Aku melihat ke arah langit... putih. Ah, itu langit-langit. Aku melihat pakaian aku, baju hospital... ok, jadi maksudnya aku dah masuk hospital.
Apa yang berlaku? Apa perkara terakhir aku ingat?...
...bas nak langgar seorang wanita..
...aku pergi tahan bas tu...
...Boom!! bas tu langgar aku...
...aku tanya wanita tu "Awak ok?" ...
...dan hitam...aku pengsan masa ni...
Siapa punya idea nak tahan bas macam tu? Siapa yang cakap dia mampu tahan bas tu? Nak jadi hero konon.
Saat aku sedang bermonolog dalaman sendirian aku terdengar pintu bilik wad dibuka. Aku memaling kepalaku ke arah pintu itu dan seorang jururawat yang ingin memasuki ke bilik ini tiba-tiba terpaku melihat aku.
Mata kami saling memandang di antara satu sama lain. Mata hitam dia tidak berkelip melihat aku. Pandangan matanya membuat aku terasa diriku bagai di cabul. Aku hanya mampu terkelip-kelip seolah-olah bertanya kenapa kamu memandang aku sedemikian rupa.
Secara tiba-tiba dia berteriak "Doktor!! dia dah bangun!!"
Teriakan dia mengejutkan aku. Dekat hospital boleh buat bising ke? tapi aku memahami perlakuan dia.
Kenapa dia berkelakuan sedemikian? Peringatan, AKU DILANGGAR BAS!! dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Err..pengsan ni sebab dah lama tak guna 'power' ni. Kali terakhir guna... ah, tidak mahu aku mengenang kisah lalu. Aku tidak berkeinginan untuk menggunakan 'power' ni...
.
.
.
"Encik tidak merasa sebarang kesakitan?"
"Tidak"
"Encik ingat tak apa yang berlaku"
"Err, boleh tak saya kata saya tak ingat"
"...jadi encik ingat bapa yang berlaku?"
" Tak ingat. Tulis kat situ 'concussion'."
"... encik doktor ke saya doktor?"
"ok, ok.. saya ingat. Bila saya boleh balik ya? kucing saya tak makan lagi kat rumah tu"
"Encik akan ditahan sehari lagi, kalau encik tidak menunjukkan sebarang masalah, encik boleh balik"
"Kucing saya macam mana doktor. Sehari tak makan"
"Encik, boleh telefon kawan atau keluarga encik"
"Err..telefon saya kat mana doktor?"
"Ah, baru saya ingat, telefon encik dah pecah masa kemalangan tu. pakaian encik pun terpaksa kami koyakkan untuk memeriksa kecederaan encik. Encik nak telefon siapa? Saya boleh tolong telefonkan."
"...saya cuma ingat nombor telefon...ishk...agrhh...hah...tak kisahlah...tolong telefonkan doktor...nombor ni...