Chereads / Aku bukan Hero / Chapter 18 - Tapak tangan ke muka

Chapter 18 - Tapak tangan ke muka

Orang yang mempunyai kebolehan luar biasa kebiasaannya akan masuk antara 3 kumpulan; Kumpulan kerajaan, kumpulan Anti dan puak ketiga. Kumpulan kerajaan ialah mereka yang bekerja dibawah kerajaan. Kumpulan Anti pula ialah mereka yang menentang kerajaan. Manakala puak ketiga pula ialah mereka yang tidak ingin terlibat dengan kumpulan kerajaan dan kumpulan Anti.

Mungkin ada yang berpendapat lebih baik menyertai kumpulan kerajaan. Kumpulan kerajaan kebiasaannya bertindak untuk mencegah kebinasaan akibat kuasa kebolehan luar biasa. Tidak tahu apa sebabnya, mereka juga berusaha merahsiakan kewujudan orang yang berkebolehan luar biasa.

Kewujudan orang-orang yang berkebolehan luar biasa ini mula diketahui sejak 30 tahun lalu. Ada yang berpendapat ia adalah hasil dari kajian senjata biologi yang dilakukan oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan cuba menutup segala maklumat mengenai orang berkebolehan luar biasa. Kadang kala mereka terlalu berusaha sehingga menindas orang yang tidak bersalah.

Masalah wujud apabila kumpulan kerajaan dicampur dengan politik. Ada sesetengah pihak dalam kerajaan yang menggerakkan orang yang berkebolehan luar biasa demi kepentingan peribadi. Ketidakpuasan hati dari tindakan individu tertentu telah mewujudkan kumpulan Anti. Namun cara kumpulan Anti menentang kerajaan kadang-kadang terlalu extreme. Maka wujudlah puak ketiga.

Puak ketiga pula sebenarnya ialah terdiri daripada pelbagai kumpulan yang bergerak bebas. Namun begitu, kebanyakan daripada mereka ialah berada di tahap yang tinggi, dari tahap A sehinggalah tahap SSS! Walaupun mereka ini tidak mahu terlibat dengan kumpulan Anti dan kumpulan kerajaan, rata-rata daripada mereka ialah penjenayah yang amat dikehendaki!

Sebagai contoh Hiroko, adik kepada Hiro ialah penggodam yang dikehendaki. Dia selalu menggodam sistem maklumat kumpulan kerajaan malah dia telah mendapat maklumat mengenai perancangan Anti untuk melakukan kekacauan. Namun begitu, dia tidak dapat mendapat maklumat yang jelas mengenai perancangan mereka. Dia hanya mendapat maklumat mengenai lokasi yang berkemungkinan untuk kumpulan Anti melakukan sesuatu.

Atas sebab ini dia telah mengheret Hiro untuk menggunakan kebolehan luar biasa miliknya bagi memantau lokasi-lokasi itu. Sejujurnya, Hiro tidak mahu terlibat dalam usaha menggagalkan perancangan kumpulan Anti. Tetapi harus diingatkan, Hiroko mempunyai kuasa kebolehan luar biasa pada tahap SSS! Senang cerita, dia dibuli oleh adiknya sendiri.

Hiro pada masa ini sedang mengejar exgirlfriendnya, Mia. Kebolehan yang dia gunakan telah mengesan penggunaan kebolehan orang lain. Risaukan keselamatan exgirlfriendnya, dia telah berlari mengejar exgirlfriendnya.

{tetapan 'power' [2] = kekkai (pengesanan) }

Kebolehan luar biasa Hiro yang dapat menggunakan pelbagai jenis kebolehan sebenarnya kebolehan untuk meniru kebolehan luar biasa orang lain. Hanya kebolehan luar biasa yang dia pernah temui yang dia dapat gunakan. Kebolehan 'kekkai' adalah salah satu kebolehan milik big Mum yang dia telah tiru. kebolehan itu adalah pelbagaiguna tetapi dia hanya mampu menggunakannya apabila kunci kuasanya dibuka pada tahap S.

Hiro mengekori exgirlfriendnya sebaik sahaja dia ternampaknya. Exgirlfriend dia menyedari yang Hiro mengekori tetapi dia membiarkan sahaja Hiro mengekori dirinya.

"Encik, tadi saya tersalah orang. Bukannya saya ada nak apa-apa dari encik" exgirlfriendnya mula bersuara apabila Hiro kian menghampiri.

"Saya tahu... cuma..."

"Maaf, tadi emosi saya jadi tak stabil. Saya rasa teringatkan sesuatu yang mengganggu emosi saya."

"Baiklah, saya sebenarnya nak.."

"Untuk pengetahuan encik, keluarga saya dah aturkan perkahwinan saya. Saya akan berkahwin tak lama lagi. Jadi saya minta encik lupakan apa yang dah berlaku tadi."

Hiro mendiamkan diri dan berfikir sejenak. Kebiasaannya orang takkan berkata sedemikian. Adakah ini sebahagian daripada perasaan dia yang berkata-kata? Kata hati dia yang ingin menerangkan segalanya. Keinginan dia untuk Hiro melupakan dia. Tapi dia sepatutnya sudah lupakan Hiro.

"...saya hormati keputusan keluarga awak. Macam ni cik Mia, saya ni nak pergi ke bank. Cik Mia nak pergi ke mana?"

"..bank"

"Jadi kita memang menghala ke arah yang sama. Nak pergi sama-sama?"

"..tak nak..dan nama saya bukan Mia...Nama saya Kokoa, tapi ada orang yang panggil saya Mia.. tapi Siapa?"

Sambil meletakkan tapak tangannya dimukanya, Hiro sedar dia melakukan kesilapan sekali lagi. Kokoa berusaha mengingati sesuatu, dan dalam usahanya itu, dia secara tiba-tiba pengsan.

Hiro menyambutnya sebelum dia jatuh. Dia menatap wajah Kokoa. Dia mengusap perlahan wajah Kokoa dan berkata

"Kau minta aku lupakan kau. Tapi kau sendiri tak nak lupakan aku.." Dia kemudian tersedar tangannya berdarah. Kekuatan luar biasanya tak terkawal, dia secara tak sengaja terlukakan Kokoa. Hiro sedar dia telah melakukan kesilapan sekali lagi.