Chereads / Aku bukan Hero / Chapter 3 - Pertemuan

Chapter 3 - Pertemuan

Satu-satunya nombor telefon yang aku ingat adalah nombor telefon dia. Bukan nombor telefon bos, bukan nombor kawan sekerja.

Nombor telefon keluarga aku ingat, tapi diorang jauh. Laparlah kucing aku nanti.. Siapa dia yang aku ingat nombor telefon dia? Orang yang aku tunggu tak muncul-muncul sebelum aku kena langgar bas.

Teman wanita aku.. atau bekas teman wanita? bakal bekas teman wanita? Aku dalam proses pembincangan hala tuju hubungan kami.

Tapi dia tak datang masa aku ajak berbincang. dan sekarang aku nak minta tolong dia bagi makan kucing aku...terasa janggal di situ.

.

.

.

Dia datang, membawa persalinan aku, tanpa sebarang perkataan, perlahan-lahan datang duduk di sebelah aku ketika aku sedang baring di katil wad.

Riak wajahnya tidak timbul sebarang senyuman. Dia sekadar duduk diam hampir seminit sebelum mula bersuara.

" Awak Ok?..."

"...Ok...Cemong dah makan?" (Cemong nama kucing aku)

"...dah..."

"...awak dah makan?..." Dia mengetap bibirnya di atas pertanyaan aku, menggenggam erat tangan nya. Hati aku berkata.. inilah penamatnya...

"Hiro... hubungan kita...lebih baik berakhir..."

"Mia... selepas 5 tahun? Tak boleh ke kita.."

"Maaf Hiro, kita...aku jumpa seseorang...yang lebih baik...yang keluarga aku boleh terima."

Aku berdiam diri beberapa minit. Hanya bunyi nafasku yang memecahkan keheningan di antara kami...

"...Baiklah"

Selepas beberapa ketika, dia bangun perlahan, melangkah keluar dari bilik wad aku. Aku memanggil dia sebelum dia keluar.

"Mia...semoga berbahagia... kahwin nanti jangan lupa jemput"

Dia memalingkan wajahnya ke arah aku. Wajah sedih yang memaksa untuk tersenyum lebar. "Ok"...

.

.

.

Pernah tak dengar istilah 'frust menonggeng'? Ia adalah perbuatan menonggeng dalam keadaan frust. Dipercayai dapat melegakan rasa sedih akibat putus cinta.

Aku tengah menonggeng sambil menangis kesedihan apabila tiba-tiba pintu bilik wad tu terkuak.

Seorang wanita membuka pintu bilik aku dan tergamam melihat aku dalam keadaan menonggeng sambil mengeluarkan air mata. Beberapa ketika dia tergamam, sebelum dia menutup kembali pintu itu.

Aku kembali berbaring dalam keadaan biasa sebelum dia masuk kembali.

" Hi, Hiro!"..dia yang menjadi punca perasaan Nostalgik aku.