Mega mendung berarak bersama gerimis di siang hari. Sayup kelihatan dua figura manusia terapung di awangan. Gerimis yang turun sedikit pun membasahi mereka.
Bila diperhatikan bagaikan ada suatu sfera yang melindungi mereka daripada hujan. Satu dari mereka adalah lelaki berpakaian serba hitam. Dia memakai topi memancing berwarna hitam, baju leher kura-kura berwarna hitam, seluar jeannya juga berwarna hitam, persis malaikat maut.
Dibelakang lelaki itu ialah seorang wanita yang berpakaian hampir serupa dengan lelaki itu tetapi mengenakan topi dan baju berwarna putih dan seluar denim jumpsuit berwarna biru. Mereka berdua ialah Hiro dan Hiroko.
{tetapan 'power'=penglihatan jarak jauh; papar=10 subjek}
Hiro sedang menggunakan kuasanya untuk memerhatikan beberapa tempat serentak dalam satu masa. Tempat-tempat yang dia perhatikan terpapar di hadapan nya bagaikan terdapat monitor komputer yang tergantung.
"Hiro... kenapa kau guna sekali kuasa kau untuk tengok 'exgirlfriend' kau tu?"
"... tengok je tak salah kan?"
"Tolong rasa bersalah, Please"
"... can't i be appeased a little? Aku tengah nak 'move on' ni, lagipun aku tengok je. mana ada aku buat apa-apa"
"..hentai.. stalker.."
"kuasa ni 'restriction' okey. Kalau masuk tandas ke, buka baju ke, nanti dia 'censored' sendiri"
".. bukan nya kau tak boleh 'bypass' dia punya 'restriction' tu.."
"...hmm...ada 'glitch'.. "
"'Glitch'?"
"kalau ada orang yang gunakan kuasa kebolehan luar biasa, paparan penglihatan jarak jauh ni akan nampak ada 'glitch' sekejap"
"Okay, jadi dekat mana yang ada 'glitch' tu?"
".. dekat exgirlfriend aku..."
"... nampak gayanya kawan lama kau tu jumpa exgirlfriend kau. Kawan lama kau ni bukan ke orang yang bagi maklumat kau kepada kerajaan?"
" Ya, dia pun sebenarnya orang berkebolehan luar biasa. tapi dia tak pandai kawal kuasa dia"
"Kau tahu ke apa kuasa dia?"
"...'Incite 7 sins'...Dia berkebolehan untuk meningkatkan hawa nafsu, tamak, dengki, malas, sombong dan gelojoh...dia sebenarnya punca bas yang aku tahan tu nak langgar orang. Dia secara tak sedar menyebabkan pemandu bas tu nak langgar perempuan yang cantik kat tepi jalan"
".. jadi, ini bermaksud kawan lama kau ni dah gunakan kuasa dia?"
"ya...aku nak pergi tengok mereka"
" Ni, tempat-tempat siapa yang nak tengokkan? kalau Anti tu muncul macam mana?"
"kau je lah yang tengok. Aku akan biarkan kuasa aku 'on'. Lagipun..orang yang aku nak selamat, ada kat sana"
{tetapan 'power' [2] =teleportasi}
.
.
.
Hiro menggunakan kuasa teleportasi dan muncul pada jarak yang agak berjauhan dari mereka. Dia hanya memerhati mereka buat seketika. Dia berasa buntu. Melihat bekas kekasihnya dari jauh dan melihat nya pada jarak yang lebih dekat mendatangkan perasaan yang berbeza.
Hiro berasa lebih tidak keruan bila hampir dengan bekas kekasih nya. Hiro pada masa ini adalah di fasa 'move on'. Fasa untuk melupakan yang lama tetapi terhalang oleh kesetiaan yang buta.
Dia cuba bertenang. Mengambil nafas panjang. Hatinya kembali tenang. Terdetik dihati nya untuk menggunakan kuasa dia ke atas dirinya sendiri, agar dapat dia lupakan perasaan yang mendambakan kasih lama.
Hiro berjaya menenangkan fikiran dia. Dia melangkah ke arah kawan lama nya dan bekas kekasih nya. Dia sedar pertemuan mereka bukanlah sesuatu kebetulan.
Walaupun dia sudah menggunakan kuasa dia untuk menghilangkan ingatan mereka, masih terdapat kelemahan dalam penggunaan kuasa itu. Malah kuasa itu kurang berkesan sekiranya digunakan ke atas orang yang mempunyai kuasa kebolehan luar biasa.
Dia menjangkakan pertemuan ini dirancang oleh Natasha. Dalam pada itu, dia teringat yang Natasha sudah menggunakan kuasa dia. Dia tertanya-tanya apa yang akan terjadi dari penggunaan kuasa luar biasa Natasha. Dia mendapat jawapan nya apabila dia mendengar deruman enjin dari kejauhan.
Memandang ke arah bunyi itu, Hiro tidak dapat menahan diri daripada berkata "Come on lah, bas lagi, tak ada benda lain ke?"