Chereads / Aku bukan Hero / Chapter 21 - Andaian

Chapter 21 - Andaian

-Di dalam sebuah bilik mesyuarat ibu pejabat kerajaan-

Layar skrin di dalam pejabat itu sedang memaparkan rakaman daripada pertemuan Natasha dan Hiro. Sebaik sahaja selesai pertemuan antara dia dengan Mirano Kokoa, Natasha telah menonton kembali rakaman video pertemuan dia. Dia terkejut melihat rakaman video itu. Ini kerana di dalam rakam video itu, dia ada bertemu Hiro, tetapi dia tidak mempunyai sebarang ingatan tentang pertemuan dia.

Naluri penyiasat dia membuat teori yang Hiro memiliki kebolehan luar biasa yang dapat memanipulasi ingatan seseorang. Tanpa berlengah lagi, dia menghubungi pihak atasan dia untuk menjelaskan teori dia.

"jadi awak berpendapat dia ini ialah entiti E"

"Ya, saya rasa dia memiliki kuasa yang dapat memanipulasi ingatan seseorang. Saya tidak memiliki ingatan yang saya ada bertemu dengan dia. Tetapi rakaman video ini menunjukkan saya ada bertemu dengan dia"

"Baiklah, Entiti E boleh memanipulasi ingatan. Jadi, berdasarkan rakaman ini awak yakin dan pasti bahawa dia adalah Entiti E?"

"Saya ialah individu yang mempunyai kontak dengan Entiti E. Saya sedang mencari jejak Entiti E apabila saya bertemu dengan dia. Saya rasa dia hilangkan ingatan saya untuk menghilangkan jejak kaitan dia dengan Entiti E."

"wanita ini, Mirano Kokoa, apa hubungan kait dia dengan siasatan awak terhadap Entiti E?

"Nama dia ada dalam buku lawatan di hospital tempat Entiti E cuba ditahan. Tetapi saya dapati tiada bukti kemunculan dia di dalam hospital itu"

"Tapi itu juga menunjukkan dia berkemungkinan juga adalah Entiti E."

"...saya tak rasa dia itu Entiti E"

"Kenapa? Naluri awak berkata tidak? Adalah lebih afdal untuk kita merungkai segala kemungkinan secara menyeluruh. Hmm.."

Pegawai atasan Natasha secara tiba-tiba mengangkat jari telunjuk ke mulut nya memberi isyarat untuk diam.

"Ada bunyi tembakan...pejabat kita di serang!"

.

.

.

Sekumpulan orang bersenjata telah memasuki ke ibu pejabat kumpulan ESPer kerajaan. Hiro hanya memerhati dari jauh.

"Hiro, tak nak pergi tolong ke?"

"Itu bukan urusan kita"

"Hmm..aku dapat kesan kehadiran seseorang yang kau kenal dalam pejabat tu. Natasha?"

"Kuasa aku tak berkesan dalam ibu pejabat tu. Ada batu yang berkemampuan menyekat kuasa luar biasa. Banyak juga batu tu. Tapi macam mana kau boleh kesan dia?"

"Aku track GPS."

"Jadi teknologi lebih berguna dari kuasa luar biasa... tapi kenapa dia ada kat dalam ibu pejabat kumpulan ESPer Kerajaan? Bukan ke dia cuma orang bawahan dalam kumpulan ESPer Kerajaan?"

"... mungkin ada sesuatu yang dia nak laporkan. Kau yakin kau tak nak tolong dia?"

"Aku cuma mampu doakan keselamatan dia. Ibu pejabat kumpulan ESPer Kerajaan tu mempunyai pertahanan yang menyekat kuasa luar biasa. Orang yang menyerang ibu pejabat tu guna senapang. Aku hanya akan menjadi itik duduk kalau aku ke sana."

"kau buat lawak 'Google translate' pula. Tak kelakar. Kekuatan luar biasa kau bukan nya dapat di sekat pun dengan kuasa batu sekatan kuasa luar biasa tu."

"Aku ni orang, okay? Bukan kereta kebal. Kalau kena tembak tetap tembus dek peluru. Lagipun aku guna kuasa ramalan, tengok masa depan Natasha. Dia akan selamat... mungkinlah."

"Kuasa ramalan kau tidak terlalu meyakinkan. Lagipun aku rasa kita perlu halang anti ESPer Kerajaan. Aku tak tahu kenapa mereka menyerang ibu pejabat tu."

"Mesti ada sesuatu di sana. Samada untuk dicuri atau diselamatkan."

"Jadi kita nak halang mereka atau tidak?"

"kalau kita pergi sekarang, kita akan bergelut dengan kumpulan ESPer Kerajaan sekali. Kuasa naluri aku menyatakan lebih baik kita sekat jalan mereka ketika mereka ingin melarikan diri."

"walaupun ramai yang akan terkorban?"

"..Aku bukan Hero. Walaupun nama aku bunyi macam tu. Aku tak ada sebab untuk berkorban untuk mereka"

"Harap-harap kita dapat sekat mereka. Aku dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku sekiranya kita tak dapat menghalang mereka."

"Serangan macam ni terlalu berisiko. Kenapa mereka melakukannya? Macam mana mereka nak melarikan diri?"

" Dengan kuasa teleportasi? Atau mereka ini memang tidak ingin melarikan diri?"

" Maksudnya mereka ini sekadar korban? Mungkin ke mereka mengaktifkan sesuatu dalam ibu pejabat tu?"

"Aku teringat ada suatu khabar angin. Ada suatu 'benda' yang di simpan di dalam ibu pejabat ESPer Kerajaan."

"Maksud kau 'benda' tu? Itu cuma lagenda kan?"

"...kalau cuma lagenda, mana datangnya khabar angin tu?"