Chereads / Unforgivable ( Melayu Sabahan ) / Chapter 13 - chapter 13

Chapter 13 - chapter 13

Seminggu kemudian.

Eve Nur Afrina sembuh dan dia keluar hospital lebih awal daripada mangsa yang lain.

Banyak yang perlu dia kejar kerana pelajaran tingkatan Enam Atas adalah lebih mencabar daripada sebelumnya.

Dia mula jalani kehidupan di sekolah seperti biasa namun khabar tidak baik mengenai dirinya mulai tersebar. Siapa lagi kalau bukan Adha? Demi membuat semua tumpuan tertumpu kepadanya, dia buat cerita palsu sekali lagi.

Afikah:" Si Adha buat hal lagi."

Eve:" Hal apa lagi?"

Afikah:" Katanya kau ke rumah cikgu dan tidur bersamanya untuk dapatkan markah bagus. "

Eve:" Betul kah?"

Eve kemudiannya menanyakan hal tersebut kepada teman sekelas yang lain dan ternyata betul. Dia tidak cepat melatah, malahan tersenyum.

Eve:" Kau tunggu... Aku tak balas dendam sebab aku tak nak orang tahu aku tak hilang ingatan. Kini, kau yang cari pasal. "( bercakap dalam hati )

Renno berlari ke dalam kelas Eve dan memarahinya sekali lagi.

Renno:" Betulkah apa yang budak budak lain kata? Kau tidur dengan cikgu Azlee demi markah??"( teriak )

Afikah:" Hey, Renno? Kau tak serik serik lagi kah?" ( tolak Renno )

Eve:" Apa bukti aku tidur dengan cikgu? Jangan burukkan nama aku dan cikgu, faham tak!"( teriak )

Eve menghampiri Renno dan berbisik , "Kenapa kau tak serik lagi, aku hampir mati kerana kau, bukan?"

Renno:" Ak..aku.. " ( tergagap- gagap )

Eve:" Kau lagi percaya orang lain dari aku.."

Renno:" Tapi mereka semua kata begitu..''

Eve:" Tak semestinya betul!"

Eve merasa kesakitan di bahagian kepalanya.

Dia cuba bertenang dan menahannya.

Eve:" Sudahlah, aku tak kisah lagi. Mulut tempayan memang macam tu." ( menahan kesakitan )

Afikah:" Betul tu, malah Cikgu Azlee tu dah kira ayah kepada Eve. Dia yang tolong sekiranya perlukan apa-apa dokumen melibatkan orang dewasa. Kau ingat mak bapa Eve pedulikan dia kah?" ( menangis )

Renno:" aku minta maaf."

Eve:" Cikgu Azlee memang dah seperti ayahku sendiri. Tolong lah jangan burukkan nama beliau. Dah bertahun beliau tolong aku, dia yang tolong uruskan aku di hospital, ibu bapa angkat aku langsung tak pedulikan aku. Waktu aku koma, mana kau Renno?" ( pandang tepat ke Renno )

Renno:" Aku minta maaf.. "

Afikah:" Jangan hanya minta maaf kepada Eve, minta maaf kepada cikgu yang telah banyak berkorban untuk Eve dan kita semua."

Eve:" Iya, kau dengar sini, sekali lagi kau buat cikgu Azlee macam ni? Kau tunggu lah akibatnya." ( berbisik )

Renno:" ok.. "

Tak lama kemudian, cikgu Azlee datang dan membawa Renno pergi tanpa cakap apa-apa kepada Eve dan yang lain.

Dalam perjalanan, Cikgu Azlee berkata sesuatu." Renno, tolong jangan percaya sangat kata-kata orang lain. Eve tu dah lama menderita.. kamu tahu kan sebabnya?"

Renno hanya menggangguk tanda faham.

Cikgu Azlee tidak menghukum Renno, cuma memberi nasihat agar tidak melakukannya lagi.

Cikgu Azlee masih teringat bagaimana keadaan Eve ketika dalam koma. Dia lah yang tandatangani borang pembedahan apabila keluarga angkat Eve tidak ingin Eve dibedah.

Dia merasa sangat marah ketika itu dan menelepon keluarga angkat Eve Nur Afrina yang dia akan jadi penjaga yang sah.

Oleh kerana itu, keluarga tersebut cuma memberi wang saku sahaja tanpa berjumpa Eve lagi.

Beliau mengganggap Eve Nur Afrina seperti anaknya sendiri. Walau banyak kisah-kisah buruk tentang Eve Nur Afrina, dia tetap percaya dan sayangkan Eve seperti kasih seorang ayah dan anak.