Chereads / Aku bukan Hero / Chapter 14 - Petunjuk

Chapter 14 - Petunjuk

Hari ini, Natasha Demkina berasa keliru. Pegawai atasan dia tela datang untuk bertemu dia dan mengucapkan penghargaan atas maklumat yang dia sampaikan. Hasil dari maklumat dia, pasukan Delta telah menahan seseorang yang mempunyai kebolehan luar biasa dari organisasi Anti. Tetapi dia tidak mengenali langsung siapa orang yang mereka tahan. Malah dia sendiri tidak mengetahui maklumat apa yang dia sampaikan kepada pihak kerajaan.

Dia tahu dia ada bertemu seseorang. Dia tahu dia mengenali orang itu. Dia tahu orang yang dia kenal itu memiliki kebolehan luar biasa. maklumat itu yang dia telah sampaikan kepada pihak kerajaan. Tetapi dia tidak dapat mengingati siapa orang itu. Orang yang dia telah temui ini mencetus perasaan yang kuat di hatinya. Ini bermakna dia sangat rapat dengan orang itu. Dia cuba mengingati orang itu namun usaha dia tidak mendatangkan sebarang hasil.

Apabila dia rujuk hal ini kepada pihak atasan, mereka mendapati maklumat yang mereka terima telah diubahsuai dan Natasha mempunyai tanda-tanda yang menunjukkan dia telah mengalami manipulasi memori. Mereka menamakan orang yang Natasha temui itu sebagai Entiti E.

Kemudian, Natasha mendapat perkhabaran mengenai situasi aneh di bandar A. Mereka yang berada di bandar A secara tiba-tiba mengalami frust menonggeng secara berjemaah. Mereka menemukan kesan penggunaan kuasa luar biasa dan menamakan Entiti F sebagai orang yang bertanggungjawab dalam kejadian ini

Kejadian di bandar A mengingatkan sesuatu kepada Natasha. Dia merasakan kemungkinan Entiti E dan Entiti F adalah orang yang sama. Ini adalah kerana dia telah bertemu dengan bekas kekasih entiti E. Entiti E telah putus cinta.

Natasha percaya kepada naluri hatinya. Dia bertindak merahsiakan maklumat ini dari pegawai atasan nya. Dia khuatir maklumat itu akan dipadamkan. Dia secara bersendirian mencari maklumat bekas kekasih Entiti E. Dia merujuk dari CCTV di hospital tempat pasukan Delta menahan Anti, sehingga lah dia mendapat satu nama, Mirano Kokoa.

.

.

.

Untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ESPer kerajaan terdapat dua cara. Cara pertama ialah memiliki kebolehan kuasa luar biasa. Cara kedua ialah melalui kabel...maksud melalui kabel ialah memiliki hubungan dengan orang yang berkebolehan luar biasa dan lulus temuduga. Natasha Demkina tidak mempunyai sebarang hubungan dengan orang yang berkebolehan luar biasa. ini bermakna Natasha sendiri mempunyai kebolehan luar biasa!

Natasha telah diuji oleh ESPer kerajaan dimana ujian itu menunjukkan Natasha memiliki kuasa luar biasa. Namun begitu, dari pada ujian itu, mereka dapati kuasa yang Natasha miliki adalah rendah pada tahap C sahaja. Malah kebolehan yang Natasha miliki tidak dapat dipastikan. Natasha sendiri pun tidak tahu kebolehan apa yang dia miliki.

Natasha telah terlibat dalam kejadian berkaitan Entiti B, yang mana dari kejadian itu dia telah ditemukan memiliki kuasa kebolehan luar biasa dan dipanggil untuk menyertai pihak ESPer kerajaan. Tetapi oleh kerana kuasa yang dimiliki Natasha adalah rendah, dia hanya mampu untuk diserap ke dalam ESPer kerajaan sebagai pengintip.

Terdapat satu teori dimana orang mempunyai kebolehan luar biasa saling menarik antara satu sama lain. Oleh kerana itu, pihak kerajaan banyak memasang perisik dikalangan masyarakat bagi menarik orang yang berkebolehan luar biasa yang lain.