Chereads / Aku bukan Hero / Chapter 6 - Pertemuan kembali

Chapter 6 - Pertemuan kembali

Natasha Demkina. Atau nama yang aku panggil dia, Natachan. Orang yang aku sudah lama tidak berjumpa sejak peristiwa itu.

Selepas peristiwa itu aku di tukarkan sekolah dan dijaga ibuku. Aku pun tidak pernah kembali menjejakkan kaki aku ke pekan kecil tempat aku membesar itu. dan kini orang yang lama aku tidak berjumpa berada di pintu wad ini.

Apa sepatutnya aku rasa sekarang ni? Sedih pasal putus cinta? Malu pasal dia nampak aku menangis sambil menonggeng? Gembira pasal lama tak jumpa dia?

Ketika aku sedang menyusun perasaan aku. Dia datang terus memeluk aku dan berkata, "Lama tak jumpa kau". "Ye, lama tak jumpa..."

Dia kemudian duduk di sebelah katil ku dan menongkat dagunya dengan kedua tangan dan tersenyum memandang aku. Melihat dia membuat aku rasa kecantikan dia masih kekal seperti 14 tahun yang lalu, walaupun terdapat parut kecil di dahi dia.

"Kau sihat tak?"

"Secara fizikal nya, aku sihat. Tapi hati mungkin sedikit ada masalah, tadi baru putus cinta"

"Hahaha, ooo..patut tadi frust menonggeng. hahaha" Dia menekan perut, ketawa terbahak-bahak. Bila ada orang mentertawakan diri kau, biasanya kita akan rasa malu, nak cari lubang, nak menyorok dalam lubang tu.

Tapi melihat dia yang ketawa keriangan sebegini, aku pun turut rasa gembira. Aku menunggu dia berhenti ketawa sebelum bertanyakan soalan kepada dia "Natachan...kau, ada dalam bas tu ke?"

"Ye, macam mana kau tahu?"

"Aku..teka je.."

"Ye ke? ke kau diam-diam 'stalk' aku ni?"

"Eh, ada ke orang nak 'stalk' kau?

"Eleh, ramai je orang yang nak 'stalk' aku. Kau je yang tak nak"

"Hahaha, eh, kau Ok tak? Ada luka kat mana-mana tak?"

"Tak ada luka pun. Semua dalam bas tu tak cedera pun. pelik juga. macam ada kuasa ghaib yang melindungi kitorang"

"...aku gembira kau selamat..." Perkataan 'selamat' yang aku lafazkan, mungkin aku maksudkan selamat ketika peristiwa lalu. Mungkin dia juga turut memahami maksud aku, redup matanya tunduk bagai mengenang kisah lalu.

"Eh, tepi, tepi! tepi sikit!" Secara tiba-tiba dia meminta aku yang sedang baring ke tepi. Terpinga-pinga aku dibuatnya dengan kelakuan dia. Bila mengesot ke tepi, dia bangun dari tempat duduk dan memanjat katil, lalu terus baring di sebelah aku.

"Apa kau nak buat ni?"

"Baring, macam tak biasa pulak". Aku berasa bingung dengan permintaan dia. 'Biasa' yang dia maksudkan rasa aku sudah lebih 20 tahun tak buat macam ni. Tetapi aku biarkan sahaja kelakuan dia.

"...kau tahu?..aku benci kau"

"...aku pun benci diri aku juga..." Aku faham maksud dia.

Kawan yang rapat dengannya tiba-tiba hilang dari hidup dia. Kali terakhir aku bertemu dengan Natasha adalah saat aku menghantar dia ke wad kecemasan.

Sebelum kemudiannya aku turut di masukkan ke wad kecemasan. Aku telah koma selama 15 hari. Ketika aku koma, aku telah dihantar ke hospital lain atas permintaan ibuku yang mana hospital yang aku di bawa adalah lebih dekat dengan tempat tinggal ibuku. Baru kini aku bertemu dengan dia..

"...aku rindukan kau..."

"...aku pun rindukan kau...maaf..."

Sedang kami dalam sentimental, pintu bilik wad aku dibuka oleh seseorang.

"Mia..." bekas teman wanita aku tiba-tiba kembali semula.

"...nah, ambil kunci ni." kata Mia sambil mencampakkan kunci rumah aku sebelum terus keluar.

"Oh, terima kasih."...aku memandang ke arah Natachan. "itu 'girlfri..', itu 'ex-girl friend' aku."

"oh...tak nak kejar dia ke?"

"kejar buat apa?"

"kau tak rasa ke posisi kita ni boleh mendatangkan rasa curiga kalau orang nampak"

"... hubungan kami dah berakhir..."

"oh, dan aku ni kawin tau" kata Natasha sambil menunjukkan cincin di jari manis nya.

"Hmm, aku rasa aku patut kejar exgirlfriend aku tu."