Chereads / Aku bukan Hero / Chapter 5 - Kecemasan

Chapter 5 - Kecemasan

Mamat mengacukan pistol dia ke arah aku. Aku secara tidak sedar, berdiri di hadapan di Natasha, dalam cubaan melindungi Natasha dari di tembak.

Bila aku fikirkan semula, ini adalah satu kesilapan dari aku. Kalau aku cuba melindungi Natasha, aku sepatutnya bergerak menjauhi Natasha.

Kerana sememangnya pistol itu diacukan ke arah aku. Duduk depan Natasha, tidak dapat melindungi Natasha.

Badan aku yang kurus sekeping ni, mana boleh melindungi dia. Kalau badan gemuk macam majin buu boleh lah.

"Mati lo anak setan!" Mamat melepaskan tembakan ke arah aku.

Jarak aku dengan Mamat lebih kurang 10meter. Aku tak boleh mengelak kalau Natasha kat belakang aku.

Aku menundukkan Natasha ke tanah. Tembakan pertama tersasar. Aku berlari ke arah Mamat. Dia melepaskan tembakan kedua, terasa peluru itu terkena sipi sipi di paha kiri aku.

Namun itu tidak menghentikan larian aku ke arah dia. Aku tidak berlari secara lurus. Larian aku seumpama larian Devil bat ghost Kobayakawa Sena dalam eyeshield 21. Mengelak tanpa memperlahankan langkahku.

Dia melepaskan tembakan ketiga dan keempat. Aku tidak tahu ke mana tembakan itu. Aku langsung tidak berhenti berlari walaupun dia melepaskan tembakan bertalu-talu.

Tembakan ke lima, sipi sipi ke pipi kanan ku. Aku terus melepaskan tumbukan ke arah muka dia. Dia mengelak.

Aku cuba merampas pistol itu. Dalam pergelutan itu, tembakan ke enam terlepas, mengenai perut Mamat. dia melepaskan pistol itu dan mengerang kesakitan.

Aku tanpa belas kasihan mengambil peluang untuk menumbuk muka dia berkali-kali.

Aku hanya berhenti apabila hujan lebat membasahi wajahku. Mamat dah pengsan. Aku memaling kepala ke arah Natasha hanya untuk menyedari Natasha terbaring berlumuran darah.

Aku berlari ke arah Natasha. Dia juga terkena tembakan. Aku panik. Aku kena bawa Natasha ke hospital.

Aku memikul Natasha di bahu ku untuk aku bawa dia ke rumah aku yang tak jauh dari situ. Selepas beberapa langkah aku berlari aku berhenti, dan kembali untuk memikul Mamat juga.

Aku membuka gelang ditangan aku dan mula berlari sepantas yang mampu ke rumahku. Sampai di rumah aku mengambil kunci kereta Toyota Corolla Ae86 milik bapaku.

Aku mencampakkan Mamat di tempat duduk belakang manakala Natasha aku baring kan di tempat duduk hadapan.

Ketika menghidupkan kereta, baru aku sedar aku tidak pernah memandu kereta... dan satu satunya masa aku belajar memandu kereta ialah di permainan arked Initial D... namun tidak pernah tidak bermaksud tidak boleh.

Dengan pantas aku memandu mereka ke hospital. Pelbagai kesalahan trafik aku lakukan. tetapi tidak mengapa.

Yang kena saman bapa aku. Kereta rosak bapa aku bayar. Janji nyawa Natasha dapat diselamatkan.

Sampai di hospital, mereka terus di kejarkan ke wad kecemasan. Aku duduk di ruangan menunggu. Memikirkan apa kesalahan aku, apa aku patut buat.

Kalau aku tidak bergaduh, kalau aku biarkan sahaja aku dibuli. mungkin ini takkan terjadi. Kemudian, baru aku sedar, yang aku turut di tembak...