{tetapan 'power' [2] = Psikokinesis}
Situasi yang boleh dikatakan sama. Tetapi tindakan yang berbeza. Dengan mudah aku gunakan kuasa Psikokinesis untuk memberhentikan bas yang sedang menuju ke arah Mia. Bas yang sedang laju itu terus berhenti serta-merta.
Kenapa sebelum ini aku tidak terus menggunakan kuasa Psikokinesis pada kejadian sebelum ini? Sebelum ini kuasa aku terbatas. Walaupun aku memiliki kuasa pada tahap SS, sebelum ini kuasa aku dikunci ke tahap C.
Psikokinesis memerlukan penggunaan kuasa kebolehan luar biasa yang tinggi. Lagipun kuasa aku yang dapat membenarkan aku menggunakan pelbagai bentuk kuasa kebolehan luar biasa adalah tidak cekap kuasa. Sebagai contoh, andai seseorang itu menggunakan kuasa Psikokinesis pada tahap B, aku memerlukan kuasa pada tahap A untuk menggunakan kuasa pada tahap yang sama.
Kenapa kuasa aku dikunci? Banyak sebab kenapa kuasa aku dikunci, tapi antara sebabnya ialah aku tak dapat mengawal kebolehan luar biasa aku yang pertama iaitu kekuatan luar biasa. Kalau kuasa aku tak dikunci, nak minum air pun susah. Pegang gelas, gelas pecah. Nak kencing pun susah. Bila buka seluar, Zip seluar pun boleh rosak. Jadi, di rumah aku cawan, pinggan mangkuk semua yang aku guna adalah dari jenis besi. Kebanyakan pakaian yang aku gunakan pun adalah jenis tanpa butang ataupun zip. Kalau adapun butang atau zip pada pakaian itu, ia cuma perhiasan.
Oleh kerana kesukaran aku untuk mengawal kebolehan kekuatan luar biasa ini, kuasa aku terpaksa dikunci. Oeh itu kebiasaannya, aku memakai gelang yang mempunyai batu yang dapat menyekat kebolehan luar biasa. Namun, memakai gelang itu sahaja tidak mencukupi bagi mengawal kebolehan aku. Kebolehan aku turut dikunci melalui salah satu kebolehan luar biasa ibuku, Big Mum. Dia mempunyai kebolehan yang aku panggil 'kekkai', kebolehan yang dapat menyekat kuasa kebolehan luar biasa. Melalui kebolehan ini, kuasa aku dikunci pada tiga peringkat di mana kunci bagi setiap peringkat dipegang oleh aku, adik aku, Hiroko dan ibuku, Big Mum.
Atas faktor situasi yang semasa, yang mana kami sedang bersedia untuk serangan Anti, aku dan adik aku membuka kunci terhadap kuasa aku. Pada masa ini kuasa aku di Tahap S. Oleh yang demikian, aku kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk menggunakan pelbagai jenis kebolehan luar biasa.
Kebolehan luar biasa ini kalau tiada kawalan bukanlah suatu yang istimewa, tetapi menjadi suatu bebanan. Contohnya seperti Natasha, memiliki kebolehan luar biasa, tetapi tidak tahu mengawalnya, bahkan tidak tahu kuasanya. Malah kebolehan yang dia miliki adalah jenis yang mendatangkan bahaya kepada orang lain. Untunglah tahap kuasa dia cuma di tahap C, kalau di tahap S, boleh porak peranda dunia ni.
Agak-agaknya, kenapa Natasha menggunakan kuasa dia tanpa sedar? Oh ya, aku boleh buat ni .
{tetapan 'power' [2]= imbasan memori}
Hmm..ini.. mungkin ini sebabnya. Dia bergaduh dengan suami dia. Suami dia suka tengok perempuan lain yang cantik. Jadi sekarang, kalau Natasha nampak perempuan lain yang lebih cantik, dia rasa cemburu. Secara tak sedar dia telah menggunakan kebolehan luar biasa dia. Oh, dan dia telah membuat rumusan dari CCTV kat hospital yang Entiti E ada hubungan exgirlfriend aku. Patutlah dia berjumpa dengan exgirlfriend aku. Dalam pada itu, dia rasa exgirlfriend aku ni cantik dan secara tidak sedar menggunakan kebolehan luar biasa untuk membuatkan pemandu bas tu nak langgar exgirlfriend aku. Inilah yang aku maksudkan dengan kuasa tanpa kawalan.
{tetapan 'power' [2] = 'kekkai' (lenyap kuasa); sasaran=Mirano Kokoa}
{tetapan 'power' [3] = 'kekkai' (kunci kuasa); sasaran = Natasha Demkina}
Aku mengunci kuasa Natasha. Ia adalah untuk kebaikan bersama. Jika dia tidak tahu mengawal kebolehan dia, lebih baik ia dikunci daripada mendatangkan bahaya kepada orang lain.
Pada kiraan aku, tugas aku di sini sudah selesai. Aku ingin berlalu pergi ketika tiba-tiba ada seorang wanita meluru ke arah aku dan memegang pergelangan tangan aku. Wanita itu, Mirano Kokoa atau nama yang panggilan yang aku berikan, Mia, memegang tangan aku. Riak wajahnya berubah-ubah antara keliru dan sedih. Ah, tak perlu fikirkan apa perasaan dia, ada cara yang mudah.
{tetapan 'power' [2] = membaca fikiran; sasaran = Mirano Kokoa}
"kenapa aku pegang tangan dia?"
"aku rasa aku kenal"
"siapa dia ni?"
"aku sepatutnya tahu"
"tapi kenapa aku tak dapat ingat?"
"kenapa aku rasa aku patut pegang dia?"
"kenapa aku rasa kalau aku lepaskan tangan dia, aku akan rasa sedih?"
"Siapa dia sebenarnya ni?!!!"
Dia menangis. Ketidakupayaan untuk mengingati aku membuatkan dia rasa sedih. Aku hanya mampu membiarkan dia memegang pergelangan tangan aku. Kekuatan luar biasa aku tidak dapat dikawal sepenuhnya, pergerakan secara tiba-tiba boleh mencederakan dia.
Kebolehan aku untuk menghilangkan ingatan seseorang ada kelemahannya. Perasaan yang hadir bersama ingatan tidak dapat dihilangkan.