Chereads / Unforgivable ( Melayu Sabahan ) / Chapter 15 - chapter 15

Chapter 15 - chapter 15

Sampai di sekolah, Eve Nur Afrina menuju ke kelas Adha. Dia melihat ramai yang percayakan kata-kata Adha.

Adha kelihatan suci dan selalu bercakap hal agama tapi sebenarnya penunggang agama.

Eve Nur Afrina mengetahui banyak rahsia Adha tapi dia pilih untuk diamkan diri.

Dia pun menuju ke bilik pengetua, Tuan Azam dan memberitahu tentang Adha.

Tuan Azam:" kenapa beritahu sekarang apabila kamu terang terang ada bukti?"

Eve:" Saya hormat kemahuan ayah angkat saya Cikgu Azlee tapi saya buat semua ini kerana saya tak sanggup melihat ibu angkat saya menangis.."

Tuan Azam:" Eve Nur Afrina, terima kasih. kamu baliklah ke hospital.."

Eve:" baiklah Tuan. Saya harap Tuan hukumlah perempuan mulut tempayan itu baik baik.."

Eve Nur Afrina keluar dari bilik pengetua. Dia berjalan ke arah bilik Adha sekali lagi.

Eve:"Adha!!"

Adha:" Ek, Eve...." ( mahu peluk tapi ditolak Eve )

Eve:" Aku betul betul tak faham bagaimana kau boleh berlakon baik depan aku tapi di belakang cakap semua benda buruk pasal aku."

Adha:" Kau cakap apa ni, kawan baik ku?"

Eve:"Kawan baik? Kawan yang kau pergunakan macam sampah.. Lepas itu kau canang semua perkara buruk pasal dia "

Adha:"Manada oo.. "

Eve:" Tak cukup lagi kah aku hampir mati dulu? Kalau bukan sebab Cikgu Azlee , dah lama dia letak kau dalam lokap tapi dia tak laporkannya. Kini kau nak bunuh Cikgu Azlee untuk kepentingan kau ? Kau manusia kah apa, setan pun tak seteruk kau! "

Adha:" hey, betul apa yang aku katakan tu. kau ada skandal dengan cikgu Azlee. Silap silap 6 bulan kau tiada tu, kau melahirkan anak luar nikah kau dengan dia!" ( mengherdik )

Eve:"Kau diam! cukup lah Adha, minta maaf lah sebelum terlambat !"

Tuan Azam pun datang secara tiba-tiba dari belakang.

Tuan Azam:" Nur Adha , pergi ke bilik pengetua sekarang juga.."

Adha:" saya tak salah apa apa, Tuan."

Tuan Azam:" Saya ada bukti perbuatan kamu menyebarkan fitnah dan gambar tak senonoh kamu dengan teman lelaki kamu.."

Adha:" Tak, tak... tu bukan saya.."

Tuan Azam keluarkan telefon dan menunjukkan gambar tanpa seurat benang Adha sambil berketawa dengan teman lelakinya.

Tuan Azam:" Kes ni sangat berat, malah kerana perbuatan kamu ? Cikgu Azlee yang menolong kamu untuk tutup kes kamu, berada di hospital sekarang. Bertarung nyawa disana cuma kerana fitnah-fitnah yang kamu lakukan .. Kamu tak takut kami, tak apa. Kamu tak takut tuhan kah?" ( tegas )

Adha tertunduk ke bawah tanda malu dan tidak tahu untuk buat macam mana.

Tuan Azam:" Kamu ingat kami tidak tahu kes dua tahun lepas? Kes itu hampir mengorbankan nyawa Eve Nur Afrina dan menyebabkan pelajar terbaik seperti Adrian dan Renno terpaksa pindah sekolah. Itu pun, cikgu Azlee juga yang tolong kamu!"

Adha:" Apa? " ( terkejut )

Tuan Azam:" Dengan gred kamu dan kehadiran yang teruk, kamu ingat siapa yang selalu merayu agar kamu tak dibuang sekolah???"

Eve:"Semuanya adalah Cikgu Azlee."

Tuan Azam:" tiada lagi peluang untuk kamu, peluang itu dah berikan berkali-kali ... Mari ikut saya ."

Adha dibawa ke bilik guru dan semua guru membincangkan serta memarahi Adha. Ibu bapa Adha turut dipanggil ke sekolah.

Beberapa ketika kemudian, mereka mencapai kata sepakat agar Nur Adha dibuang sekolah sahaja.

Dua hari kemudian.

Cikgu Azlee akhirnya sedar dan tidak lagi berada dalam keadaan berbahaya. Dia disahkan diserang sakit jantung kerana tekanan.

Nur Adha juga tiada dan kisah palsu mereka juga dibersihkan dan ramai yang meminta maaf kerana mempercayai apa yang Adha katakan.

Dari mana mereka dapat gambar tak senonoh Nur Adha? Ianya datang dari Sheila. Dia ambil dari telepon Adha dan menyebarkannya.

Kawan baik? Tapi dibelakang menikam satu sama lain.