Hiro duduk sambil memikirkan tindakan seterusnya. Beberapa kali kelihatan dia mengeluh panjang.
Di sekeliling dia terdapat beberapa orang yang terbaring dalam keadaan menonggeng. Steven berjalan perlahan ke arah Hiro.
"Hiro, kau memang sengaja ke guna kuasa kau sehingga meliputi tempat aku berdiri?"
"...tapi kau mengelak..."
"...jadi, apa yang kau dah dapat dari membaca fikiran mereka?"
"...tiada apa-apa yang baru. Mereka cari Big Mum untuk melemahkan kekuatan pasukan kerajaan. Nampak gayanya mereka mendapat maklumat yang kerajaan mendapat beberapa orang yang berkebolehan baru. Ada di antara mereka yang dikatakan mencapai tahap S."
Memanggil orang yang berkebolehan dengan tahap mereka adalah satu cara untuk mengeklasifikasikan orang yang berkebolehan. ia adalah untuk menunjukkan tahap bahaya orang yang berkebolehan.
Tahap C adalah tahap paling rendah, walaupun mempunyai kebolehan tetapi tidak mendatangkan bahaya kepada orang sekeliling dan dapat ditewaskan oleh orang yang tidak berkebolehan tanpa bantuan senjata.
Tahap B adalah adalah tahap di mana orang berkebolehan adalah berbahaya kepada orang sekeliling namun masih dapat ditewaskan tanpa bantuan senjata api.
Tahap A pula adalah tahap senjata api perlu digunakan dan dikatakan mampu mendatangkan bahaya kepada lebih ramai orang. Tahap C adalah ibarat memiliki pisau, Tahap B adalah ibarat memiliki pistol dan tahap A adalah ibarat memiliki bom tangan.
Untuk Tahap S, SS dan SSS adalah tahap dimana langkah langkah istimewa adalah diperlukan kerana kebolehan mereka adalah diluar jangka dan kebiasaannya memerlukan orang yang berkebolehan juga untuk menewaskan mereka. Namun begitu, tahap SSS adalah tahap dimana orang yang berkebolehan itu memiliki kuasa mereka yang hebat sehingga boleh mengubah dunia!!
"...kau dapat tak petunjuk markas mereka?"
"...mereka ni hanya orang bawahan. Tiada kepentingan dalam kelompok mereka..."
"...jadi, tiada sebarang pertunjuk?"
"tiada."
"jadi, selesaikan misi kita. Hiroko cakap data kau dalam kerajaan dah dihilangkan. Sekarang, lenyapkan ingatan mereka yang terlibat."
"... Steven, kau rasa patut tak aku lenyapkan ingatan Mia yang dia dah putus kan hubungan kami. Atau kalau aku buatkan dia hanya mampu mencintai aku seorang?"
"...aku rasa kau patut lenyapkan ingatan kau pasal dia..."
"..itu pun cadangan yang baik.."
.
.
.
Di dalam sebuah bilik, di atas katil yang penuh anak patung beruang, Mia menyelak satu persatu sebuah album gambar. Air matanya kering kian basah semula. Ia adalah album gambar dia dengan Hiro.
Dia terkenangkan kenangan indah dia bersama Hiro. Kenangan yang indah, tetapi mengapa ia menyebabkan tangisan kesedihan?
Mia menatap lama gambar itu. Secara tiba-tiba Mia berasa keliru. Ingatan dia kepada lelaki itu kian pudar. Dia cuba mengingati kembali kenangan yang dia telah lalui bersama.
Hanya kekosongan di antara ingatan yang menjelma. Kepedihan terasa atas kosongnya hati kerna kehilangan sesuatu. Dalam kebuntuan, dia menangis semula...
.
.
.
Hiro memandang dari jauh jendela rumah Mia. Steven sekadar memerhati tingkah laku Hiro.
"... kau hilangkan ingatan dia pasal kau?"
"ya. ini yang terbaik, sekurang-kurangnya dia tidak akan dikaitkan dengan aku."
"..."
"kau sedarkan, yang aku boleh baca fikiran orang"
"..."
"sememangnya di dalam hatinya, dia menyintai aku..."