Chereads / Aku bukan Hero / Chapter 9 - Serangan balas

Chapter 9 - Serangan balas

.

.

.

"Alex, pasukan Delta dah sampai"

"Okey, aku nampak mereka. Aku akan tengok mereka tangkap sasaran kita sebelum aku berundur"

.

.

.

"penembak hendap sudah berada di posisi"

"kita hadapi kesukaran untuk memindahkan orang awam, hanya orang awam di tingkat sasaran dapat kita pindahkan. tingkat atas dan tingkat bawah tidak dapat kami pindahkan orang awam sepenuhnya."

"...letakkan 2 orang untuk menjaga setiap laluan ke tingkat atas dan tingkat bawah...hanya 2 orang yang akan masuk untuk meneutralkan kan sasaran"

"... semua sudah bersedia diposisi yang ditetapkan.."

"masuk dalam kiraan 5"

"...5...4...3...2...1!"

"tuan, sasaran tiada di dalam bilik!"

"Apa? Macam mana sasaran boleh hilang? periksa CCTV, periksa setiap tingkat, periksa semua pesakit!!"

.

.

.

"Alex, sasaran tu dah hilang. Kau ada nampak dia keluar?"

"...tak, aku perhatikan dia sepanjang masa. Dia sentiasa di bilik dia. Aku pun hanya sedar kehilangan dia bila dua orang dari pasukan Delta tu masuk dan mencari dia..."

"...jadi dia hilang macam tu je?

"...kita tak tahu kebolehan dia, mungkin ia bukan jenis kebolehan yang tipikal"

"aku rasa dia berkebolehan memancarkan ilusi optik yang mengelirukan semua orang.."

"..atau dia mempunyai kemampuan teleportasi"

"kalau dia ada kemampuan teleportasi, dia bukan lagi tahap C, dia adalah tahap S"

"mungkin juga tahap SSS"

"tahap SSS adalah sama tahap dengan Big Mum"

"... Alex, kau cakap dengan siapa?"

"...ah...dengan sasaran kita..."

"Terkejut tak? Owh, rilek, rilek. Aku datang nak bincang, bukan nak gaduh" Alex tiba-tiba berubah susuk badan kepada yang lebih tegap dan sasa dan mengeluarkan kuku yang tajam. Mungkin dia jenis kebolehan Beast. Berkemampuan mengubah fizikal diri. Jadi dia mengubah fizikal mata dan telinga untuk mengintip aku. Mungkin tahap B.

"...benda boleh gaduh, buat apa bincang!"

Alex dengan pantas meluru ke arah aku. Aku melompat ke belakang sambil bersedia untuk mengelak serangan dia. Dia menghulurkan tangan kanan dan cuba menangkap aku.

Aku berterusan bergerak ke belakang. Namun dia dapat menangkap aku. Dia telah mengubah fizikal tangan kanan nya menjadi lebih panjang secara tiba-tiba menyebabkan aku gagal mengagak jarak dia dan menyebabkan aku tertangkap.

Dia menumbuk aku dengan tangan kiri dia. Aku cuba menahan tumbukan aku dengan kedua lengan aku.

Dush! Tumbukan dia adalah sangat berat. Kedua-dua lengan aku yang menahan tumbukan dia terasa kebas.

"Aku ada maklumat pasal Big mum!!"

"Alex, berhenti!!"

Alex yang ingin menumbuk aku sekali lagi berhenti seketika. Tangan kanannya masih memegang aku. Dia tersenyum dan berkata, "aku masih boleh menumbuk kau dan dapat kan maklumat pasal Big Mum"

{koordinat dapat dikesan}

Berita baik. Tepat pada masanya

{tetapan 'power'= menggagalkan sebarang kebolehan, jarak radius 3m}

Alex yang pada mulanya botak, bertubuh sasa dan tegap berubah menjadi seorang yang berambut perang dan susuk tubuh menyerupai wanita...ini bukan B, ini D, mungkin saiz E...

Aku menarik tangan dia yang memegang aku dan aku membuat kuncian triangle choke kepada dia. Dia yang terkejut kerana kehilangan kekuatan dan kebolehan secara tiba-tiba tidak sempat untuk bertindak balas atas pergerakan kuncian yang aku lakukan.

Kuncian aku menyebabkan dia pengsan. Sebaik dia pengsan, aku bangun dan pergi alat komunikasi yang Alex gunakan.

"Hey.."

"Alex?"

"...I don't know who you are. I don't know what you want. If you are looking for ransom, I can tell you I don't have money. But what I do have are a very particular set of skills; skills I have acquired over a very long career. Skills that make me a nightmare for people like you. If you let my daughter go now, that'll be the end of it. I will not look for you, I will not pursue you. But if you don't, I will look for you, I will find you, and I will kill you..."

"apa kau merepek ni? bila masa aku ambil anak kau? Apa kau dah buat pada Alex"

"alah, bagi lah aku tiru ayat cerita taken kejap. Alex dia...dah pengsan"

"Mari kita bincang. Alex dia suka terburu-buru. Kau boleh bincang dengan aku"

"...jangan risau. Kita jumpa nanti. bye.."

.

.

.

"Tuan, tahu tak kereta perisai yang kita bawa untuk memindahkan sasaran"

"Kenapa?"

"Ada perempuan yang pengsan dalam tu yang digarikan menggunakan gari khas yang kita bawa untuk menahan sasaran kita. dan ada nota besar tertulis 'Saya Anti'"

"macam mana?.."

.

.

.