"Natachan..."
Aku berdiam diri beberapa ketika. Menyusun kembali perasaan hati, yang sedang dilanda kekecewaan putusnya hubungan yang kian lama dibina, muncul pula perasaan nostalgik yang mengamit kenangan lalu.
Natasha Demkina, wanita yang seiring menyisir zaman kanak-kanak dan remajaku. Usia dia sebaya denganku. Ibu bapaku sudah bercerai.
Bapaku menjaga aku manakala adik kembar aku di jaga oleh ibuku. Ketika bapaku bekerja, aku akan dihantar ke rumah pengasuh. Natasha turut dihantar untuk diasuh dirumah yang sama.
Di situ persahabatan kami terjalin. Kami banyak menghabiskan masa bersama. bermain bersama, mandi bersama, tidur bersama... (masa budak-budak ya).
Di pekan kecil itu, tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Aku suka membaca komik. Dia pula suka menyanyi. Pada zaman kanak-kanak kami, kebanyakan masa kami habiskan bersama di taman berhampiran rumah pengasuh kami.
Dia akan menyanyi, manakala aku akan membaca komik di situ.
Meningkat remaja, hubungan kami sedikit renggang. Dia kian rapat dengan teman-teman wanita dia.
Aku pula lebih suka bersendirian. Namun di taman itu kami akan bertemu dan menghabiskan masa berbual bersama.
Aku tidak akan menidakkan kecantikan dia. Kecantikan dia sememangnya menawan. Manakan tidak, ada sahaja lelaki yang cuba memikat hati dia. dan pada suatu ketika, dia kian rapat dengan seorang lelaki.
walaupun begitu hubungan kami masih seperti biasa, pada saat kelapangan kami akan bertemu di taman. Hal ini sememangnya mendatangkan perasaan kurang senang pada lelaki tersebut. Kawan-kawan lelaki berkenaan mula mendatangkan masalah kepada aku.
Pada permulaannya, aku buat tidak endah perbuatan mereka. Namun lama kelamaan, terjadi beberapa pergaduhan kecil sehingga satu hari terjadi satu pergaduhan besar yang menyebabkan aku digantung sekolah.
Dalam pergaduhan itu, kawan-kawan lelaki itu telah cuba membelasah aku. Kadang kadang, aku terlupa kemampuan diri aku.
Aku yang cuba mempertahankan diri, secara tidak sengaja telah menyebabkan mereka dihantar hospital. Pada masa aku digantung sekolah, aku bertemu dengan dia buat kali terakhir...
Pada masa itu...
.
.
.
Aku lihat dia duduk bermain dibuaian itu, muram.
"Hiro...salah aku ke?"
"Dalam satu sudut, mungkin salah kau."
"Hiro, aku-"
"Dalam pandangan aku, kau tak salah."
"... diorang cakap polis cari kau"
"Iya, ambil statement je. belum ada pendakwaan lagi"
"kalau kena dakwa, kau kena tangkap ke? Kalau kau kena tangkap, aku macam mana?"
"Err, aku yang pukul diorang. Apa kaitan dengan Natachan? Tapi secara teknikalnya, aku tak pukul pun. Err, diorang tiba-tiba patah tangan macam tu je. Percaya tak? "
"..Hiro, kau kawan aku. Aku tak nak kawan aku masuk penjara sebab aku"
"Ok, kalau macam tu. Kalau aku kena masuk penjara, kau gantikan lah tempat aku."
".. kalau boleh.."
"DASAR PASANGAN BRENGSET!!".
Jawa mana pula tiba-tiba datang. Oh, mamat yang couple dengan Natachan.
"Mamat, apa kau cakap ni!?? Apa kau buat kat sini?!!"
Oh, memang nama mamat ni Mamat ke. Baru aku tahu.
"AH, SUDAH LAH LO. EMANG LO PASANGAN BRENGSET"
"Mamat, what's do you talking about? Calm down"
Ah, sudah minah ni speaking English pulak. Nasib baik tak keluar Russia. Aku nak cakap apa pula ni. Aku tahu, aku pula cakap Jepun.
"🙋 Aishiteru"
...
...
"Lo, lo benar anak setan. Lo emang punca segalanya"
"Err.. Toyota Honda Suzuki"
Ok, lawak letak tepi. Dia bawa keluar pistol pula. mana dia dapat pistol tu. harap harap pistol mainan. Tapi mesti lah itu pistol betul.