Chereads / Aku bukan Hero / Chapter 20 - Dilema

Chapter 20 - Dilema

-k". Ini adalah situasi di mana keinginan untuk menyumpah seranah itu muncul. Bukannya mahu menyalahkan sesiapa. Cuma situasi yang hadir ini atas kesilapan sendiri yang membuatkan rasa ketidakupayaan untuk melawan takdir.

Biar aku fikirkan situasi sekarang ini. Sekarang exgirlfriend aku mengandung. Siapa punya kerja? Aku tidak akan menidakkan yang ini berkemungkinan atas sebab angkara diri sendiri yang sedikit liar dua tiga bulan yang lepas.

Kemungkinan dia curang atau dipaksa oleh orang lain? Kami memang bergaduh, tapi ia disebabkan keluarga dia menentang hubungan kami.

Aku tak rasa dia curang. Aku boleh gunakan kuasa aku untuk periksa ingatan dia. Tapi andai kata dia diperkosa sewaktu sedang tidur, yang mana ia berlaku diluar pengetahuan dia maka aku tak dapat membaca ingatan dia. Bercakap pasal hal ini mengingatkan aku yang telah menghilangkan ingatan dia mengenai aku. Jadi, sekarang ini dia tiada sebarang ingatan tentang betapa liarnya aku dua tiga bulan yang lepas...

{tetapan 'power' = imbasan memori. Sasaran = Mirano Kokoa}

.

.

.

Buat masa sekarang ni aku cuma boleh kata "f*ck.. i f*cked up". Pertama sekali, perkara ini adalah kerana aku terlalu liar.

Keduanya, aku telah hilangkan ingatan dia pasal aku.

Ketiganya dia telah mengandung tanpa pengetahuan siapa yang buat dia mengandung.

Keempat, dia masih belum tahu dia sudah mengandung.

Kelima, aku nak bertanggungjawab dalam hal ini tetapi atas sebab aku telah hilangkan ingatan dia tentang aku, maka kewujudan aku kini tak ubah seperti orang asing dalam hidup dia.

어떻게?

Apa nak buat sekarang?

Macam mana aku nak buat sekarang?

Apa aku boleh buat sekarang?

Aku ada satu cara, aku akan manipulasi minda dia supaya dia dapat terima aku dalam hidup dia dan membenarkan aku menjaga anak dalam kandungan dia...tidak.., lebih baik aku manipulasi minda dia supaya aku dapat berkahwin dengan dia.

"Itu tidak beretika." Hiroko secara tiba-tiba berkata-kata pada saat aku sedang memikirkan solusi bagi permasalahan ini. Adakah aku mengucapkan pemikiran aku secara kuat?

"Tak, kau tak cakap apa-apa pun. Aku cuma buat kesimpulan dari riak wajah kau."

"Terlalu nyata ke? Expresi aku?"

"Well, i'm your sister. Aku boleh baca expresi wajah kau sehingga ke tahap tertentu."

Hiroko secara bersahaja membaca riak wajah aku dan dapat membaca fikiran aku. Atau dia sebenarnya memang ada kuasa membaca fikiran orang? Ini sedikit mencurigakan.

Berbalik kepada permasalahan tadi. Etika ya? Menggunakan kebolehan luar biasa sewenang-wenangnya sememangnya tidak beretika. Walaupun kami dari puak ketiga tidak menyebelahi pihak kerajaan, kami tidak menggunakan kebolehan kami sesuka hati kami...

Hiroko: "kau guna kebolehan kau untuk baca komik dari masa depan"

Maksud aku, tidak menggunakan kebolehan untuk melanggar undang-undang...

Hiroko: "Ye ke? Kau tak langgar undang-undang? Kau pasti? Kau nak aku senaraikan kesalahan yang kau dah buat? Aku rasa mengintip ni pun dah kira kesalahan juga ni"

"...kau pasti kau baca expresi muka aku? Atau kau sebenarnya boleh baca fikiran aku?"

"Hmm, kau ni cuma mudah dibaca."

"Apa-apa jelah... Kau rasa apa aku patut buat dengan Mia?"

"Bercakap jujur adalah cara paling mudah. Sebarang keputusan lain adalah terpulang kepada dia."

".. bercakap jujur ya?.."

Aku mengeluh memikirkan kesilapan aku. Kadang kala, bila kita memiliki kuasa, kita menjadi mabuk dengannya. Sehingga penyelesaian yang mudah pun dirumitkan kerana angkuh dengan penggunaan kuasa yang dimiliki.

Dengan kebolehan aku, aku menjadi sangat berkuasa. Tetapi ia tidak menjadi aku kebal abadi.

"...kau rasa dia boleh terima kenyataan sebenar ke?"

"Aku rasa dia boleh. yang tak boleh terima kenyataan sebenar adalah kau. Sejujurnya aku buat prank dekat kau. Girl friend kau tu tak mengandung pun, dia cuma ada ketumbuhan kat otak dia"

"..."

"Ekspresi muka kau sangat menarik bila kau mendapat perkhabaran yang girl friend kau mengandung. Sepatutnya aku rakam tadi."

" Okay sekarang ni macam mana ekspresi muka aku? Patut ke aku gembira pasal dia tak mengandung? Patut ke aku sedih sebab dia ada ketumbuhan pada otak dia? Ia bukan kanser kan? Sekarang ni aku dapat rasakan yang dia sebenarnya nak putuskan hubungan dia dan aku sebab dia dapat berita yang dia ada ketumbuhan pada otak dia dan dia takut penyakit dia akan menyusahkan aku"

"Tanya lah dia kenapa dia nak putuskan hubungan dengan kau. Ops, tak boleh tanya dah. Kau dah hilangkan ingatan dia terhadap kau"

Hati aku terasa panas kerana kerenah adik aku. Nasib baik dia lagi kuat dari aku. Kalau tak, aku dah pukul dah dia.

" Tengok sana, ada orang."

Kami sedang memerhati dari jauh ibu pejabat bagi orang yang berkebolehan luar biasa milik kerajaan. Terdapat sebuah van hitam yang telah memasuki ke kawasan dan telah keluar dari van itu sekumpulan orang yang bersenjatakan senapang yang meluru masuk ke dalam pejabat itu.