Chereads / Aku bukan Hero / Chapter 7 - Temuramah

Chapter 7 - Temuramah

Aku tak kejar pun exgirlfriend aku tu. Aku bangun dan duduk di kerusi di tepi katil, membiarkan Natasha baring di katilku.

"Natachan, kau kerja apa sekarang?"

"Aku? Hmm..cuba teka"

"Hm...penggali kubur?"

"..salah.."

"Salah, kalau Salah main bolasepak"

"..tak betul, cuba lagi.."

"... wartawan.."

"ya, betul. dan sekarang aku nak temuramah mangsa yang selamat dalam kemalangan tu"

"Oh, aku bukan Selamat. Aku Hiro, Selamat driver bas tu. Selamat sememangnya selamat dalam kemalangan tu."

"Tak pe, aku dah temuramah pak cik Selamat tadi. Macam mana kau tahu nama driver tu Selamat?

"Aku dah borak dengan doktor tadi"

"Eh, okey, kembali ke temuramah kita. Apa perasaan encik ketika kemalangan itu?"

"Saya rasa wanita yang nak kena langgar tu cantik betul lah."

"...macam mana kau boleh selamat kan semua orang? Dilanggar bas, tanpa sebarang kecederaan, orang yang dalam bas pun boleh selamat tanpa sebarang kecederaan?"

"...aku bukan nak selamatkan semua orang. Aku nampak bas yang nak eksiden, dan aku perasan yang kau ada kat dalam bas tu. Aku nak seorang je selamat, yang lain-lain tu sampingan je"

"...aku ni dah kahwin tau.."

"... jadi? Aku cuma nak kau selamat..."

"Maksud kau nak driver bas tu atau kau nak aku jadi macam driver bas tu atau.."

"okey, stop. Aku kena...tapi kau faham maksud aku kan?

"Aku faham...yang aku tak faham macam mana. Tak logik akal. kena langgar tapi tak ada luka, cedera berbagai."

"Luka kat luar tak nampak, luka putus cinta tak siapa yang tahu.."

"kau nak tak aku bagi luka yang nampak?"

"Hahaha..." aku hanya berdiam diri memandang dia buat seketika, memikirkan samada patut kah aku menjelaskan perihal sebenar di sebalik kejadian ini

" So? kau nak cerita tak?"

"...lebih baik kau tidak tahu..."

"Kalau aku tahu?"

"..kau ada dua pilihan, hidup dengan pemerhatian selamanya atau diam untuk selamanya..."

"Hek eleh, ye ye je kau ni..."

"Aku tak bergurau"

"Hmm..siapa yang perhatikan aku. Kau? Boleh juga. Tolong perhatikan aku selamanya"

"ceh, tak naklah. kau dah kahwin. Kalau tengok perempuan yang aku tolong tu bagus juga. Dia lawa"

"Eleh, aku tak lawa?"

"Hmm..kau lawa, tapi kau dah kahwin"

"kalau perempuan tu dah kahwin?"

"Hmm..tak pe. Dia lawa"

"Aku dengan perempuan tu mana lawa?"

"... sejujurnya, perempuan tu?"

"Okey, kalau aku dengan perempuan tu dalam masalah, siapa kau tolong dulu?"

".... okey lah, aku bagi kau menang sekali. Aku selamatkan kau dulu. Puas hati?"

"Hehehe, tapi aku belum puas hati. Aku belum dengar penjelasan kau atas apa yang dah berlaku."

"..yakin nak dengar ni?"

"Please, tell me. Please.."

Dia buat muka goldfish pulak...Lemah sungguh hati ini bila di pujuk rayu... bukan nya aku tak nak beritahu 'power' aku ni. Tapi ada mata yang memerhati, ada telinga yang mendengar selain dari kami berdua. Aku membuka gelang di pergelangan tangan aku.

{Tetapan 'power' [2]: menambah bunyi statik pada alat rakaman audio; jarak=3 meter}

{Tetapan 'power' [3] : menambah ruangan vakum ; jarak= radius dari 2meter ke 2.1 meter}

" Untuk pengetahuan kau, temuramah kau tak kan dapat dilaporkan. Segala yang berlaku ni sudah dikambus. Ada orang dibelakang aku yang menutup kejadian ni. Dibelakang aku, ada kelompok yang menjaga orang istimewa, orang yang berkebolehan seperti aku. Kebolehan kami ada rawak. Pelbagai jenis bentuk kebolehan. Aku kebolehan aku membolehkan aku melangkaui logik fizikal. Tetapi kebolehan aku ni ada batasnya. Masa untuk kebolehan aku ada had nya, ia bergantung betapa beratnya logik fizikal yang aku langkau. "

"huh?" dia menunjukkan muka blur kepada aku.

"okey, kau tak paham, pendek cerita aku ada kuasa."

"kuasa apa?"

"kuasa aku ni rumit untuk jelaskan. Aku bagi contoh, aku tengah gunakan kuasa aku, segala rakaman audio aku tambah bunyi statik"

"Apa? Kenapa?"

"Orang macam aku ni, akan sentiasa diperhatikan. Untungnya, kebolehan aku ni ada had, jadi aku dibenarkan bebas keluar. Kalau kebolehan yang lebih hebat, pergerakan mereka akan disekat. Malah ada yang dipenjarakan. Power aku dah nak habis, sampai sini je cerita aku"

"Eh, tapi..

"tolong faham, aku tak boleh jelaskan nya kepada kau"

"..."

"kalau tiada apa-apa soalan, kita jumpa lagi nanti"