{tetapan 'power' [2] = sembuh ; sasaran= Mirano Kokoa}
{tetapan 'power' [2] = teleportasi Mirano Kokoa}
{sambungan terjalin}
"Kenapa kau hantar exgirlfriend kau dekat aku?"
"Tolong tengok, aku tercederakan dia. Aku dah bagi rawatan kecemasan. Tolong tengok kalau dia masih cedera."
Hiro telah menggunakan kuasa teleportasi dan menghantar Kokoa kepada adiknya, Hiroko. Hiroko mempunyai kebolehan untuk menyembuhkan. Oleh kerana kemampuan Hiroko adalah lebih baik dari Hiro, Hiro telah menghantar Kokoa kepada Hiroko menggunakan kuasa teleportasi.
"...Dia baik je. Tiada apa-apa masalah. Cuma...ada sesuatu."
"Sesuatu apa?"
"Hmm..aku akan simpannya sebagai satu kejutan. Aku akan beritahunya selepas kau kembali."
"..aku tak suka kejutan..."
{tetapan 'power' [2] = imbasan memori, sasaran Hiroko Sato}
.
.
.
{Gagal. Pertahanan sasaran tidak dapat ditembusi}
"Hiro, apa kau cuba buat?"
"..imbas memori kau. Tapi gagal."
"Apa? Hey, pergi gagal kan rancangan Anti dulu, baru aku beritahu apa dia kejutannya"
"Baiklah..."
Hiro dengan berat hati nya pergi ke arah Bank. Sebelum ini diantelah menggunakan kebolehan pengesanan 'kekkai'. Kebolehan itu telah mengesan kehadiran orang yang mempunyai kebolehan luar biasa berhampiran dengan bank. Oleh kerana itu, dia menghala pergi ke bank untuk memantau keadaan di sana.
Dia tidak dapat kepastian mengenai perancangan Anti. Tetapi dia boleh menjangka perancangan mereka. Mereka berkemungkinan pergi merompak bank. Organisasi seperti Anti memerlukan dana kewangan yang banyak. Salah satu cara mereka mendapatkan dana adalah dengan merompak bank.
Hiro memerhati kawasan bank dari jauh. Dia mengesan sekurang-kurangnya 5 orang yang berkebolehan luar biasa ada di situ. Orang yang berkebolehan luar biasa berkemampuan merompak bank dengan cara yang luar biasa. Mereka tidak memerlukan senjata seperti pistol atau parang. Kebolehan luar biasa yang mereka miliki membolehkan merompak bank tanpa sebarang senjata.
Hiro melihat dua orang yang membawa beg besar keluar daripada bank yang dia perhatikan. Dia membuat deduksi daripada pergerakan mereka. Dua orang yang keluar itu adalah orang yang mempunyai kebolehan luar biasa daripada kumpulan Anti. Salah seorang daripada mereka mungkin mempunyai kebolehan untuk mengawal minda atau membuat ilusi. Seorang lagi tu mempunyai kebolehan yang boleh menambah kekuatan fizikal. Masih ada lagi 3 orang yang mempunyai kebolehan luar biasa. Ini bermaksud ada seorang lagi dari kumpulan Anti berada di luar yang akan membawa mereka lari. 2 lagi orang yang berkebolehan luar biasa yang ada di sini adalah dari kerajaan sudah pun memerhatikan gerak geri mereka.
Hiro memerhatikan kedua-dua orang yang dari bank itu menghampiri orang yang memiliki kuasa luar biasa yang bersendirian di luar bank itu. Sebaik sahaja mereka menghampiri orang itu, mereka tiba-tiba hilang. Dua orang lagi yang mempunyai kuasa luar biasa itu terpinga-pinga sebaik sahaja mereka hilang.
"Ini bukan rancangan mereka yang sebenar. Ini hanya tindakan mereka untuk mengalih perhatian kerajaan". Naluri Hiro merumuskan daripada pengamatan dia.
{telepati kepada Hiroko Sato}
{sambungan tercapai}
"Hiroko, ini adalah perangkap. Mereka cuba mengaburi perhatian kerajaan"
"Habis, kau nak biarkan sahaja mereka terlepas?"
"Aku dah tanda mereka. Lagipun..."
{tetapan 'power' = teleportasi; Sasaran = Hiroko Sato}
Hiro menggunakan kuasa teleportasi untuk kembali kepada Hiroko. Dia muncul dengan membawa beg besar.
"...mereka balik dengan tangan kosong"
"Kau curi dari diorang ke? Apa kau nak buat dengan duit tu? Pulangkan semula pada bank duit tu."
" Duit berjuta ni. Aku nak gunakan duit ni untuk melancong ke serata dunia. Sebahagian darinya, aku akan laburkan ke dalam bitcoin. Aku nak beli aiskrim Häagen-Dazs banyak-banyak lepas tu makan puas-puas. Kalau ada..." Hiro terdiam bila melihat wajah Hiroko. Hiroko tidak kelihatan marah, tetapi lebih kepada tidak terhibur. Dia cuma merungkap sepatah perkataan "Pulangkan"
"Tsk, yelah yelah." Hiro memetik jarinya dan beg yang dibawanya hilang.
"Okay, sekarang kau rasa ini cuma perangkap. Jadi, apa sasaran mereka yang sebenar?"
"Ini cuma jangkaan aku, tetapi kemungkinannya ibu pejabat kumpulan kerajaan"
"Kenapa kau fikir macam tu?"
"Maklumat ini dibocorkan dengan sengaja. Tengok, berapa banyak lokasi yang perlu dipantau. Kumpulan kerajaan perlu menghantar pasukan mereka ke lokasi tu. Jadi hanya ibu pejabat kumpulan kerajaan akan kekurangan orang yang menjaganya."
"Tapi kenapa?"
"Aku cuma teka je ni. Aku pun tak tahu kenapa diorang nak masuk ibu pejabat kerajaan."
"Kau nak pergi sana tak?"
"Ibu pejabat tu dilengkapi dengan batu yang menghalang kuasa luar biasa. Sangat bahaya untuk ke sana"
"Mungkin batu tu diorang nak ambil"
"...mungkin, buat masa sekarang kita akan perhatikan sahaja"
"Batu tu akan menghalang kuasa luar biasa, macam mana nak perhatikan diorang?"
"Manual" Hiro memetik jarinya dan sepasang binokular muncul di tangannya.
"Oh, dan dia okay kan? " kata Hiro sambil menunjuk ke arah exgirlfriendnya.
"Okay. Tak ada masalah"
"Aku akan hantar dia balik dulu. " Hiro memetik jarinya dan Mirano Kokoa yang berada di samping Hiroko tiba-tiba hilang.
"Oh ye, lupa pula. Exgirlfriend kau mengandung"
"...Fuc