Dalam keheningan malam, satu figura manusia kelihatan melompat dari satu bangunan ke satu bangunan.
Bila dilihat dengan lebih dekat, figura itu merupakan seorang lelaki yang berkepala botak dengan misai tebal yang mengingatkan kepada maskot snek makanan ringan emping kentang, Mr. Pringl*s.
Di tangan kanannya memegang sebungkus plastik. Setiap lompatan adalah sangat gemalai dan ringan, tidak menggambarkan tubuhnya yang jelas nyata kelihatan sasa pada ketinggian 2.20 meter dan dengan berat badan yang sekurang-kurangnya 180 kilogram.
Lompatan dia berakhir di sebuah bangunan yang tinggi. Dia menghampiri seorang lelaki yang berada di atas bumbung bangunan itu.
.
.
"Hiro.."
"Steven, kau dah sampai.."
"nah, pisang goreng kau."
"terima kasih. Dah makan? Jom makan sekali"
"tak mengapa, aku dah makan"
"okey..kau buat sendiri ke pisang goreng ni"
"tak, aku beli...dekat Bandar A..."
"..oo..bandar A..hmm..."
"...kau punya kerja ke dekat bandar A"
"..ya..kau kena sekali ke?"
"Tolong jangan ingat kan aku. Boleh tak aku tumbuk kau sekali?
"...kalau aku minta maaf je cukup tak?.."
"..tak.."
"..Maaf. Aku baru putus cinta." .
"aku masih lagi rasa nak tumbuk kau"
"..lepas misi ni boleh tak? "
"Ok...macam mana situasi sekarang?"
"Itu cuma markas sementara. Cuma ada lima orang dalam bangunan tu. 3 daripada 5 orang tu adalah orang yang ada kebolehan"
"2 orang lagi? Adakah mereka terlibat dengan organisasi Anti tu?"
"... girlfriend diorang..."
"...kenapa aku rasa kau nak buat diorang rasa frust menonggeng?"
"...niat tu ada. Tak boleh ke?.."
"Aku tak nak kena sekali lagi. kena sekali cukuplah. kalau nak buat diorang rasa frust menonggeng, jangan libatkan aku... tapi kalau setakat 3 orang ni je, kau seorang pun dah cukup. Aku tak payah masuk pun tak pe."
"Aku silap percaturan, aku ingat dia ada kat markas besar yang ada ramai Anti."
"jadi sekarang macam mana?"
"aku bercadang nak lepaskan seorang, dan berharap dia bawa ke markas yang sebenar. atau sekurang-kurangnya dia dapat panggil geng dia yang mempunyai lebih berpengaruh dalam Anti"
"aku ada cadangan"
" apa dia?"
Steven tidak menjawab soalan aku. Dia mengalihkan pusang goreng ke tepi. kemudian dia mengangkat tangan dia sebelum dia melepaskan tumbukan ke arah aku. Tumbukan dia membuat aku melayang terus ke arah markas Anti.
.
.
Boom! Aku terhempas di lantai markas menembusi tingkap markas tu. Kuasa asal aku, peningkatan kekuatan fizikal membantu aku untuk berada dalam keadaan yang selamat walaupun terhempas dari tempat yang tinggi.
Mereka yang berada di markas itu terpinga-pinga apabila melihat aku tiba-tiba masuk ke dalam bangunan mereka. Hanya satu perkara yang aku nak buat sekarang:
{tetapan 'power'= khayalan perasaan frust menonggeng, jarak= radius 20meter}
ya, dengan ini, Steven pun akan kena kuasa ini sekali lagi 😈