Chereads / Aku bukan Hero / Chapter 10 - Penjelasan

Chapter 10 - Penjelasan

Apa sebenarnya kuasa kebolehan aku ni? Kalau ditanya aku mengenai kuasa aku, aku sendiri pun sukar untuk menjelaskan nya.

Kuasa aku pada awalnya adalah penambahan kekuatan fizikal yang aku mampu mengangkat beban sehingga sepuluh kali berat badan aku. Kemudian kuasa aku mengalami evolusi ketika kejadian pergaduhan aku dengan kawan-kawan Mamat yang mana menyebabkan aku digantung sekolah.

Kini kita kuasa aku yang membenarkan aku mengubah suai kuasa aku mengikut kehendak aku. Aku boleh memiliki kekuatan yang luar biasa, boleh mengintip suara, boleh menghasilkan ilusi optik atau pelbagai kuasa yang aku mahukan bergantung kepada tetapan 'power' yang aku mahukan.

Walaupun aku boleh menggunakan pelbagai jenis kuasa, aku perlu meletakkan batas kuasa seperti jarak atau masa kerana khuatir, penggunaan kuasa tanpa batasan menyebabkan aku dikesan oleh orang yang memiliki kebolehan luar biasa seperti aku.

Aku bukan sahaja terhad dalam meletakkan batas kiasa melalui tetapan 'power' aku, malah aku menggunakan alat yang boleh menggagalkan kebolehan luar biasa untuk mengehadkan penggunaan kuasa aku. Alat itu mempunyai bahan yang melemahkan orang mempunyai kebolehan sepertimana kryptonite kepada superman ataupun seperti Kairoseki kepada pengguna devil fruit.

Gelang yang aku pakai adalah contoh alat itu dan kebiasaannya aku akan buka jika aku perlu menggunakan kuasa aku. Jika aku menggunakan kuasa aku tanpa membuka gelang aku, aku akan menerima sentak balik dari penggunaan kuasa aku.

Aku pengsan apabila aku menahan bas dari melanggar seorang wanita angkara tidak membuka gelang tangan aku ketika menggunakan kuasa aku.

Aku sudah lama tidak menggunakan kuasa aku, sejak aku bertemu Mia. Kira-kira 6 tahun aku berkenalan dengan Mia, maka 6 tahunlah aku tidak menggunakan kuasa aku.

Ah, minggu depan adalah hari ulangtahun hubungan kami...terasa sentimental pula bila terkenangkan Mia, bila Mia memutuskan hubungan kami... rasa nak frust menonggeng pula...

ini yang membuatkan aku rasa teringin menyalahkan gunakan kuasa aku untuk membuatkan semua orang rasa frust menonggeng. Ayuh kita frust menonggeng bersama-sama.

{tetapan 'power'= khayalan perasaan frust menonggeng. jarak=...bandar A}

.

.

.

"Berita hari ini,ini laporan yang baru kami terima, Penduduk di bandar A secara tiba-tiba berkelakuan aneh dan telah frust menonggeng secara berjemaah..."

.

.

.

aku berkelakuan macam budak-budak...tapi berkelakuan seperti inilah yang dapat menghilangkan rasa tertekan. Aku rasa puas.. sekurang-kurangnya, bukan aku seorang yang frust...

Aku sebenarnya sedang mengintip lelaki yang menghubungi Alex, aku sudah dapat lokasi dia. aku cuma mahukan kepastian kedudukan markas Anti.

kenapa aku mengintip dia? kerana dia mencari Big Mum. Big Mum adalah figura yang besar dalam komuniti orang yang berkebolehan. Dia dilabelkan tahap SSS. Tahap dimana alat yang melemahkan orang berkebolehan tidak berfungsi.

Tahap dimana penggunaan kuasa kebolehan boleh mengancam seluruh dunia. Big Mum juga ialah ibu aku.