Chereads / Aku bukan Hero / Chapter 13 - Entiti

Chapter 13 - Entiti

Hiro baring di sebuah sofa malas berwarna keemasan di ruang tamu. Seekor kucing calico jantan dilihat tidur di atas perut Hiro.

Di tangan kiri Hiro adalah sebuah komik Jepun berjudul On* P*ece bilangan ke 99. Dia sudah habis membaca komik tersebut.

Kini dia termenung ke arah syiling sambil memegang komik tersebut. Tangan kanannya dilihat menyapu udara ke kanan setiap satu ketika.

{tetapan 'power'=melihat masa depan, sasaran= On* P*ece bilangan ke 108}

Hiroko, adik kembar Hiro turut sama berada di ruang tamu bersama Hiro. Dia yang sedang menggunakan komputer riba kadang kadang menjeling ke arah Hiro dan mengeleng-gelengkan kepalanya.

"patut ke kau guna kuasa untuk benda yang remeh macam tu"

"...pasal aku boleh, aku gunalah"

"aku tahu kau boleh, tapi serius lah. untuk baca komik? "

"pelukis dia lambat sangat nak siapkan komik dia. aku tengok kat masa depanlah cerita dia sekarang sampai mana. lagipun kau cakap guna kuasa untuk benda yang remeh? kau gunakan kuasa untuk basuh pinggan mangkuk kat dapur tu boleh pula."

Seperti Hiro, Hiroko turut mempunyai kebolehan. Tetapi kuasa adalah Hiroko adalah kuasa Psikokinesis. Kebolehan kuasa psikik untuk mengawal objek tanpa sebarang sentuhan.

"...baiklah, fair point. Tapi kenapa kau buat datang sini guna kuasa teleport bawa kucing kau sekali"

"...aku putus cinta. I need some comfort..."

"... comfort? dari aku?"

"tak, dari Cemong. aku datang sini nak minta sikit kuasa kau untuk baca komik je"

Kuasa kebolehan luar biasa mempunyai hadnya. Seseorang yang mempunyai kebolehan hanya mampu menggunakan kuasa dia bergantung kepada kuantiti kuasa yang dia miliki.

Sebagai contoh, Hiro hanya mampu menggunakan kuasa dia untuk membuat bandar A merasa frust menonggeng untuk beberapa minit sebelum kuasa dia habis.

Mungkin terdapat di luar sana yang mampu menggunakan kuasa seperti Hiro tetapi yang mempunyai kuantiti kuasa yang lebih dari Hiro dapat membuat kan bandar A merasa frust menonggeng lebih lama.

Kuantiti kuasa kebolehan adalah sesuatu yang membezakan tahap S, SS dan SSS. Kuantiti kuasa Hiro adalah di tahap S tetapi kuantiti kuasa Hiroko adalah sama dengan kuantiti kuasa Big Mum iaitu di tahap SSS!!

".. untunglah kau ni abang aku.. kalau tak takde nye aku nak bagi kuasa aku."

Memberi kuasa kepada orang lain adalah sesuatu yang mustahil. Tetapi kembar ini adalah unik kerana dapat memindahkan kuasa kebolehan kepada satu sama lain.

"Aku sememangnya insan yang beruntung memiliki adik seperti kamu... cepatlah bagi sikit kuasa tu. dah nak habis ni..."

{kuasa kembali penuh}

"on the side note, kerajaan gelarkan kau Entiti E."

Walaupun data Hiro dalam kerajaan telah dipadamkan, dan Hiro telah memadamkan ingatan individu-individu yang berkaitan dengan dia dan individu-individu yang terlibat dalam kejadian kemalangan bas itu, terdapat ruang kosong yang menunjukkan kuasa kebolehan telah digunakan oleh seseorang. Tanpa sebarang pertunjuk, mereka menamakan pelaku kejadian itu sebagai Entiti E.

" wow, aku Entiti E. Entiti B pun aku, Entiti C pun aku."

Terdapat kejadian silam dimana Hiro telah menggunakan kuasanya sehingga dia digelar kan sebagai Entiti B dan Entiti C. Dia digelar Entiti B pada kejadian berkaitan dia di gantung sekolah manakala Entiti C berlaku pada suatu masa ketika yang lain.

"kalau kau boleh kawal diri dari guna kuasa kau sesuka hati. Oh, nampak gayanya Entiti F pun kau!"

"F? kenapa pulak?"

"..bandar A.."

"oh, okay"

"...dan aku dapat maklumat yang Anti akan membuat beberapa kekacauan.."

Hiroko pada saat ini sebenarnya sedang menggodam sistem maklumat ESPer kerajaan. Dari sistem maklumat itu, dia turut mendapat maklumat mengenai perancangan Anti.

Di dalam ESPer Kerajaan, terdapat beberapa individu yang mempunyai kebolehan meramal masa depan. Dan perbuatan Anti untuk melakukan kekacauan telah diramal oleh mereka.

".. biarlah kerajaan uruskan"

"mereka kekurangan orang. ada tempat yang mereka tidak dapat lindungi"

"...atau mereka sedar maklumat ini akan bocor kepada puak ketiga dan mengharapkan bantuan puak ketiga"

"..nak pergi ke?"

"..."