Beberapa hari kemudian.
Nur Adha kembali ke sekolah setelah dihukum gantung sekolah sahaja kerana ibu bapanya merayu. Dia datang bersama sama dengan ibu dan ayahnya ke sekolah.
Ayah Adha:" Mana budak yatim tu?"
Adha:" Tu di kelas sebelah, ayah."
Ibu Adha:" Abang nak buat apa?"
Ayah Adha:" Tau la apa aku nak buat."
Ayah Adha seorang polis yang mempunyai dua isteri dan sangat tegas orangnya tapi dia lebih tertumpu kepada keluarga keduanya. Kadang cuma balik sekali dua bulan. Itupun untuk berikan duit makan. Tapi kerana dipanggil guru, barulah dia datang.
Ayah Adha:" Hey, Anak yatim!!!"( tegas )
Eve:"Saya ada nama, ok?"
Ayah:" Iya, anak tak sah taraf dan yatim... Tiada ibu bapa... Sebab itu sundal sangat tidur dengan cikgu.." ( lantang/kuat suara )
Eve:" Nama saya Eve Nur Afrina, saya bukan anak tak taraf, cuma anak kesan perceraian ibu bapa saja dan saya tak tidur dengan ayah angkat saya!" ( kuat suara )
Ayah Adha:" humph..sama saja tu.. sundal tetap sundal!"
Eve:" Sundal kah saya kerana tiada ibu bapa, cuma ada ayah dan ibu angkat? Jadi anak pakcik tu apa, malaikat?"
ayah Adha:"kauuu!"
Eve:" Dia sana sini hancurkan hubungan orang demi kepentingan sendiri. Malah, rampas teman lelaki semua rakan sekelas dia. oh lupa, dia kan ustazah? "berpoligami" dengan semua rakan sekolah tu tak apa apa, payung emas kan?" ( sindir )
Sindiran Eve membuat ayah Adha malu dan bertambah marah.
Eve:" Daripada pakcik serang saya macam ni, lebih baik jaga anak pakcik tu. Rajin rajinlah balik rumah, bukan tinggal di rumah isteri muda sahaja. Kasihan makcik, dah tua dan selalu sakit, anak sulung pula ponteng sekolah pergi tinggal rumah teman lelaki dan sentiasa tak cukup dengan 20 orang teman lelaki yang ada, teman lelaki kawan baik sendiri di ambil. Lepas tu sebar fitnah.."
Ayah Adha:" Apa bukti kau???"
Eve:" Bukti yang diberikan kepada cikgu tu tak cukup lagi kah pakcik? Oh ya, suruh anak pakcik tu.. kalau nak berpisah pun jangan guna nama saya dan jangan bagi no telepon saya lagi. Sekali lagi dia sebar fitnah dan no telepon saya? Saya akan buat laporan polis." (senyum)
Ayah Adha:" Baik.."
Eve:" jangan lupa ya, suruh malaikat pakcik tu jangan sebar fitnah, Cikgu Azlee bukan sahaja tolong saya, malahan dia. Tanpa Cikgu Azlee? Dah lama tak habis sekolah anak pakcik tu. banyak sangat ponteng .."
Ayah Adha dan ibu Adha pun pergi dari kelas itu dengan perasaan sangat malu. Eve Nur Afrina tersenyum puas dan begitu juga dengan yang lain.
Boleh dikatakan 80% pelajar lelaki di sekolah itu adalah bekas teman lelaki Adha. Setelah dapat, dia abaikan dan menggunakan nama Eve dan Sheila setiap kali ingin putus.
Malahan ada yang mengugut nak bomohkan dan membunuh Eve Nur Afrina tapi dia abaikannya.Sampailah suatu hari dia dapat tahu sebab mereka buat begitu.