Chereads / Aku bukan Hero / Chapter 8 - Intipan

Chapter 8 - Intipan

.

.

"Tuan, saya jumpa seseorang dari kumpulan lain"

"kumpulan mana satu?"

"bukan Anti, mungkin dari puak ketiga."

"Adakah dia memberi sebarang ancaman? macam mana dengan keselamatan kau?"

"Dia percayakan saya. Dia kawan lama saya. Saya rasa kita patut tangkap dan paksa dia untuk memberi maklumat kumpulan dia"

"...berapa tahap bahaya dia?"

"Mungkin tahap C, boleh mencapai tahap A buat seketika"

"...salurkan maklumat kepada bahagian risikan. Saya akan gerakkan pasukan Delta untuk menangkap dia."

"tapi pasukan Delta hanya mampu mengawal bahaya sehingga tahap B sahaja."

"pasukan Alpha dan Omega ada misi lain. Buat masa ini jauhkan diri daripada dia"

"..baik tuan."

.

.

"Sasaran sedang bersendirian di biliknya, ada apa-apa maklumat baru?"

"kita dapat maklumat pengintip kita di Kerajaan yang tahap bahaya sasaran adalah tahap C, boleh mencapai tahap A buat seketika. Mereka akan gerakan pasukan Delta untuk menahan dia

"baiklah, adakah kita patut menangkap dia sebelum pasukan Delta masuk?"

"kita akan cuba tengok samada dia ada hubungan dengan Big Mum, kita akan tangkap dia kalau ada kaitan dengan Big Mum"

"Baiklah, beritahu aku kalau pasukan Delta dah sampai"

.

.

{Tetapan 'power': sasar intip suara; target = Natasha Demkina; Orang A}

...habislah aku, kerajaan dan Anti dah sasar aku...Ah, Natachan kenapa kau boleh masuk dengan kumpulan esper kerajaan.

Kenapa aku boleh beritahu dia siapa aku ni..tak, dia dah mula tetapkan aku sebagai sasaran bila aku berhentikan bas tu.

Masa Natasha keluar dari bilik aku, aku telah menggunakan kuasa aku untuk mengintip dia, suara sahaja. intip visual tak boleh (Nanti rated 18 novel ni😔).

Dan sekarang dia nak tangkap aku. Kenapa kawan lama? kenapa kau mengkhianati kepercayaan ku terhadap mu?

Tak boleh nak salahkan dia, memang dah kerja dia. Jadi sekarang ni macam mana...

{Tetapan 'power': telekomunikasi telepati; target=Hiroko Sato}

{.. menyambung..}

{sambungan diterima}

"Apa?"

"Hiroko, adikku yang cantik.."

"..hah, apa kau dah buat? tadi kau guna 'power' kat khalayak ramai. Sekarang apa pula?"

"aku putus cinta. Mia dah putus hubungan kami"

"...padan muka. Bye.."

"kejap, kejap...kerajaan dan Anti dah sasar aku"

"...auntie mana yang nak kan kau?"

"Anti. A.N.T.I. Anti. kalau auntie tu sasar aku apa ada hal?"

"habis? macam tak biasa lak. cabut lah apa lagi"

"Anti cari Big Mum."

"...Big Mum...janga kata kau nak 'terjah' diorang?.."

"Ye."

"sorang-sorang? Good luck"

"Tolong lah hantarkan seorang bagi bantuan"

"kau seorang pun boleh kan?"

"Hmm..kan lebih baik kalau ada orang tolong. kalau boleh hantar amoi cun sorang"

"Steven ada dekat, aku panggil Steven nanti"

"Alah, Steven lelaki, hantarlah amoi cun seksi"

"Nak aku pelempang jarak jauh tak?"

"okey, Steven boleh tolong. tak de hal punya, pesan dia bawa sekali pisang goreng sambal kicap"

"kedai mana buka malam-malam"

"Yelah, kau suruh jelah dia goreng siap-siap dari rumah. kalau tak, Food P*nda kan ada."

"...kau nak panggil bantuan makanan je ke?"

"hahaha, tak lah. tolong sekat jalan keluar. Aku mungkin akan membuka kunci keselamatan tahap 3"

"...okey, hati-hati"

"Oh ye, Anti ada pengintip dalam kerajaan. Cuba tengok siapa yang dapat maklumat pasal aku. Cepat juga Anti tu dapat maklumat pasal aku."

"Hmm, ok. Aku akan cuba tengok"

"ok. byebye my lovely sister."

"ceh, bye my idiotic brother"

{sambungan tamat}

Sekarang apa nak buat ye