kalau pun bukan untuk aku, tapi untuk mak aku aku sendiri oun dah cukup malu dengan kau. Selama aku tak kerja ni, kau dah banyak tolong aku. Kau yang tanggung semuanya, sewa rumah, makan minum aku dekat rumah ni.Entah bila aku dapat balas balik semua jasa kau pun aku tak tahulah." keluh Ayra Affia.
Dia tersentak bila lengannya dicubit manja.
"isy, kau ni. Kalau tak ungkit tak boleh ke.?Dahlah tu, mengungkit yang bukan bukan pulak. Rumah ni kan rumah abang aku.Diabyang suruh kita tinggal dekat sini sementara dia kerja oversea. Kau tu je yang bak sangar bayar sewa dekat dia. Pedahal abang aku tak pernah pun minta duit sewa. Pasal makan minum kau, mana ada aku tanggung semuanya. Aku beli apa yang patut je." sergah Ella.
"Selama kau tak bekerja pun, kau bukannya makan tidur je. Hari hari kau buat kuih muih tumpang jual dekat gerai kak Milah depan simpang sana. Maknanya, ada juga la income kau walau tak sebanyak mana". sambung Ella sebelum sempat Ayra Affia mencelah.
"Tapi itu cukup cukup tuk perbelanjaan diri aku je El. Nak simpan pun tak dapat. Jauh sekali nak bagi kat mak aku barang seringgit dua." Ayra Affia mengeluh lagi.
Memikirkan keadaan maknya, dia jadi berat hati. Setiap saat akalnyavhanya memikirkan tentang maknya.
"Habis tu, kau sanggup ke nak terikat dengan seseorang yang kau sendiri tak pernah kenal, hanya kerana kau perlukan duit.? sanggah Ella
Dia terpanar bila Ayra Affia mangangguk laju