Chereads / Aku bukan Hero / Chapter 1 - Pilihan

Aku bukan Hero

Tapioca_Bolognese
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 37.4k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Pilihan

Ingin menjadi hero? Aku pernah ingin menjadi hero. Kadang kala kehendak itu perlu seiring dengan kemampuan. Tanpa kemampuan, kehendak takkan tercapai.

Walau ada kemampuan, tanpa kehendak, impian pun takkan tercapai.

Ah, fikiran aku melayang lagi. Melihat jam sudah melebihi waktu yang dijanjikan.

Mesej whatsapp pun tak balas. Panggilan pun tak berjawab. Letih menunggu, baik aku balik sahaja.

"Bos, kira. Teh o ais limau lima.." ya, aku sendirian minum air lima gelas. Tips untuk mengawal rasa marah, duduk dan minum air. Dan aku masih dalam keadaan marah.

Melangkah keluar dari restoran itu, terdetik di hatiku sesuatu. Satu perasaan nostalgik.

Aku mencari-cari dari mana asalnya perasaan ini. Perasaan ini membawa pandangan mataku ke arah seorang wanita.

Wow, cantik..tapi itu tak penting. Yang penting terdapat sebuah bas sedang menghala ke arahnya.

Ah, perasaan ini... bermaksud wanita itu dalam bahaya. Dia akan dilanggar oleh bas itu.

Jarak aku dan wanita itu adalah dalam lingkungan lima meter. Bas itu akan melanggar dia dalam masa 10, 9, 8... aku perlu lakukan sesuatu bukan?

Aku berlari ke arah dia... 4,3 Ah.. silap percaturan aku ni. Aku sepatutnya menarik dia keluar dari berada dalam laluan bas tu. Tetapi entah kenapa, aku berada pada kedudukan menghalang bas itu melanggar wanita.

Oh, wajah wanita apabila aku tiba-tiba muncul di antara bas adalah sangat menarik. Eh, bukan bahaya ke kalau bas tu nak langgar aku... tidaklah. Aku mampu menahan bas tu.

{Tetapan 'kekuatan': mematikan momentum; jarak = 5meter; kiraan undur:2 saat}

{Amaran! Sistem terkunci pada masa ini. tetapan dilaksanakan dengan reaksi balas kepada host}

2,1,..Boom!!!